Friday, January 6, 2012

Bila adik adik semua pon craving, carik I. Ingat makan, Ingat muka I.

Ira Raffali is craving for this sexy Molten Choc Cake at Chili's. Bebudak ni memang semua macam ni. Asal tingin nak makan apapa, kalo tak buat status sedih dekat BBM terus post jer gambar dekat wall FB aku.

Yang status dekat BBM tu ialah Mira sebenarnya. Pastu dah la craving mahal-mahal JER. pastu jugak duit ada RM20.00, tapi kalau tengok menu, nak yang Bento set besar, taknak kalah. Nak dessert bagai. Seb baik order ocha jer. Kalau dekat Sushi King ocha free. Ingat tu. Strategi kalau nak jimat. Konon cool la order air teh Jepun dekat Sushi King. PADAHAL.

Pastu bila time nak bayar selalu bukak cerita sedih jer. 'Mira kan Maksu, kursus ni kena beli baju istiadat RM1500.00, sedih la Maksu'. Aik? Ko jangan nak macam-macam Mira. Itu alasan last month masa ko nak makan mahal dekat Souled Out lantas Maksu jugak yang belanja. Sekali malam tadi alasan yang sama. Tak relevan. Pui!

Bila dapat bill, Mira hulur RM10.00 jer. 20% dari jumlah keseluruhan T_______T. Takper la. Redha. Biasa dia tak bagi langsung. Haha.

Demi adik-adik kesayangan, I rela bekorban. Cecece. So, tengah hari ni kejap lagi. We going to Chili's KLCC. Kalau ada sesape dekat sana, jangan lupa ambik gambar dengan I. I pakai baju kuning ang-ang harini. Ajak ambik gambar sama? Bajet artis la kan? Har har har.



Molten Choc Cake, tunggu akak datang. **Tetiba adik beradik dengan cake, pehal???


Mira yang busuk.

Malam tadi. Mira pick me up at 9.30 pm, makanya Sushi King tutup at 10.00pm. Makan tadek der nak kunyah-kunyah. Telan terus. Pastu balik rumah muntah sushi. Terbaik. Rugi rugi!

P/s: Kenapa dekat Sushi King selalu pasang lagu Korea. Tu kan restoran Jepun. Jangan nak tipu la! Tapi kata Mira, dia ok jer. Lagu Jepun ke, Korea ke, apa dia peduli? Janji makan free T____T

-EnD-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...