Ok. Baiklah.
Begitu bersemangat dan berkobar-kobar mengupdate entry pasal Tour Europe nampaknya orang tu kan? Day 3 masih bertahan dan harap bersabar la menanti sehingga Day 15...**Libas rambut! Tidak la muntah diharapkan pada sesiapa yang membaca dimana jua anda berada. **Selit-selit sikit aksi pembaca berita. Tak habes-habes!
Sambil-sambil tu I selit la sekeping dua gambar makanan buat pembangkit semangat nkorang membacanya. Ce ce ce. Pembangkit semangat orang membaca konon, padahal pembangkit semangat aku. Pui!
Harini, kiter akan visit satu jer tempat bersejarah. Mujur satu jer. Kalau tak, dah rasa macam rombongan sekolah tadika ke muzium negara jer. Haha. Bapak ngan Mak redha jer la melawat tempat-tempat macam ni. But despite of melawat tempat bersejarah, I rasa seronok sebab pemandangan sepanjang jalan ke sini sangat la cantik. Pokok-pokok dia semua pon cantik. Buah-buahan segar dan gemok serta cuaca yang humang aih, sejuk nak mamfus!
Memang hari ni ialah hari yang paling sejuk diantara hari-hari yang ada dekat Europe. Sebabnya dah la hujan, pastu sejuk. Pastu check suhu, below 10. Mana tak sejuk. Tapi seronok satu jer. Time korek taik idung kering. Haha. Suci mulus je rasa lobang idong. Taktau la bila lagi nak merasa nikmat korek idung macam dekat sini. **sigh. (Impian nak yang tak senonoh jer, tapaham). Haha.
Kiter gerak dari Rome ke Lost City Of Pompeii ni dalam pukul pagi. (Pukul pagi, boleh?) Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam. I tak tidur pun, sebab sebok tengok pokok pine. Lepas tu, sepanjang jalan ada banyak orang kampung tanam pokok zaitun. Lepas tu dah la hujan, memang best sangat.. Sejuk jer... Bila stop untuk kencing, semua orang makan eskrem Magnum. Ko mampu? Suhu below 10 makan eskrem dengan selamba. Rinduuuuuu................. Nak pegi Europe lagi time Spring!! **Nanges guling-guling atas jalan. Tapi guling sebelah jer sebab mengandung. Haha.
Sampai jer dekat sana, kiter semua lunch dulu. Nama restoran ni, Vittoria Restorante. Humag aih! Ramai giler orang. Time nak tunggu dapat makan group kitorang, sempat la membeli cenderamata dekat kedai-kedai luar ni. Beli payung jugak sorang satu, no share-share sebab hujan memang merembes-rembes. Payung size omel, badan size badak masing-masing, mana boleh jalan, kan?
Sejukkkk!!! Ni dalam Vittoria Restaurant. Dekat belakang tu, sebenarnya ialah patung itam yang berbogel. Tak malu tau?
Semua orang dah lapar... Kesian sangat-sangat. Mak kata badan dia tak lut pakai leather jacket, maka terus pakai jacket untuk winter. Kiter orang Asia memang kulit nipis. Bayangkan, mak dah la rendang jer, pakai pulak jacket macam tu, dah macam penguin jer I tengok. Omel! Tengok tu payung sorang satu. Kaler oren, pink, biru. Bapak kelihatan lapar disitu. Harap bersabar bapak. Time hujan-hujan macam ni dapat makan cekodok ikan bilis cicah sambal tulis kan lazat? **nanges.
The best spaghetti we ever ate here in Itali. Yang lain punya tempat, tasteless semacam rasa. Kalau mintak oglio, spaghetti dia cuma dicampur dengan olive oil jer. Ko giler nak suruh makan macam tu jer? Sedap sampai rasa macam nak mintak tambah, tapi segan.
Lepas dah isi tank, kiter meneruskan aktiviti melawat The Lost City Of Pompeii... Belakang restoran tu jer tempat dia... Besar sangat-sangat tempat ni... Mana tak besar, dah kata city kan? Keluasan? Lebih kurang dalam 163 ekar. Ha, memang besar giler. Kalau boleh, nak request mintak naik motor sebab malas nak jalan, tapi takot kena penampar pulak. Kiter tak pergi semua area, ambik yang penting-penting jer...
Lost City of Pompeii ini terletak kira-kira 8 kilometer dari Gunung Berapi 'Mount Vesuvius di Napoli/Napless. Kota ini telah musnah dan tenggelam dan diliputi dengan abu gunung berapi sedalam lebih kurang 8 meter (12 ke 20 kaki - mak ai giler dalam) dan telah 'hilang' sepenuhnya dan kota ini hanya dijumpai setelah 1700 tahun kemudian. 1700 selepas hilang diliputi dengan abu gunung berapi. Sila bayangkan yer. Bukan 170 tahun, tetapi 1700 tahun!
Kota ini dibina pada tahun 70 AD. Ingat tak pasal AD and BC yang I dah bagitau dalam entry lepas? Maknanya, kota ini dibina sebelum seribu atau dua ribu sebelum kelahiran Nabi Isa :| Kota ini dibina oleh orang-orang zaman Hercules dibawah pemerintahan Regim Campania. Selepas 1700 tertanam, baru la kota ini dijumpai semula iaitu pada tahun 1748. Humang aih!
