Saturday, February 18, 2012

Maaf. Abang Bizi.

Salam Satu Malaysia.


Hari ini kiter dikejutkan dengan berita penangkapan seorang banduan yang errr... Sorry selalu jer nak tertaip something yang berbau ala-ala membaca berita. Haha. Kronik sangat dah aku ni.


Dah lama kan rasanya I tak update blog. Semenjak dah bertukar url ni, rasa macam dah malas dah nak update selalu pasal rasa hebat dah tak payah nak guna blogspot. Sound belagak izzit? Haha. Jangan tertifu dengan belagak I yang penuh kepura-puraan ni. **Tapi kadang-kadang belagak itu adakalanya perlu untuk membina self confidence yang tinggi Err. Itu cara I. Tak molek ditiru.


Back to the topic, I'm SO SO SO busy lately dengan tarian u'olls... Bak kata Mira, 'MakSu nak masuk tarian apa lagi ni? Asyik bizi jer... Cuba la kasik can dekat orang-orang muda pulak masuk...' Amboi! Sambil-sambil jer nak mengata I tua kan? Tua dari segi umur, YES. Tapi jiwa abang tetap muda *sambil tepuk dada jalan mengepak.


Kali ni I masuk 2 tarian. (Tak sedar diri first tarian step kelaut lagi nak masuk 2 tarian. Amboi) Tarian pembukaan I buat Joget Kasih Tak Sampai by Siti Nurhaliza. Sendu noks tajuk lagu. Memang meruntun jiwa. **Redha. Tarian kedua I buat lagu Bollywood. Sama macam family day last time yang I janji nak upload video tapi tak masukkan akibat dari selalu lupa step. Maafkan I.


Memula kitorang buat lagu Oh My Darling I Love U dari filem Mujhse Dosti Karogee yang si Kareena dengan Hritik berlakon tu. Ada la aksi menari kembang kuncup dada. Boss I lantas segan nak tengok, pastu lastly semalam dia suruh tukar lain.


Yang step lagu hindustan tu I hafal semenjak hari Isnin, hari-hari berlatih menari dengan team dari pukul 6.00pm - 10.30pm SETIAP hari tu pastu boss suruh tukar. Sekarang kau bagitau aku, apa perasaan aku? Nah ambik je pisau ni boss, tikam je kepala I. Senang cerita.


Pastu I jugak menjadik manager pada Sarah & Fizul yang kena menyanyi masa malam dinner tu nanti. Apa yang manager sangat pun aku taktau la. Tapi tiap kali latihan menyanyi, (read : karaoke) Manager musti mau ada! Haha. Komen pitching cambagus jer I. Meh la lempang beramai-ramai.


So, these two weeks I memang bizi sesangat la... Dinner tu malam esok. Dekat Grand Season hotel. Sangat berharap yang kali ni aksi orang gelek I loncat tu takkan berlaku lagi ohyeh bebeh! Kalau ada lagi, semua orang boleh makan kaki I secara percuma, buat sup tulang. Tapi daging lebih sebab banyak daging. **motip?


Oh Btw. Sabtu lepas kiter semua DanDan/WakDan FC telah pergi ke Kuantan untuk attend wedding Hadry & Linda. Dekat Dewan Jubli menda entah. Menteri Besar Pahang dengan Tengku Mahkota Pahang pon ada. Hebat pulak rasa jadik Hadry. Hadry, nak sain!



Ni bersama dengan kawan-kawan Saz/Hadry masa dekat UiTM Shah Alam. Gambar DanDan FC laytah I masukkan eh? Itu pon kalau ada permintaan la. Kalau takder, I buat keras jer.



Ini kapkek lazat boleh didapati di Wrapstarzz Wangsa Walk. Tu yang top belah kanan duduk bersebelahan macam perantin tu, nama dia Stawberry Shortcake. Sekarang bayangkan kelazatan kek strawberry yang adalam dia ada paste/jam strawberry with cream cheese yang ada rasa strawberry. Sumpah sayang, abang tak tipu. Lekas-lekas mendapatkannya! Kelak kau akan menyesal! Jalan dibilangin aku tidak memberitahu.


Baiklah. Cukup la cerita pasal I yang bajet bizi sangat ni. Orang bizi dekat office dengan annual report bagai, ko bizi menyanyi/menari. Bak kata Sam (Bukan nama sebenar), 'Kaksu ni menyanyi menari, tu jer la yang Kaksu tau.' Ira pulak kata, 'Kaksu ni, MAKAN TIDO DUIT'. Sinonim sangat bunyik dia tu.


Ye la. Apapa la. Janji esok aku tak salah step dah. Ni kalau nak guna taktik Wana yang kalo salah step purak-purak pengsan memang aku dah masuk wad CCU dah ni. 5 kali dah kot pengsan.


OKBAI


-eNd-

No comments: