Wednesday, January 18, 2012

OM NOM NOM. Burp! Alhamdulillah :)

Hi Kawan-Kawan Semua! **Awwww manja jer bunyik kata hai macam ni kan? Haha.

Setelah sekian lama menanti entry makan-makan dari Cik Salmah Gendut, maka malam ni terimalah.. Jeng Jeng Jeng! Gambar makanan bertubi-tubi tanpa belas kasihan... Jyeah!!! Sapa kata I dah tak makan? Sapa Sapa? Meh habaq mai kat cheq!

I masih makan dengan bergembira jer. Lalalalala. Tak caya tengok ni! Hiyaaarkkkk!!!! Sila semak and mungkin boleh tiru kalau tersinggah dekat restoran-restoran ni. Ulasan makanan? Takder. Lazat jer semua. Habes lincheeennnn jer semua. NO MERCY la pendek kata.

Dome : Fisherman Platter. Udang, sotong, isi ikan macam goreng tepung jer aku nengok. Dengan sedikit salad yang salad dressing dia I saspek lemon dan lada hitam, makan dengan tar-tar sos... **Eh, kata tadi taknak ulas?

Dome : Creamy Seafood Spaghetti. Dah 3 kali datang sini, dari rumah nak order Oglio Spaghetti and bila sampai sini, tetap order yang ni jugak. Bodoh ni! Terpengaruh dengan gambar dalam menu barangkali.

Dome : Death By Chocolate. Being me yang creative konon-kononnya, I order vanilla ice cream. Put a side. Makan sama-sama dengan cake ni. Baru stim mata pejam-pejam sikit.


Secret Recipe : Thai Style Spaghetti. Masa melangkah masuk, dalam kepala nak order Seafood Curry Mee. Bila dah sampai, order dah jadik lain. Giler bapak jenis tak tetap pendirian. Jangan dicontohi.

Malas nak kata apa. Sapa yang tak kenal memang carik pasal.

Chilis : Air mahal carik pasal. Orang kaya mesti minum air segelas namblas ringgit. Mati la. Dari kanan, Strawberry Lemonade, Virgin Margarita & Peach Hill. Kata jer Peach, tapi bubuh orange. Sajer la tu. Ingat macam kiter tak kenal buah peach macam mana. Sedap nak mampos kot Margarita tu. Tapi ini virgin. Maknanya tidak ada liquor. Tidak memabokkan dan tidak jugak haram disisi agama. Jangan merisau.

Chilis : Triple play. Order ni jer kalau datang sini, perut dah kenyang. Buffalo wing rasa masam. Tidak seperti ketiak hanget, tapi ketiak masam. Paham tak?

TGI Friday's : Tennessee Chicken. Ni memang paling favorite among favorite la pendek kata. Special dia terletak pada sos dia. Memang sedap wa cakap lu. Tengok sekarang I dah lapar. Sapa nak bertanggungjwab ni? **Kunyah tangan sendiri.

TGI Friday's : Garlic & Shrimp Spaghetti. Memang terpaling sedap di merata alam (Ko kan, semua yang terpaling sedap tak tahan tu)

TGI Friday's : BBQ Chicken Salad. I prefer BBQ Chicken Salad yang dekat CPK Kitchen. Sumpah paling sedap dekat sini. But well. Dah ada depan mata macam ni, tak pernah pulak yang tak habes kan? Lagi nak komplen banyak-banyak. Aku tampar kang.

So. Sekian laporan makan-makan bagi membuktikan I masih lagi normal, bukan giler. Bye. Lapar ni. **Masuk dapur masak megi. Selamat tinggal makanan hebat!

-eNd-

6 comments:

bettyboops said...

wuwuwuwuuuu.. yang kat chilis tuu.. yang bila kaup pakai sudu tuuu pastu choc leleh2 tuuuu.. pastu ketuk2 choc hard-skin tuu nak ambik ice-cream tuuuu.. macam rupa octopus tuuuu..

telan air liur..

*motippp komen camnih..??*

Anonymous said...

dik...nko memang tau. pagi2 buat akak lap air liur.tak suta tak suta..(anak akak ckp = tak suka2x)..hui hui..kmasyp

Anonymous said...

heh!!! awat semua nampak macam nak kena telannN!!!! lapooooo

Chooyaya! said...

bettyboops : tp i wanted to makan ur home made cook more than all these!

Chooyaya! said...

kakmas : memang sengaja nak carik pasal dengan kakmas pon. hiks

Chooyaya! said...

cikamiea : itu semua nafsu tu. ishk ishk. tp mmg pon mcm nak telan semua. hehe