Friday, March 16, 2012

Keow Teow Goreng Kerang Kompem Sedap Punya!

Keow Teow Goreng Kerang Kompem Sedap Punyer *thumbs up


Bahan-Bahannya. Jeng Jeng Jeng!


1. Keow teow (I biasa suka guna yang kurus sikit tu) Sebab dalam otak dah set, makin besar size bukaan keow teow, makin menggemukkan. Boleh?

2. Bawang besar, bawang kecik, lada kering rebus yang diblender together forever

3. Kicap manis cap kipas udang merah (ingat!), sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan 5 titis sahaja

4. Cube ayam

5. Taugeh

6. Tulur (ane, roti canai sato!)

7. Daun Kucai

8. Kerang Kerang Kerang (Beli yang dah siap kupas, senang sikit nak buat kerja) Kalau rebus sendiri, kopek sendiri, dikhuatiri yang masuk mulut lagi banyak dari masuk kuali.

9. Kasih sayang (wah, kelasss kau maria!)



Cara Menghasilkannya/Memasak/Membuat


1. Buat scramble egg. Ketepikan. Jangan peramah-peramah nak hancur-hancurkan sangat telur tu. Hancur-hancur ayam jer.

2. Panaskan minyak (Eh, tadi dalam bahan-bahan tak tulis minyak pon padahal) Tumiskan la dulu bawang kecik, bawang putih sampai la garing sedikit. Ni petua nak kasik sedap ni. Jangan pandang sebelah mata pulak. Hai susah la macam ni. Garang sangat tukang masak?

3. Bila dah garing dan berbau wangi, baru la masukkan bahan-bahan yang diblender together forever tu. Sampai la pecah minyak.

4. Pastu masukkan sos tiram, kicap, sos tomato, sos cili. Kicap mau lebih tau? Baru hitam lazat pekat berkilat.

5. Masukkan cube ayam and perasakan la mengikut citarasa masing-masing sebab rasa itu sebjektif. I suka bubuh gula. Kasik manis sikit. Tapi jangan la ko bubuh sampai manis macam pengat pisang.

6. Masukkan kerang. Kalau suka daging, boleh jer. Tapi masukkan awal-awal tadi la. Untuk makluman, I tak suka fish cake, fish ball. So, taknak masukkan. Pastu Mak komplen, 'ko ni, menda tu pon tak makan, macam orang kampong'. Amboih. Berani dia. Ni sapa yang orang kampong sebenarnya ni? **petir

7. Kepekatan kuah berdasarkan pada citarasa masing-masing. I suka becak-becak. Awww!

8. Masukkan keow teow. Kacau sampai sebati
9. Last sekali, tutup api and masukkan scramble egg, kucai dan taugeh. I suka matikan api baru masukkan sayur-sayuran pasal nanti lecur sangat. Tak rangup. Tak suka tak suka.

10. Sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng dan cili merah potong kalau merajin.




Cerita pung pang pung pang. Dihidang la, hias la. Gambar dalam kuali jer padahal. Ni la Keow Teow yang I masak SENDIRI. Taktau la sedap ker tak. I saspek sedap la pasal Kaseh dengan Sasha mengulang makan sampai habes. Aku nak tambah tengok-tengok dalam kuali dah tinggal kucai jer 2 helai.

Jangan lupa cuba tau resepi yang I dah bagi ni. Gigih pagi-pagi update entry resepi. Padahal aku dah seminggu teringin nak makan keow teow buatan sendiri. Angan-angan nak makan dah ada. Modal dah ada. Kudrat dah ada. Kerajinan jer yang takder. Pastu tengok kaki sendiri, kunyah jer. Pasal kunyah kaki tak payah susah-susah macam nak masak dekat dapur.

-EnD-

9 comments:

Anonymous said...

oh sedapnye,,,,tgk pun tau....kte puji ad upah x hahahah saya nadia rose...

Chooyaya! said...

hi nadia rose. mcm mana nak bagi upah ni. cuba la membagitahu.

Anonymous said...

eh xpe laa hehe tpkan kalo kt kedai jgn arap laa dpt cmni..sume kedekut nk bg lebeh...cth kerang...ni byk taugeh n daun bawang je...nadia rose

Anonymous said...

Su, boleh x jgn bg kyus meleleh mcm org x cukup sifat.....
Love u
Kyus yg omey.....wahhhhhh perasan n penuh perasaan

Ina Khairina said...

i pun suka yg becak2.....auwwwww!
hai k.su,i haslina hassan tokey puding karamel tersedap di dunia.....larikkkkkkkkkkk

Chooyaya! said...

nadia rose : kedai mmg la macam tu. kadang2 kerang jer bg nam ekor. baik takyah. mcm tak ikhlas kot?

Chooyaya! said...

kakyus yang omel : resepi dah bg tu kakyus. kak yus buat sendiri, pastu kirim kat sana ok?

Chooyaya! said...

ina khairina : kalau benar bagai dikata, buktikan la dulu. hantar kesini. bg orang gemok ni rasa.

Naddy said...

terliur...akan dicuba...yeayy tq share resepi..pasni nk masak pastu letak nama kuetiau kakchoyyyyy yaya.. hahahaha =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...