Phewwww.. Finally show dah habes and sangat berjaya *bunyik macam bagus kan? Macam ala-ala artis pulak ada show bagai. Ko mampu? Haha.
Ala, kasik can la dekat I sekali-sekala. Please.
Meh I cerita kronologi disebalik 'show' malam tu dekat Grand Season dari awal, sampai la kehabes.. Tak baca siap korang. Jangan mengada-ngada nak scroll2 tengok gambar jer. Aku tampar kang.. **Ni statement untuk Intan.
Kiter semua sepatutnya berada di Grand Season untuk full rehearsal at 3.00pm, konon nak practice awal, so I mintak all 'dancers' untuk berada disana pukul 12.00pm. Sekali, hamekau! I sendiri sampai hutel pukul 2.00pm. Ngeeeee... Atas kesilapan teknikal I lambat sebab sebab sebab, Si Sarah la tak burn cd lagu menari lagi. So, kena pegi opis dulu and tunggu dia siapkan semua menda. Urut tetek dada tau I dengan Sarah ni. Sabar jer la. Hari buat show baru dia nak burn cd. Ni kerja last menet yang betul membunuh ni.
But well, kiter rock star/artis popular on demand sekarang kan? Lewat 2 jam tu biasa la. Tu pon naseb baik I still ada mood nak perfome. Kalau I dah takder mood, terus I kensel semua show I, macam mana? What??? Payment nak balik? Itu I taktau. U talk to my manager and lawyer *kibas rambut. Wah!!
Menanti Sarah dengan penuh kesabaran dalam kereta bersama pengacara "Sembang Sumbang" Intan Dayana. Show I dengan Intan dalam Sembang Sumbang akan I update kemudian. Jangan lupa nantikan kemunculan kami berdua. Yeah! Tak sangka cita-cita untuk menjadik pengacara/pembaca berita akhirnya tercapai. TQ kepada semua yang memberi sokongan selama ni.. Kepada peminat I diluar sana, I love U all. Haha. Layan je layan jer.
Orang pergi dinner pakai kasut tinggi 4 inch. Intan pergi bawak selipar tebal beli dekat Danau Kota ni jer. Siap ada tanah yang tak tahan tu. Imej sebagai artis tak jaga langsung. Ini memalukan ni kalau wartawan semua tau ni, masukkan dalam Melodi, habesla reputasi kiter. 'seorang artis popular yang mengacarakan rancangan yang mendapat rating tinggi pakai selipar di majlis anugerah'. Tak ke malu tu? Haih.
Sampai je dekat hotel, terus kiter buat full rehearsal. Macam biasa la, full rehearsal musti la huru-hara. Semua panic. Tapi well well well, muka musti menten. Tangkap gambar tetap gembira.
Lepas tu... Kiter semua naik bilik and bermekap-mekapan. Pastu ada seorang tu macam obses dengan diri sendiri, asyik duduk depan cermin. Pastu ber'camwhore' bagai sampai berejam. Apa nak jadik la. Eh. Tu macam mengata diri sendiri jer? Haha. So! How do u fine our make up kali ni? Santek tak? Suka sangat dia mekap mata. Sapa pandai mekap mata, dia adalah mekap artis yang hebat. Kalau dia suka makan makanan jepun, itu bonus. Taktau la apa kena mengena.Tapi nak cakap jugak.
Full dress and ready to buat persembahan yang pertama. Yang 3 orang dekat depan tu, adalah dimaklumkan semua lelaki sejati. Entah kenapa dalam gambar nampak macam golongan 'patah' tangkap gambar kepit-kepit. Adoi la. Tak market langsung. Susah la macam ni.Yang tengah tu paling tak menahan kan? Senyum macam mintak lempang jer.
Ingat senang nak handle bebudak lelaki ni? Selepas aksi tolak menolak sepak terajang dengan they oll's ni, akhirnya baru la dapat memakaikan mereka bedak, blusher dengan lip gloss. Tu pon tangan dorang terpaksa kena ikat. Dan hasilnya... Tara...!!!!!
Hantu Cina. Yes! Yang Demok je jujur. Kak Su dia pesan, 'Jangan lap liptik!'. 2 orang dah kemam-kemam bibir all the way dari bilik ke stage. Napi je buat 'E' sebab takot liptik habes. Yang tu, KPI boleh kasik tinggi sikit. Yang lagi 2 orang tu, boleh dicadangkan untuk dipotong bonus setengah bulan gaji.
