Friday, June 8, 2012

Heeeee.....Ada lagi dia rupanya!

Salam semua....

Dah lamanya tak update blog... Tetiba rasa macam takder hati pulak nak surf internet and all. Well, begini la kan nasib orang kuat makan. Bookmark and follow semua blog makan-makan jer. Rancangan tv pulak nak Travel and Living jer sebab ada cerita masak-masak, tapi Allah punya kuasa, bila mengandun ni, makan pon tak berapa nak lalu... So, tak boleh nak surf net sebab tak boleh nak tengok gambar makanan. Sian aku.

Apa-apa yang relate dekat foods pon ikut semua akan jadik mual bila tengok, tu yang malas nak bukak blog dah. Kot nanti ada nampak dekat sidebar gambar makanan, muntah dengan bersuka-ria. Ada sekali tu, muntah sampai keluar darah dari tekak pasal tekak dah luka. Muntah darah oi, macam drama dalam tv. Lepas muntah darah, terus mati. Takot tak takot tak?

Sekarang jer la rasa macam dah ada selera sikit. Sikit la... Tak macam masa mula-mula dulu. Makan mihun bodoh yang dalam dia tak boleh ada apapa selain ikan bilis, milo dan biskut mayat jer. 3 minggu jugak survive hidup dengan makan tu jer. Keluar rumah langsung tak boleh. Bau kedai ker, bau kereta ker, bau apa pon I tak boleh.

Sazli pulak dah berzaman tak pakai perfume. Haritu dia bakar roti dalam rumah, sekian sebesen I muntah. Taktau la hantu mabok ni teruk sangat.... Saz banyak tolong kerja dekat rumah. Basuh baju, sidai, lipat semua dia buat. Basuh baju jangan guna softlan, nanti I muntah. Naik pedih ulu hati sebab asyik muntah. Nanges :"(

Saz komited betul dengan kerja rumah. Balik jer rumah, salin baju terus angkat kain, lipat kain. Lipat dia, kalau ISO I memang fail la. Kecik besar kecik besar. Tapi jangan nak banyak komplen, orang dah tolong pon dah kira baik. Sidai kain pon sekejap seluar, sekejap kain. Haha. Omel giler. Tapi bila tengok dia berpeluh-peluh buat kerja rumah, jadik kesian pulak. Orang dah tolong, kalau banyak komplen, nah!! Makan selipar ni. Orang makan nasik, ko makan selipar.

I pulak, memang tak larat. Balik dari kerja, bukak semua baju, terus baring atas katil. Baju sepah-sepah dekat lantai. Pastu Sazli kutip la. Kain tudung kat sofa, baju dekat bilik. Sepah sana sini. Pastu dia datang dekat I dengan muka omel, bagitau... 'Bubu, Papa penat... Bubu jangan la cepah-cepah baju...' Alololo... Shian dia...

Ha, baru ko tau?? Dulu waktu I sihat, bila I tengah buat kerja besungguh-sungguh, and dia  besenang lenang tengok tv, itu la I rasa. Tapi kata Saz, dulu dia tak tolong buat kerja tapi dia tak buat sepah. I dah la tak tolong, buat sepah pulak tu. AMBOI.

Sekarang ni, every two hours, I akan lapar. Kena makan kena makan! Macam terpaksa makan. Kalau tak makan, badan lembik giler. Kata doktor, first 3 month memang macam ni, sebab badan akan produce darah lebih dari biasa untuk baby, so jantung punya heartbeat akan laju tu pasal la kiter kena selalu makan and rasa mengah lain macam.

Teringat masa taktau yang I dah mengandung, I ada training netball. Patut la lepas main tu, I semput lain macam, penat giler. Bila teringat, seriau pulak. Tak lagi kira duduk dalam flight lama-lama.. Berlari kesana sini time dekat Europe tu, panjat tangga tinggi masa dekat Monte Carlo. I ngilu pepet bila teringat. Nauzubillah. Nasib la takder apapa.

Skarang ni, kalau lasak sikit, Sazli yang bising. Lasak tu kalau bagi Sazli, mengereng laju-laju masa tidur pun dikira lasak. Yer la kan, kadang-kadang kiter terlupa... Orang pulak ingatkan, ko tu mengandun, jangan nak lasak-lasak sangat.

Pregnant ni macam a bless la.. Syukur sangat dapat melalui saat-saat macam ni. Semua orang sayang.... Dilayan macam puteri... Seronok sangat... Sazli la paling kesian... I buli dia habes-habesan. Haha. Pantang dia duduk sebelah, nanti I cakap. Gosok papa. Bila dia berenti, I goyang-goyang kaki. I pulak, kalau tidur, Sazli kena pok-pok, kalo tak, tak lena tido. Ngada kan? Haha.

Dah la, dah panjang pulak cerita. Orang pon bosan kot baca. Korang doakan la eh I cepat sihat cergas macam dulu... Tak mabok tengok gambar makanan. Boleh update blog selalu... oh, btw, I dah 12 weeks yaw! Tapi perut ada sikit-sikit jer. Kata Sazli, tu lemak. Bukan sebab pretnen. Kwahaja! Haha.

Much Love,
Chooyaya!

8 comments:

Anonymous said...

lame2 ok la tu....insyAllah...nk msk trimester ke2 la ni....bestkan...
bl dh blh rs baby gerak lg xcited....
bl dh peknen x sbr nk rs die gerak...bl dh rs gerakan...x sbr nk tggu die kuar...bl dh kuar x sbr nk tggu die besr.....
bl die besr...akan rindu blk saat die dlm perut & msa die kecik2....

so, every moment tu sgt2 berharga....

bettyboops said...

nanti i sangkut choc kat grill rumah u yaa.. boleh makan choc tak..?? take care sue..

.::cik lin::. said...

hope kak sue kuat...n baby sihat..dah rindu sgt ni ngan blog kak sue..hari2 buka tgk kot2 ade update baru..akhirnye hilang juga rindu..

JembalCastle said...

salam... Tahniah! Jgn bg perut kosong, kurang laa sikit muntah2....

Jan@Afzan said...

Suraya...

biasalah tuh mabok2 dan tak larat, nama pun berbdan dua..huhuhu.

tak lama lagi ada lah tenaga nak makan dan buat keje...huhu

selamat menjga diri, baby dan sazli

Mimy Hamid said...

takpe su rasa la sikit pengalaman mengandunnn...nanti ko dah ebrsalin ridu pulop...eh nak bgtau kepok lekor celup tepung sedap..biadapp tak..larikkkkkkkk

Lenny said...

congrats dearrrr!!!!!!

nanti mesti anak you omel cam you and saz gakkk..:D

Chooyaya! said...

tq korang semua... doakan yg baik2 eh? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...