Wednesday, December 26, 2012

Pau Goreng & Minyak Yu Yee Cap Limau

Assalamualaikum....

Mintak mahap la sebab buat sementara waktu, blog ni akan jadik blog Shein Iskandar sebabnya nak post pasal makan-makan dah tak boleh kan? Bertabah la aku makan sawi dengan ikan merah sup hari-hari T____T. Semalam masa makan sup ikan merah sipi-sipi I nak buat sambal kicap. Hahaha. Melampau kan? 

I dok imagine, kalau makan pedas nanti lepas pantang, Shein akan rasa zuzu dia pedas jugak ker apa? Dah tu kalau 2 tahun bf, maka 2 tahun la eh tak boleh nak makan pedas? **Ini pengorbanan namanya. Sila beri tunjuk ajar. Betul ke dah tak boleh makan pedas nanti? Maknanya hari raya tak boleh makan rendang dah la eh? Yer la. Makan ketupat dengan ayam masak kicap jer la kalau macam tu. Good bye sambal air mata. U'll bee missed.

Ok bab lain.

Nanti kan kan kan. I nak makan goreng pisang dengan cendawan goreng cicah sambal kicap. Perghhhh!!! Lahzat sangat toooo!!!! *nanges. Pastu I nak makan sakae san pastu nak makan salmon sashimi lapan pinggan, pastu sambal air mata, cekodok ikan bilis, dengan sebaldi teh o ice. Puas hati aku! Pastu kalau gemok, boleh komplen dengan tapak kaki sendiri. 

Kata Sazli, dia janji takkan makan Japanese food sampai la I boleh makan sama-sama dengan dia nanti. I dah alip lam lam ha dah dekat dada dia. Kalau dia tipu dia memang penjahat wanita.


Macam pau kan? Goreng pon sodap!

Oh btw, nak tanya... Semalam I ada terbaca article ni kata Minyak Yu Yee ni tak halal sebab ada minyak vavi. Kesahihan taktau la... I pon takder check dengan Jakim. Persoalannya, betul ker kabar angin ni? Ke sajer orang nak buat cerita? Mintak tolong share kalau ada sesaper yang tau eh? Kata la kalau betul minyak yu yee ni dah tak boleh guna, so apa substitute selain dari minyak Yu Yee? 


Minyak Yu Yee Cap Limau

-EnD-

14 comments:

Anonymous said...

kaksuuuuu...
sblm ape2, anna nak wish congratulationssss utk kaksue, dah jadi supermommy utk shein... so dobokkkkk....
kaksue cpt2 sht n habis pantang ok...

pasal minyak yuyi ni kan, SAHABAT HALAL JAKIM(search fb) katanye : kandungan, cara dan persekitaran kilang pembuatan mungkin meragukan... so, bile meragukan, jatuh SYUBHAH.. Rasulullah saw ajak kite jauhkan perkara syubhah..

so bile syubhah, its better utk kite cari replacement since minyak mcm ni byk blh cari substitute die.. contoh jaman kite dlu smpai skrg pun ade MINYAK BURUNG KAKAK TUA.. xpon, MINYAK AFIAT.. paling2, minyak telon baby.. hehe..

tp anna pun kurang ilmu kaksu.. anak pun xde pun lg.. :(

maaf kalo salah.. harap membantu kaksu...

hug n kiss utk shein..

from :
aunty anna

SexyHippo said...

Makan pedas takde problem la Sue. In fact makan apa2 pon tak ape as long as it doesnt cause allergy reaction to ur baby. Mmg what u eat will partly goes to the breastmilk, tapi takde la sampai prominent rasa dia tu. Kira if u makan durian, ur breastmilk mungkin ada a lil hint of durian smell, tapi takde la mmg berbau durian semerbak.

Mimie said...

kak sue. halal atau tak, kurang pasti. tapi baby shein tecikk lagi ni. tak sesuai pakai minyak yu yee lagi. letak minyak telon k..minyak yu yee ni panas skit. 6m ke atas baru sesuai pakai minyak ni. itupun kalau boleh pakai la..

Farrah said...

Hi dear, congrats by the way yee. U boleh tukar Ngan minyak telon. Good you know. I think it's better than this yuyee. Anak I now dah 16months. Dari dia baru lahirkan till to date I guna minyak telon, alhamdulillah ,NEVER dia kena all this masuk Angin etc. one more thing baby Susah nak dapat kembung perut if u fully breastfeed. I alhamdulillah Sampai sekarang fully breastfeed my son. And actually, from my experience , masa my son umur 6 months when dia dah start solid baru I start makan pedas2 balik. Tp actually u can eat whatever u want. Sbb I pon selalu curi2 makan pedas mase my baby baru lahirkan , but alhamdulillah takde ape2. Cuma I perasan if I ambik black pepper, my baby Akan kentut2. And foods yang too berempah pon dia akan kentut and sometimes poo poo. But you will be fine. Insyallah. All the best darl!

qenarihitam said...

Jakim ada email pd suami sbb ktorg ada tanya.jakim ckp buat masa ni company minyak ni xada mintak pengesahan halal.tp diluluskan kegunaan oleh kesihatan malaysia dan selamat utk digunakan.so jakim ckp xsemestinya xhalal kalau dia xapply.siap ckp lg jgn sebarkan apa2 rumours kalau xde bukti sahih.email2 mcm suh kita fikir sendiri n last we decide just use stok yg ada ni.after habis bru fikir tkar brand lain.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Dlu sy suka gna minyak telon mustika ratu or sari ayu...sdp bau nya...gna apa2 shj mnyak kayu putih asal bau nya sdp n fungsi nya sm utk memanaskn..

Psl mknn tu...its depends on ur bby...klu lps mkn bby no prob or sakit perut means serasi la mkn shj pa2...tp if perut bby sensitip yg tu mmg trpaksa brkorban n trkorban..klu mkn shj pn pling2 bby pnya yak2 shj yg nmpk kesan nya mcm dia ceberet selalu...yg pnting mknn brkhasiat utk mnjd kn susu brkhasiat...

Ayu sukatiakula said...

pakai minyak burung unta.. bestttt

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue...
As Salam.
Sebanaqnya banyak lagi benda2 di pasaran antaranya :
1. ubat batuk,
2. minyak wangi-even yg dok juai kat pasar malam,
3. kosmetik-Hanya Simplysiti ja ada JAKIM,
4. minyak gamat,
5. minyak angin afiat,
6. minyak telon,.
7. beras,
8. rokok,
9. curut,
10. minyak cap kapak
11. minyak TYT
12. dan banyak lagi
yg tak dak pengesahan JAKIM. Isu ni sebanaq nya dari 2010 lagi …
Tadi ada pi JAKIM pya website. Memng tak dak, cos sykt ni tak buat permohonan.

Ada cap limau dan cap kapal layar?





Minyak yu yee cap limau

MAL 19991307T





Minyak u-i cap kapal layar

MAL 19985786T







Minyak yu yee cap llimau - WENG SENG HENG MEDICAL (manufacturer)

Minyak u -i cap kapal layar - WENG THYE HENG SDN.BHD (importer)





Anonymous said...

hai su,

sy guna minyak bayini mestika sbb bau dia sdp..untuk sapu kat perut ngan tapak kaki baby..minyak tyt pun guna jugak..minyak tyt tak panas..selalu lepas mandi mmg sapu dua2 minyak ni..alhamdulillah baby tak kembung perut..and baby yg breastfeed mmg jarang nk kembung perut ni :)

eda said...

myk telonnn huhu .... ade gmbar baby

Anonymous said...

su, guna la baby oil dlm set post natal amway tu. klu hanis boleh bli loose.

Burhanuddin Saidin said...

