Monday, September 3, 2012

Europe Tour - Day 4 (Mak, baru Day 4 ker?)

Dah masuk dah Day 4! Yay....!!! (Tu ada la yang buat muka lega, tak larat nak baca Europe Tour entry ni kan? Taik idong kering mao?)

Nothing much activity we do today. Dari Starhotel Terminus (yang Star la sangat tu yang ala-ala hotel back to the future yang kiter semua stay overnight) we had breakfast dulu, lepas breakfast terus la menuju ke Royale Palace (Castle Nouvo) still in Napoli/Naples.

Tak larat dah wei nak visit church. Bersepah church yang berusia ribuan tahun sejak dari zaman AD to BC yang ada dekat Itali ni. Sebab banyaknya church dekat sini kerana Nabi Isa (Jesus) lahir dan menyebarkan Agama Islam which is beribu tahun dulu. Sebelum orang Kristian masih berpegang teguh pada Kitab Injil dan masih tidak terpesong dari landasan Islam yang sebenar, kira amat bagus la kan ada banyak rumah-rumah ibadat macam ni. **Apa menda la ayat aku ni? Sendiri baca pening. Lantak la.



Yang ni, I berlatar belakangkan  Royale Palace of Napoli/Naples. Istana ini ialah salah satu dari 4 istana yang digunakan oleh Borboun Kings semasa zaman pemerintahan baginda dari tempoh 1730 hingga ke 1860. 

Tiga lagi istana Raja Borboun ni terletak di Caserta, Capodimonte dan Portisi. Giler bapak banyak istana dia. Dah la besar-besar semua. Ni mesti orang kaya giler ni.

The Royale Palace ini telah dibina oleh seorang arkitek bernama Sazli Ramzan seorang rakyat Malaysia yang telah berkahwin dengan seorang rakyat biasa yang boleh tahan omel bernama Suraya. Eh tak. Gurau jer. Haha. Gurau dah la tak lawak. Hehe. Nama arkitek sebenarnya ialah Domenico Fontana. Amboi nama, kemain kan? Macam nama fountain jer.

Tak banyak sangat info menarik pasal Royale Palace Of Napoli/Naples ni. However, for more info sila klik sini

Bangunan ni telah banyak dilakukan baik-pulih. Sebab telah berlakunya kebakaran yang besar pada abad ke-18. Pada perang dunia kedua pun, bangunan ni kena bom jugak and again, dorang baiki balik. Lebih dari 8 raja telah menggunakan istana ini semenjak dari zaman pemerintahan Raja Napoli pada abad ke-12. ..

Krek krek krek.

Huarghhhh ngantok aku nak bercerita.

Nexxxtttttttttttttttttttt.....!!!



 Sazli disekitar kawasan istana. Dengan sejuknya, burung bersepah sana sini, sebijik macam dekat luar negara. Daaaa??? 


 Tengok angin meniup lembut rambutku. Macam iklan shempu.


Tengok, ada banyak kapal-kapal orang kaya.


I saspek bangunan belakang ni hotel ataupun apartment. Tak sempat nak buat kajian. Mintak maap.


Dah puas ambik gambar dekat sekitar istana, takder pilihan kena masuk jugak dalam istana. Ada banyak gambar potret yang berusia beribu tahun ditempatkan didalam istana ni.


Orang Itali memang pandai melukis. Yang ada dekat dalam istana ni semua lukisan tangan tau? (Dah tu, takkan la beribu tahun dulu gambar lukis dengan komputer lekat as a wallpaper kan? Tampar nak?)


Dah habes visit semua tempat dalam istana yang banyak dihabeskan oleh I dengan duduk (PANTANG NAMPAK KERUSI), kiter semua pon lunch.... As a starter, mempersembahkan.... Jeng jeng jeng! Bow spaghetti ni. Rasa macam ala-ala carbonara. Tak sedap sangat pon tapi bak kata pepatah orang Melayu, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Gitu.


Gini jer la rupa ikan dia kalau nak makan pon. Ikan takat grill-grill manja, makan dengan salad + olive oil + salt and lemon. Tartar sos ker, apa ker yilllek. Makan jer. Makan memang makan, tapi muka dah start ketat dah time ni. Nak nanges, sebak semua dah ada. Sebab dalam kepala mau NASIK NASIK NASIK! 

