Thursday, March 15, 2012

Intan, Futsal & Apple

Korang, jangan lupa jengok blog Intan tau? Dia dah kembali aktif dalam arena blogging. Selepas 2 tahun, akhirnya dia aktif kembali. Clap clap. Itu pun selepas I paksa dia aktif balik. Selepas some renovation dekat blog dia, tadek la nampak kusam dan suram sangat macam dulu. Kalau dulu, gambar header dah kelam/kelambu. Kata Intan, itu la jiwa seni dia. **Seni la sangat. Seni menda kalau macam tu. Tengok jer, terus turn off. Haha.


Ok. Nampaknya ada soalan. Soalannya berbunyi begini.


Saper Intan??


Korang biar betik. Paling popular kot dekat blog Chooyaya ni kot? Sampaikan ada peminat (peminat?) dia tegur masa dia shopping dekat JJ Au Setiawangsa. Kwahaja. Memang lawan tokey la kan? Aku pon tak pernah orang cam, ni dia pulak yang 2 3 kali orang notice. 'Eh, ni Kak Intan yang dalam blog Chooyaya Secret Garden tu kan?' Grrrrr.


Dah. Cukup cerita bab Intan. Actually, I menggelupur kot nak cerita pasal apa yang I craving masa ni. Tapi nanti orang cakap, Chooyaya ni tak habes-habes cerita pasal makan. So, kali ni I nak citer pasal aktiviti futsal I pulak.


Sebenarnya dah lama giler tak main futsal. Sampai la baru-baru ni, I ada main futsal dengan officemate / geng menari I. Lelaki + Perempuan. Kelakar nak mampos. Syarat dia, lelaki tak dibenarkan menjaringkan gol. So, main la kitorang perempuan-perempuan ni dengan gigih. Paling kelakar Kaklong la. Kata dia, sekali sepak, sekali terkucil. Sampai habes game, sependa dia habes basah.


Main bukan sebab penat 'bermain', tp penat gelak. Mana taknya, banyak sepak angin dari sepak bola sendiri. Bila corner, kiter semua beratur depan pintu gol. Yang tak jadik goal keeper pon sebok nak jaga gol jugak. Sampai terbaring-baring dalam goal la pendek kata. Main tarik baju, peluk bola, semua cukup.


Yang paling omel, Sara la. Pakai baju purple, seluar pink senteng, kasut kaler pink jugak. Memang omel giler. I saspek dia pakai seluar tido, tapi dia tak ngaku. Padahal siap ada gambar kupu-kupu pakai spek mata love dekat seluar dia. Lagi tak ngaku. Haha.



Ni la team I. Semua pon senteng. Kaklong dengan Sara (baris atas paling kiri dan paling kanan) buat muka serius. Fizul pulak tetiba engage dekat telefon. Telefon dia adalah kasut tu la. Macam nak tampar jer. Wan macam biasa, kalau bergambar suka buat muka cacat. Dia ingat dia ensem kot kalau buat muka macam tu.


Kata Intan, buah ni kena bagi mengikut berat badan. Dyba paling kecik, so dia duduk paling atas... Yang paling gemok, paling besar, paling berkuasa tua, duduk bawah dan tengah.

Ok. Fine! Paling gemok sebenarnyakan yang Intan nak cakap.


Ok la. Mengantuk. Takde pengisian langsung entry ni. Bosan. Eh tak. Ada pengisian sebenarnya. Pasal I nak promote blog Intan. Jangan lupa tu. Ishk. Dah ayat aku harini macam budak sekolah rendah baru nak belajar buat karangan kenapa???? Ni semua Intan punya pasal la ni!


-EnD-

3 comments:

Anna Dayana said...

hamboi... ni Intan nak kena minta no acc ke kat kak su ni?

Anonymous said...

Sue, akak dah baca blog intan tu. ya allah nkorang nikan memang gila tau. kak mas gelak sorang2 kat office ni sampai member pun tegur...nkorang nikan memang tau...kakmasyp

Chooyaya! said...

ha a. ingat semua promotion ni free ker? bak meh seratus!