Dr Mamot Bin Said, on January 27, 2011 at 9:44 am said:
Wa-alaikumussalam wbt.,
Saya dah semak ingredients nya seperti di dalam laman web ini : http://en.wikipedia.org/wiki/Yu_Yee_oil
yang mengandungi :
Peppermint Oil (36.0% w/v)
Clove Oil (2.6% w/v)
Nutmeg Oil (0.6% w/v)
Menthol (1.6% w/v)
Borneol Cortex Cinnamoni (1.0% w/v)
Resina Calamus Draco (1.0% w/v)
Light Liquid Paraffin (1.0%% w/v)[1]
Tiada sumber daripada haiwan, itu sebabnya tiada tanda halal. Hukum menggunakannya adalah harus.
Wallahualam

Sumber:- http://edificatory.rssing.com/browser.php?indx=1394714&item=258

Burhanuddin Saidin said...

rujuk:- http://mylovely-fieda.blogspot.com/2012/12/interview-tokey-kedai-ubat-pasal-minyak.html

Yang ada minyak khinzir: yg ada gambor kapal

PPIM said...

STATUS HALAL MINYAK YU YEE CAP LIMAU

Berkaitan dengan pelbagai pertanyaan yang diterima oleh sekretariat PPIM dan isu yang ditimbulkan dalam laman sosial dan blog, PPIM ingin memberi pendapat dan pandangan berkenaan perkara ini.

Setakat ini tiada permohonan halal bagi produk ini walaupun ianya telah berada di pasaran Malaysia lebih 15 tahun dan digunakan oleh ramai pengguna Islam. Pengeluar tidak membuat permohonan halal untuk produk tersebut kerana ianya dikeluarkan bukan untuk pasaran Islam. Namun pengguna Islam seperti biasa seumpama hilang keyakinan terhadap produk keluaran sendiri walaupun ramai pengeluar Islam yang mengeluarkan produk yang setara dan memiliki kegunaan yang sama.

Adalah tidak munasabah kepada pengeluar untuk tidak memohon status halal dari mana-mana badan yang diiktiraf dalam atau luar negara sekiranya ia mensasarkan pasarannya kepada orang Islam. Bukankah status halal itu amat perlu bagi umat Islam? Keengganan ini mencerminkan mereka tidak peduli dengan pasaran Islam. Benarlah kata pepatah, kita ini umpama “ Hidung Tidak Mancung, Pipi Tersorong-sorong.” Orang lain langsung tidak kisah akan kebajikan kita sebaliknya kita yang tidak tahu diri terus menyokong mereka. Mereka langsung tidak menghormati kita dan kita pula yang terkinja-kinja menyogok mereka. Apakah ini sifat dan sikap kita umat Islam?

Ada di kalangan Pengguna Islam walaupun sedar dengan kepentingan mencari yang halal tetapi masih enggan menyokong produk keluaran pengeluar Islam kerana tidak mempercayai kebolehan sendiri.

PPIM menggesa semua umat Islam bersatu dan menyokong produk keluaran Islam dan memberi peluang untuk mereka berkembang pesat dan maju dalam melakukan inovasi terhadap produk sendiri. Kita sama sekali tidak ingin lagi melihat persoalan-persoalan status halal produk bukan Muslim diutarakan oleh sesiapapun jua yang mengaku Umat Islam Adalah Bersaudara.

Jangan ditanya status Halal Minyak Yu Yee Cap Limau. PPIM merasa terkesan dengan soalan ini. Ia menampakkan perjuangan dan keluhan kami di waktu siang dan malam selama ini masih kurang didengari dan difahami. Apa yang kita perlu tanya adalah berapakah jumlah zakat hasil dari jualannya setahun yang disumbangkan? Jika jawapannya tiada, kenapakah kita perlu tanya statusnya? Anggap saja produk ini bukan pilihan Umat Islam. Biarpun jika ia memiliki sijil halal, apakah wajar kita menyokongnya? Jangan sampai nanti akibat dari kealpaan kita membantu sesama Islam, ekonomi kita akan terus merudum dan akhirnya lenyap dari muka bumi ini.

Wallahualam.

“BERSAMA MENGEMBALIKAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA”.

-IZHAM PPIM-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...