Tuesday, November 15, 2011

Shanom Yang Cantik

Jeng jeng jeng! Seperti yang dijanjikan kelmarin, harini baru la tertunai janji untuk upload banyak-banyak gambar Shanom yang cantik dari Blackberry I. Sepatutnya memang nak apdet malam semalam, tapi kerana kecewa dengan janji-janji manis Sazli nak makan carbonara dekat Naili's maka I tido pukul 10.00 malam. Padan muker aku! Hahaha.


Kata Sazli, 'U kan diet, nanti kalau kiter dinner, habes la diet U'. Terus jalan hentak-hentak kaki masuk bilik lantas tido. Tapi yang megikel world of disney, WALAUPUN dah tidur lebih 8 jam setengah, TETAP ngantuk masa bangun pagi tadi masa nak pergi kerja. So pengajarannya apa? Tido memang tak pernah cukup. Hatta tidur 12 jam sekalipun melainkan tidur untuk selama-lamanya. Eh. Tu mati! Terus insaf.


Berbalik pada Majlis Kawen Shanom yang cantik. Kitorang pergi hari Jumaat. Tidur semalaman dekat Pulai Spring. Apartment 3 bilik. 10 orang pergi. Pempuan dapat satu bilik. Master bedroom. Katil tu muat-muat pulak tu I, Wani, Wana & Nina tidur. Naseb baik semua kecik-kecik (ke?). Haha.


Sampai je dekat Pulai Spring, terus bersiap nak ke Masjid UTM Skudai untuk Majlis Akad Nikah. Masa kat masjid, I rasa berdebar-debar macham-aku-yang-nak-kawen. Haha. I memula plan nak jumpa Yatie. Tapi kerana kesuntukan masa, so terpaksa la kensel. Cis! Melayang RM200.00. Sebab kata Yatie, kalau I jumpa dia, dia nak bagi duit. Haha.


Shanom cantik kan? Bulu mata palsu dia lentik giler. Macam bulu mata unta. Tapi molek jer dengan muka dia. Orang cantik, pakai apa pon cantik. Mmmuaaah!

Yang kelakarnya, masa batal air semayang Ajan bagi rantai. Pastu boleh pulak dia nak sarung terus dekat Shanom, tak bukak cangkok dia. Tak tersangkut pulak dekat tengah-tengah kepala. Haha. Bongok la Ajan ni. Yang ni, Shanom sarung cincin dekat Ajan, tanda Ajan milik Shanom. Bukan milik Neelofa. Eh. Tetiba Neelofa.



Apis Iman Muda si Ustaz Pilihan bersama Wani & Wana. Wei, bukan muhrim woi! Mana boleh amek gambar gesel-gesel.

Semua orang pakai baju pink pasal ikut tema, pastu ada sorang pempuan giler rebal pakai baju kaler itam. Konon gothic la tu. Sian.


Lepas habes jer nikah dan selesai drama-drama air mata bagai, kitorang terus balik ke Pulai Spring and bersiap untuk Majlis Berinai Besar pulak. Ala, yang ada sorang jer tu over pakai dress tu. Ingat tak?




Pengantin. Ajan & Shanom yang cantik masa Malam Berinai Besar. Kiter semua kalau amek gambar, memang taknak duduk sebelah Shanom. Sebab biasa kalau amek gambar sebelah orang yang cantik sangat, otomatik muka berubah jadik macam orang gaji. Tu yang tanak tu. Tak caya tanya Rish. Selalu kalau ada aktiviti WakDan, kiter semua jauh-jauh jer dari Shanom. Sebab tu la. Taknak muka nampak macam orang gaji. Haha.

Perempuan kabaret gemok bersama pasangan lesbiannya. Choi! Eh. Semua dah kenal kan Nayang I? Tema Wana malam ni Saloma muslimah. Ok la tu. Kena dah dengan tema.


The Boys dengan Ajan. Macam-macam gaya ada. Ada yang alim, ala-ala K-Pop, lelaki kabaret dan jugak 60's rock. (Merujuk kepada yang rambut macam Man Kidal. Hujung sekali belah kiri) Haha.


Gambar masa kenduri belah siang dia nanti next entry la I masukkan. Sebab gambar yang I ada ni, Shanom tengah bizi jawab telefon. Bizi bebenar Shanom masa wedding dia, macam dia yang Mak Pengantin, Mak dia pulak Pengantin. Boleh?


Untuk Shanom dan Ajan. Welcome to the club! Semoga berbahagia ke akhir hayat and jom kiter beramai-ramai melahirkan WakDan junior jom! Maksu cop nak kawenkan anak Maksu dengan Shanom ok? Tak kisah la, laki ke pempuan ker, Maksu cop dulu.


Okbye.


-EnD-

4 comments:

Ieja RizaLiza said...

stay pulai spring ekh ... klu tau boleh jemput dtg rumah hahaha .... dr pulai spring ke rumah saya 10 minit jek =)

Chooyaya! said...

la...... ruginya tak bagitau! kalau tak dah dapat makan pavlova home made awak buat. rugi rugi!

Ieja RizaLiza said...

pavlova yg awak selalu letak dlm blog awak tu lagi menarik!! siap add huda kt fb. dapat tgk gmbr2 dia pun jadi la. huhu...

Unknown said...

Sesiapa yang minat memasak try
http://amazing-tm5.blogspot.com/
pasti Terbaik