Kali ni kitorang sempat mekap and on-time jer siap. Tak macam last time. CEO dah ada kat stage, kitorang dalam bilik lagi tengah mekap. Kali ni sempat lagi la baca doa belakang pentas. Baca doa sebelum menari. Ko mampu? Tapi cambiaso, ada la soklan bodo sebelum start menari. 'Kipas kena bukak ker tak eh? Pusing time 4 ker, time ?' Jam-jam ni la baru nak tanya kan? Padahal sebelum ni dah berlatih lapan ratus nam puluh juta kali. Acaneh?
Persembahan pertama was awesome bebeh! Rasa macam almost perfect. Time last pose, semua kipas bergoyang sebab ketar. Haha. Tapaham. Bebudak laki pulak, banyak kot skip step. Susah payah I taip step dorang, 'payung cangkok kanan 4 kali, payung cangkok kiri 4 kali, lenggang 4 kali, pusing kanan 4 kali etc, last sekali baru joget lapan kali'. Sudahnya, time buat persembahan, dorang suka-suki potong semua, pastu joget setempat lapanbelas kali T_______T Sabar jer la.
Habes jer persembahan pertama, terus kitorang naik bilik semula, and bersiap untuk pakai kostum yang kedua pulak. Lagu hindustan. Lagu hindustan, tapi pakai skirt ala cheer leader singkat. Nasib baik pakai legging, kalo tak CEO I memang hat etek. Pastu paling tak menahan, ikat rambut tepi omel-omel konon macam wonder girl la sangat kan? Dah. Ni sah-sah salah konsep sangat ni. Tak besar gayung pulak reben atas kepala tu. Saksikan!
Wonder Girl sangat kan? Ooo... Kalo ada yang inquiry, I dok tengah and pakai skirt kaler lain sebab takder pair time menari. Sebab konon paling tinggi. Padahal paling gemok sebenarnya. Haha. Tengok, sekarang rahsia sudah pecah. I nak perkenalkan the dancer's. Dari kanan ke kiri, baju kuning Sara, Intan, Siti, Yours Truely, Ros, Diba Gee. Kesayangan semua <3
Persembahan rasanya ok, cuma distracted by choker tu. Dah la berat, bila meloncat-loncat, dia hempap-hempap dada. Senak pulak rasa. Pastu ada yang perasan bila I selalu pandang kiri kanan. Sebab nak pesan dekat dorang 'senyum, senyum' dengan 'lepas ni lompat ke gelek?' Haha. Sebab takot salah step. Taknak banana fruit two time macam last time.
Habes jer persembahan, baru la lalu nak makan. Tapi nak makan apa kalau semua menda dah kena angkat dengan bangla/nepal yang kerja dekat situ. Dah la dia asyik duduk belakang Intan tanya dah habes makan ke belum. Yang paling biadap, dia tanya Intan time bising sebab suara Os kuat sangat, 'Finish already?' Intan pon jawab, 'no no'. Dia bajet Intan tak paham lantas mengulang, 'makan habis suda?' Ko tengok? Kwahaja tu. Sambil-sambil je hina Intan. Apa dia ingat English Intan tak bagus ker? Haha.
Last but not least, mari mencuci mata tengok gambar orang ramping ni. Ira and Sara. Memang makan hati. Harap dengan makan banyak-banyak tetapi selalu berdoa, akan jadik kurus macam ni jugak. SO, berdoa berdoa berdoa.
Selesai sudah la acara joget-joget untuk tahun ni. Tunggu hujung tahun pulak untuk family day... Katanya tahun ni tema movie character. I nak jadik poison ivy. Boss kena sakit jantung ker, apa ker, tak kira. Nak jugak. Haha.
-eNd-
4 comments:
Kak Su, pandai la Kak Su menari. Thanks for the entry.. But dont forget to update story pasal Yash okay! Saya xboleh buat keja kalau xdak entry pasal Yash dlm blog Kak Su. Thanks Kak Su!
Sudahla yash. jangan nak menyamar jadik peminat yash. bak mai sini dulu pavlova perisa katira tu, baru maksu update pasal yash.
hahaha...hat etek la sgt..nnt dia pg cubit pipi sorg2 baru tau..aauwww..btw,sape yg kumpul ucapan besday dr artis2 tu?ai nk fazura!!!!!
of coz la i... *rolling eyes. haha
Post a Comment