Wednesday, January 18, 2012

Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock di Istana Budaya - Part III (Finale)

Tak habes-habes lagi pasal Konsert Awie & Ella? **Rolling eyes.

Well. Kalau orang nak kata lawak saya bodoh ker? Saya peduli apa???? Tetiba keluar skrip Hamid Gurka. Tapi siyes Hamid Gurkha memang legend. Muka tak bersalah, mata sepet, pastu dalam Roda Impian mintak hurup F. F untuk maaf. Haha. Tak sampai hati pulak nak kata dia bodoh. Well tahniah Suraya, awal-awal dah keluar tajuk. Aper hal Konsert Awie & Ella dah bertukar jadik cerita Hamid Gurkha?

Dah takder apapa nak citer dah. Layan jer la gambar-gambar yang ada ni ha. Semua dari koleksi Shanom jer. Tetiba lapar bila tengok gambar ni, sebab teringat Nasik Kandar Kambing + Telur Ikan yang I makan masa balik dari Istana Budaya dekat Kayu Nasik Kandar Ampang. Hebat sungguh I. Orang lain tengok gambar makanan baru craving, I pesen lain. Tengok gambar konsert pon ingat makan jugak. Istimewa kan I? Bangga tak?

Tak bangga sudah. I bangga jer. Lalalala. **Lompat bintang.

Mempersembahkan Konsert Suraya & Ella! Nama Awie dah kena block dengan perempuan demok. Tq pada Bettyboops sebab transform I jadik rock star yang skema. Bak kata Apai, 'Mana ada rockers pakai baju tuck in, kalau nak pakai macam ni pergi tengok konsert Tomok la' Eleh. Dengki la tu.

Kiter semua kan, memang kalau ambik gambar, taknak berdiri sebelah Shanom. Sebab dia omel sangat. MAKA. Kalau duduk sebelah dia, muka otomatik berubah jadik orang gaji. Taknak kan? Ko jangan nak carik pasal.

Syikin. Seluar bell bottom ni orang pakai untuk tengok Konsert Pop Yeah Yeah jer. Sila ambik perhatian. Jangan salah konsep lagi dilain masa. Haha.

Ok. Gambar dah tak mengikut turutan. Ni nama dia Edry Hashim. Tapi Syikin dah pandai-pandai ubah nama dia jadi Eddie Hamid. Ala. Eddie Hamid yang cipta lagu-lagu meleleh rinduwww serinduwww rinduwwwwnya tuwwww... Naseb baik dia tak jerit kuat-kuat, 'Abang Eddie Hamid, nak ambik gambar'. Haha.

Lepas habes show, kiter semua lepak dekat tangga. Feeling rempit sekali-sekala ngorat aweks hot. Fewwit feewwit sambil sapkok. Ah. Dah jadik maid dah. Sebab Shanom berdiri disebelah. Tenkiu Shanom. Tapi I maid dari Bandung. Up sikit la. Sebab pakai rantai dengan T-Shirt pinjam suami punya. Tuck In. Walaupon boroi, takper. Nak tuck in jugak.

Ini semua kerja Syikin la. Habes semua artis dia nak tangkap gambar sama. Mati la. Semalam dulu I dah pung-pang pung-pang dalam blog cakap taknak ambik gambar dengan artis sebab ego tidak membenarkan. SEKARANG APA DAH JADIK??? Syikin sila bertanggungjawab. And OMG Hans Isaac sangat kacak. Kthankbye.

Para suami yang tabah jer menunggu isteri-isteri nak ambik gambar dengan Awie sampai kena tunggu sejam lebih dekat belakang. Crew-crew pon semua dah balik. Awie punya pasal, Shanom dengan Syikin rela jer. Tak tebal pulak muka kitorang masa ni. Macam remaja belasan tahun tunggu nak mintak sain otograp kumpulan Newboyz. Mati la.

Shanom paling semangat. Number 2 Syikin. I nombor 6. Haha.

PERHATIAN : Kalau sesiapa kenal dengan budak perempuan yang berdiri paling kiri ni, sila bagitau dia, dia boleh sep gamar dia dengan Afdlin & Hans dekat sini pasal kan kan kan? Masa dia ambik gambar dengan kitorang ni sekali, yang I perasan, non of her friend yang snap pon. Caneh tu?

Masa yang dinanti-nanti telah tiba. Selepas bernyamuk bagai, Awie pon keluar dengan muka ngantuk dan lapar pasal penat. Dia recognize I la. Vangga! Seb baik dah tak pakai jaket macam haritu, nanti dia kata, 'Eh budak ni tadek baju lain ker?'

Syikin siap letak tangan atas bahu Awie. I hasut Syikin, I kata 'Kin, kalau lepas konsert, mesti dorang bau busuk kan? Ko nak jugak ker ambik gambar dengan Awie?' Kata Syikin, kalaupun Awie bau bawang sekalipun, dia sanggup. Wah!

Paling tak tahan masa nak ambik gambar ni, I siap cakap dekat Bodigad Awie, 'Bang, tepi sikit boleh? Nak ambik gambar dengan Awie' Boleh tahan biadap jugak I. Haha. Tapi Abang Bodigad tu rilex jer. Senyum jer dia. Tak marah pon. Haha. Kepada Syikin, Nko memang sengaja kan letak tangan atas bahu Awie lama-lama bajet konon rapat sangat la dengan dia. Kan? Tektik tu. Nanti bagitau sedara yang ko kawan baik dengan Awie, kan? Ngaku jer la.

Syikin paling kelakar, sampai harini tak habes-habes kompang dalam FB pasal Konsert Awie & Ella. Pastu kan kan kan, yang paling dia ingat ialah Awie berbau wangi. Instead of Awie performance. Boleh?

-eNd-

No comments: