Monday, November 21, 2011

Google Bikin I Hatetek!


Kasik gempak jer tau Google ni. Sipi-sipi I nak kena hatetek.

Tetiba je Chooyaya Secret Garden masa nak bukak tadi dia kata dah remove. Tu pon Shanom yang cantik yang bagitau. Dia nak bukak entry pasal dia kawen agaknya, skali blog dah kena remove. Tak semput pulak aku? I mati-mati ingat kena hack. Perasan artis kejap. Macam la blog ko best sangat orang nak hack kan? Pui!

I saspek, Saz sekarang mesti menyesal giler mengaku yang dia pon one of the silent reader bila I bagitau yang I mungkin tak dapat dah nak bukak blog I lagi. I tengok dia senyap jer. Macam sedih jer. Oooo.. Selama ni aku tanya taknak ngaku, tak penah baca, blog pempuan etc. Tapi rupa-rupanya dia pon follow sebenarnya. Hahahahahahha.

I pon dah update status dekat FB pasal ni. Dah mengadu manja. Mood memang kelaut habes, nak makan pon tak lalu yang tatatan tu. Sebenarnya, blog ni dah macam virtual diary I. Mana tau umur pendek, dapat jugak kawan-kawan bukak buat kenangan kan? Tsssk Tsssk T_____T

Macam mana boleh recover balik, nanti I cerita kemudian yer? Yang paling penting, terima kasih kepada semua peminat-peminat dan rakan-rakan (bajet sangat) yang memberi kata-kata semangat dan membantu I menghadapi saat-saat sukar ni. Haha. Tolong la muntah plis. I redha.

Yang paling best, ayat pujuk hati I pada Saz, 'Ala U, blog jer hilang...Bukan kaki pon'. Boleh jer kan kasik contoh macam tu.

So, now. Baru la I boleh tidur lena. Padahal weekend bizi bejoget besukan bagai dekat Grand Lexis PD for Family Day Office. Blog punya pasal, gua dah tak lena tidur, tak lalu makan. Naseb baik sehari. Kalau seminggu nak tunggu dapat balik blog mungkin berat lose 20kg. Takyah susah-susah nak diet sebab kan, I saspek bila I susah hati, I suka berak. Ni pon baru je lepas. Tadek pulak makan betik ke apa. Tapaham la.

Oh btw, next entry I akan share tips macam mana nak face the problem if sesiapa out there yang blog tetiba kena remove macam I. Ok ok? Yang pertama, jangan panic. Yang Kedua.. Eh. next entry kan kata tadi? Okbye.

-EnD-

P/s: Tq Apis! Nanti Maksu buat 1 entry khas pasal Apis ok? Janji.

11 comments:

Anonymous said...

I pun rasa I bleh kurus kalau blog u menghilang.. muahaha!!!
Welcome back Su.. ;-)

-Haniza-

-eLyNhere- said...

fuhhhh saye pun panik kot semalam! baru je nak berjinak2 bace tetibe dah remove! terus pikir ke sbb sy follow terus remove blog ni?? saspen okeh!

Fida Ghazi said...

walaupun ai ni silent reader yu chooyaya..ai pon hatetek jugek tau semalam baca kat fb..tapi nak komen tak lepas sebab mase tu kt kampung..kampung pulak kat ujung mendung intenetnya lembap tak lepas.. daun sawit banyak sangat kot.. line jadi tak clear.. bolesss ke alasan cemgitu??

Anonymous said...

Maksu, mcm Apis buat..? (Yash x suruh Maksu explain apa Apis buat) tp apa yg Apis dah buat? *eh, mcm ulangan je soalan tu..ape2 je lah asalkan Maksu paham..haha!

Mimy Hamid said...

aku rasa problem ko ni aku pernah kena...pasal goggle disable la camtu ....memang mengila weh..time tu dah tak senang duduk hilang memori..ok ar tu bila lagi nak rasa bajet femes kan...tangan di dada mata di atas ahaksss

Chooyaya! said...

Haniza : Tq love! U support I senyap2 jer kan? Terharu I taw?

Chooyaya! said...

eLyNhere - Ishh, kalau gitu punya pasal, kejam sangat kot? Hihihi.

Chooyaya! said...

eLyNhere - Ishh, kalau gitu punya pasal, kejam sangat kot? Hihihi.

Chooyaya! said...

Pidah : Ah, iso ngomong jowo lu? EH. Tetiba. Dah la ko Pidah, tak menunjukkan keprihatinan pada aku yang memerlukan sokongan kau disaat itu. Jangan carik ako lagi, ako dah mati!

Chooyaya! said...

Yash : Yash, apa yang Yash cuba nak perkatakan ni? Nampak kompius jer. Tak makan lg eh? Sian Yash.

Chooyaya! said...

Mimy : Aku giler bajet artis smalam. Mati2 ingat kena hack. Giler bajet kan? Hahahaha. Buat malu jer ngadu kt FB. Konon popular ker orang nak hack2? Hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...