Thursday, November 17, 2011

Rainbow Cupcake Yang Lazat. Bukan Rain Rain Go Away, Come Again Another Day. OK?

Seriously, I tak pernah makan Kek Pelangi (Eh?) Buruk benar nama Kek Pelangi kan? Haha. Ok ok, Rainbow Cake la sedap sikit bunyik. (Ok sambung) Rainbow Cake yang sedap gilers macam ni.. Ini sangat berlainan dengan lain-lain Rainbow Cake yang anda semua semua semua pernah makan. Sebab, Huda guna cream cheese taw? Bukan butter cream.

Sebenarnya tu option. Kepada sesiapa yang tak berapa suka cheese boleh ambek butter cream instead. Tapi tapi tapi, I lagi suka cream cheese! Sebab cheese rasanya amat lazat sangat! Bayangkan la setiap lapis Rainblow Cake akan dilapisi dengan cream cheese, lepas tu ditutup keseluruhan dengan cream cheese jugak. Perghhh! Pengsan! *Sila pastikan keyboard tidak dibanjiri dengan air liur.

I memang heart giler dengan Rainbow Cake sekarang ni. Siliyes tak tifu. Tapi tau-tau la kan? Kalau nak order sebijik besar pastu makan sorang-sorang, puas-puas memang la tak ok jugak kan? Kang nanti kalo gemok, acaneh? So, I came out with the idea. I mintak Huda buat dalam bentuk cupcake. SEBAB, kalau kiter makan cupcake, dia kecik sikit. So kiter takkan merasa berdosa dan bersalah pada diri sendiri. Itulah keistimewaan cupcake. Padahal kalau sehari makan 6 bijik cupcake macam I tak guna jugak kan?


Yang atas icing macam awan nano kaler biru tu ialah Rainbow Cupcake with Butter Cream. Yang dekat bawah awan kecik-kecik omel macam nak lempang dengan base kaler kuning tu ialah Rainbow Cupkcake dengan Cream Cheese. Ada 4 Huda kasik. 1 untuk Intan, 1 untuk I, 1 untuk Ira dan 1 untuk I lagi sekali. Haha.

Harap bertenang semua. Mesti semua ketar-ketar jubur nak tengok macam mana rupa dekat dalam kan? Nah, saksikan!!! Hiyarrrrkhh!!!

Tak ker cantik dan nampak lazat tu? Ko nak mampos tak terliur? Wah. Bahasa tu kalau dah over eksaited macam gitu la jadiknya. Sangat cantik, sangat sedap dan ahhhhh tak terluah la dengan kata-kata. (Over kan?)

Skarang mari saksikan juri-juri yang akan menilai rasa Rainbow Cupcake ni. Apa ingat Masterchef Malaysia jer ada juri? Sini pon ada taw?

Senyum tanda gembira. Mengapa gembira? Kerana sedap la hoi!

'Ira, Ira, lekas buat tanda best!' Arahan dari I. Boleh eh main tifu macam tu. Haha. Kata Ira, 'Kaksu, kenapa la sedap sangat ni?' Pastu muka nak nanges yang tatahan tu. Omel sangat tu. Tampar kang!

Last skali, gambar Juri Pertama bersama Ketua Juri. (Ketua Juri yang muka suci pakai tudung kaler oren tu).

Paling best jadik I pasal kalau I teringin nak makan kek apapa, I mintak Huda buat. Pastu I paksa dia buat eksperimen sebelum bukak order. Pastu I la yang tukang rasa and kasik pendapat mana-mana yang Huda patut baiki. Kononnya la kan? Padahal aku makan jer tau.

Apa pon yang Huda buat memang sedap. Orang tua-tua kata, kalau masak dari hati, memang la akan jadik sedap. Mungkin Huda masak dari hati barangkali. Tu pasal la semua yang dia buat menjadik and sedap jer..... :)

Klik sini untuk order Rainbow Cupcake ni dari Huda. Kalau rajin nak tengok cerita Kek-Kek Huda yang lain, klik jer dekat sidebar ni. Label Kek Huda. Kalau Label Makan-Makan tu maknanya apa yang I makan la. Takkan tu pon tak reti? **Tetiba garang. Harga Rainbow Cupcake ni kalau topping Cream Cheese RM4.00, kalau Butter Cream RM3.50. Hew hew hew.

Ni aku promote giler-giler ni kalau Huda tak kasik Pavlova 5 tingkat taktau la. 5 tingkat tu. Tanak 2 tingkat taw? Dasar!

-EnD-


2 comments:

Nur Izzatie Nadia Binti Subri said...

hye sis.

suka sangat blog akak.

and muka akak mcm pelakon tagalog filem "You changed my life"

=)

Chooyaya! said...

hello izzatie.

ni ha akak nak tanya, omelkah pelakon you change my life tu? hikhik.

okbye.