Lepas lunch, perjalanan diteruskan ke Siena. Yang mengambil masa selama 6 jam U'olls!! Bangun tidur bangun tidur masih jugak tak sampai. Masa ni takder der nak enjoy tengok pokok pine dengan pokok olive dah macam last time. Tidur lagi bagus. Selang 2 jam, kiter akan berenti dekat kedai ala-ala R&R la. Untuk do the small biznez.


Muka juga sudah muncung, jadi... Sebagai Bapak yang sweet lagi prihatin, dia telah menghiburkan hati anak perempuan kemanjaan dengan mengumpan pokok yang cantik untuk mengambil gambar. Maka, anak perempuan kembali tersenyum semula. Lupa nasik sekejap.

 
Apatah lagi dipancing dengan pelbagai jenis eskrem Magnum yang amat la lazat. Tengok tu. Ada banyak jenis kan? Harga 4 euro satu, convert duit Malaysia jadik RM16 satu. Tapi jangan risau, Bapak ada. Dia yang bayar semua. Hiks.


Sampai jer dekat Hotel di Siena (Hotel Mercure) terus dihidangkan dengan ikan lagi. Tsssk Tsssk T____T Masa ni makan sambil menitiskan air mata serta jalan jugak dah seret-seret kaki. Sedih ya amat. Masuk jer bilik terus rendam megi guna tab water. Tak sampai 2 menet, air dah jadik sejuk semula maka megi pon kembang terpaksa dan kuah jadik berketul-ketul. Call receptionist nak mintak air panas harganya 5 euro (RM20) untuk satu mug. Terus sambung nanges sambil makan megi. Haha. 


Depan Hotel Mercure. Hotel ni not bad. I suka. Sebab tv dia leper bukan macam Starhotel Terminus dekat Napoli/Naples tu. Mata makin kecik-kecik-kecik sebab sejuk. Time ni baru lepas hujan.

Sampai jer hotel, terus kebabom! Sebab time ni badan dah start penat. Bapak asyik tanya, nak roti tak? Nak itu tak, nak ini tak sebab ini pempuan mengada, mood sudah swing. Terus rindu Malaysia yang suam-suam kuku cuacanya dan rindu nasik lemak. Susah nak describe macam mana rindunya pada makanan Malaysia waktu ni. Haha. Giler drama. Sebak sebab nak nasik. Mengada sangat ke apa ni?

Sazli pulak sebok nak tengok bola. Dia pelik kenapa bola dekat sini pukul 8.30 malam, kalau dekat Malaysia pukul 2-3 pagi. Haha. Jadik bengong sekejap, padahal EPL, La Liga semua kan main dekat Eropah, memang la guna waktu sana. **Dish dish! Hantuk kepala dekat dinding.

Sekian laporan hari Ke-4, stay tune esok untuk laporan Day-5 dengan kata-kata, 'janganlah jemu, ingat daku dalam doamu'. Haha.

-eNd-

6 comments:

Anonymous said...

salam k.su...seronok baca k.su punye blog..menarik..walaupon x g sana..tp bila baca rasa cam dah ada kat sana plak haha...truskan menaip...

Unknown said...

ayat last yg paling tak menahan tuh.. sue.. sue.. comel mcm biasa :D

Chooyaya! said...

anon : salam cik/encik anon.
menarik ke? kalo menarik sila bank in duit ker... hehe. tq tq. ni nak sambung menaip la ni. hmppp hmppp

Chooyaya! said...

kaktini, walaupun dah gemok. masihkan su comel? T___T

Anonymous said...

ina paham kerinduan k su omel terhadap nasik..ina pun mcm tu ms seminggu kat turki..mcm nak giler kena telan sayuran hijau tiap2 hari....huhuhuhuhu

Chooyaya! said...

ina : memang... taktau nak describe mcm mana... mana tu dapat nasik + telur + kicap pon kaksu dah rasa seribu kesyukuran. saya cinta malaysia! **tetiba