Lost City Of Pompeii ini telah diiktiraf oleh UNESCO World Heritage Site sebagai tempat paling menarik pelancong di Itali dengan lebih kurang 2.5 juta orang melawat setiap tahun. Kota ni memang complete dengan jalan, kedai, penjara, dewan, tempat ikat kuda, tempat parking kereta kuda, auditorium tempat lawan-lawan macam Colosseum tu and many more. Senang cerita, a very complete town. Kalo dalam bahasa mudah, KL yang ditenggelami abu, ha... Macam tu la. Seram kan I kasik contoh?
Yang ni pulak spa. A complete spa which is ada kolam air panas, kolam sejuk, tempat mandi, tempat berendam dan jugak swimming pool. Memang giler besar dan sangat menakjubkan. Maknanya, memang spa ni dah wujud semenjak beribu-ribu tahun dahulu...
Ini ialah orang original yang dijumpai. Kena salut dengan abu gunung berapi, terus keras macam ni. Seram kan kalau dia tetiba bangun ke apa?
Yang ni pulak tempat pelacuran. Kat sini la pelacur dari seluruh pelusuk dunia yang jadik tawanan perang melacurkan diri. Tu katil dia la kira. Best ker bersenggama atas batu eh? Takder taste tau orang zaman dolu-dolu.
Sebab pelacur tu datang dari merata dunia, dorang tak reti nak berbahasa Itali dan pelanggan-pelanggan akan merujuk pada gambar yang ada disekitar bilik tu, nak 'gaya/service' yang macam mana. Tunjuk gambar jer ok? Nak cakap dah tak paham... Lukisan ni ialah lukisan asal yang memang dilukis atas batu.. Dah macam lagu Sudirman pulak... 'Tulis nama atas batu....' Amboi! Kemain kan? Actually banyak lagi gambar lain, segan pulak nak letak dekat sini. 18sx habes! So simpan untuk simpanan dan rujukan sendiri. Haha.
Terlalu banyak info pasal The Lost City Of Pompeii ni, tak larat I nak share. More info pasal kota ni, kalau merajin, klik sini. Tengok la I, baju pink, payung pink, sarung tangan ijau. Tak menahan.
Salah satu dari taman yang terletak di kota ni. Memang cantik sangat. Seluas saujana mata memandang...
Pemilik payung kuning. Auuuw!
Next, kiter gerak ke Sorrento. Tak jauh. Dalam 16km jer. Tujuan nak pergi Sorrento sebab nak dinner jer... Jarak memang dekat, tapi disebabkan oleh cuaca hujan, jalan bengkang bengkok macam naik naik ke Genting Highland tu, maka jadik jauh pulak. Giler la kalau ingat balik, kiri kanan memang curam habes.. Dekat sebelah kanan dah curam, pastu ada laut Tyrrhenian Sea. Sazli memang tak pandang kanan dah. Sebab seram habes.
Sorrento ni terletak di bandar kecil bernama Campania. Dekat sini memang ada banyakkkkkkkkkkkkkkk pokok lemon. Tepi-tepi jalan bersepah dengan pokok lemon. Yang dalam gambar ni buah limau. Menggelupur I nak petik buah ni. Orang dekat sini buat relex jer. Macam tak heran. Isi buah limau ni merah. Pelik.
More info pasal Sorrento klik sini. No wonder la banyak lemon sebab perusahaan wine dari lemon ialah perusahaan wine lemon yang terbesar dekat sini.
Dinner dekat Sorrento la I rasa paling tak selesa. Macam mana nak makan woh kalau sejuk menggigil. Sejuk sangat-sangat tak terluah dengan perkataan, sampai lost appetite la pendek kata. Ko mampu nak bagi orang berselera makan macam I ni lost appetite? Semua dah jadik serba tak kena. Nak masuk restoran sejuk, nak keluar sejuk, masuk bas sejuk. Hadoi!
Habes dinner, kitorang gerak semula ke Napoli/Napless and tidur dekat Hotel luar nampak moden, masuk dalam bilik, ada tv kotak ala-ala zaman 90-an. Giler la ketinggalan. Dah la perabut macam antik giler. Menyeramkan. Nasib baik duduk satu malam jer. Nama hotel tu, Starhotel Terminus. Star la sangat.
-EnD-
5 comments:
kak suuuuuuuuuuuuuuuuuu!! i mmg ternanti2 kak su updet belog.. sekali bila dah updet bole x perasan pulak.. boleh gitu? hahaha
kak su, nak pegi sini jugakkkk.. bape kos sume nih kak su? ngan makan2 skali? travel agen mane? aaaaaaaaa dah menggedik2 dah nak pg nih
huhuhu bestnye lemonnn !!mesti jln penuh bau lemon je kan ..
spegeti dia mmg menyelerakan sehingga ingin balik opis laju2 beli tomato puree n msk ... hok hok hok ...
CPI : itu ternanti2 tifu tu.... kalo tak, mesti perasan ada banyak entry baru... ok fine. tamao kawan! :p Kos semua berapa eh? bapak yg arrange semua. tp amek package la senang. flight + hotel + makan 3 kali sehari included. 10 hari dalam 12k sorang kot semua. duit belanja ikut suka ati nak bawak. nanti eh kaksu check ngan bapak detail pasal travel agency tu..
eda : lekas masak spagheti tu. pastu kirim la kat mak buyung ni... kalo kesian la... tskk tskk T____T
manusia yang original yang disaluti abu gunung berapi tu kan mesti dah tua kan ...bayangkan umur dia berapa... amazed betul...
Post a Comment