Monday, February 6, 2012

Makan Lagi???

Masa cuti Hari Wilayah lepas, I pergi Pavilion dengan MIL. Kitorang dating 2 orang, makan-makan lepas tu kitorang plan nak shopping ala kadar (la sangat).


Dah bagitau Mak, jangan masak dekat rumah. Nanti kiter makan dekat luar jer. Abang belanja **Sambil tepuk dada. Masa on the way nak pergi Pavilion, Mak call Bapak. Kata Bapak, 'Hang belanja la Su makan, lepas tu kalau ada apapa beli untuk hang, belikan Su sekali'. Sebab suara Bapak dalam telefon walaupun tak loudspeaker tapi I masih boleh dengar, sambil buat muka konon taktau apapa terus I gembira. Tak plan nak beli kasut pon, tetiba bila dengar, terus nak beli kasut. Haha. Dasar!


Oh. Lupa nak bagitau. Bapak is not around. Dia balik kampung di Kedah :) Oh, pasal yang kata sebenarnya tak plan nak beli kasut tu, I tifu-tifu jer. Memang plan nak beli kasut pun. Dah lama tak beli kasut. **Lama tu dah 2 minggu. Mati la Saz bising, kata dia kereta I tu dah jadik samadengan almari kasut. Dia bising suruh bawak naik semua kasut ke atas. Pot-pet membebel. Omel jer. Taktau ker kaum lelaki yang wanita yang kereta mereka mempunyai hanya 2 pasang kasut didalam kereta termasuk didalam kategori perempuan tak normal? Takmau kan beristerikan wanita tak normal? Ha.....


So!


I feel like eating steak jer. So far tekak selalu merasa the best steak adalah dekat Victoria Station tapi celah mana pulak nak carik VS dekat Pavilion ni kan? I teringin nak makan dekat Angus Steakhouse tapi terasa macam steak dekat situ overprice jew. I kan miskin hina mana mampu nak makan one dish steak harga sampai dekat 200 rm. Sian I. T____T


So (lagi) we end up go to TGiF. Kata Mak masa Sazli call dia, 'Mak makan dekat BEST TgIF'. Aik, masa bila pulak TGiF dah ada BEST dekat depan? Rupanya Mak baca BEST sekali tu pasal atas menu tu ada BEST RIB IN TOWN ker apa entah. I pun dah lupa. Tapi basically ada perkataan BEST atas tu. Hahahaha. Sakit perut I gelak.



I makan ni. Rib Eye Steak with Black-pepper sauce. Kedu giler bagi sos, sesudu teh jer kot dia bubuh. Medium Rare. Daging merah-merah. Bajet kalau makan medium rare, anak boleh sekacak Edward Cullen la kan? Tak habes pun makan. Sebab portion dia too big, and daging dia too thick. Amboih. Banyak kompelin la awak ni. Nak kuali, masak senirik!



Mak makan ni, Sirloin Steak with Mushroom Sauce. Well done! Bab mushroom sauce tu I agak tapaham. Sebab masa I rasa Mak punya steak ni, macam rasa garlic jer. Tapi sebab Mak pon tak kompelin apapa so I diam jer la. Takkan nak lawan tauke kan? Habes Mak makan. Kata dia, kenyang sangat sampai macam takpayah makan seminggu. Tapi yang peliknya, masa nak balik, Mak macam nak singgah semua kedai jual roti sebab takot lapar malam nanti. Acaneh? Haha.



Kiter ambik Parfait ni. This time try pulak perisa mocha and chocolate. Biasa I suka ambik yang tropical flavor jer. Try la korang. Sedap ni. Gelas tu kecit cinonet jer sebenarnya. 3 kali suap dah selesai.


Sekian laporan cover line konon nak cerita pasal outing dengan MIL padahal tangan menggigil nak upload gambar makanan. Haha. anda semua sudah tertipu. Okbye la. Nak tido. I penat sangat ni. Tadi I main paintball seharian dekat Shah Alam. Nanti later la I update cerita pasal tu. Kalau rajin la. Tak janji.


-eNd-


 

3 comments:

nuurul said...

saya adalah tak normal..kasut ada sepasang jek dalam keter...sob sob *bawa diri seret kaki*

suraya said...

dalam kereta memang la ada satu. dekat almari dalam rumah ada 800 psang agaknya. kalah imelda marcos! kan?? lekas ngaku.

nuurul said...

rahsia terbongkar...cepat lariiiiiiiiiiiiiiiiii...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...