Tuesday, December 11, 2012

Lintas Langsung Dari Gleneagles. Takot tak takot tak?


Assalamualaikum.....

I bersiaran langsung dari Gleneagles Ampang sekarang ni. Perasaan? Entah eh... So far macam ok jer.. Tadek pulak rasa nak terkucil ker apa. Nasik Goreng USA setel jer tadi. Habes semua. Tinggal bawang jer... Yang tak lalu makan tu ha, Nekmah tu... Tadi dia pesan jangan takot-takot. Jangan fikir-fikir sangat, blakang yang tak lalu makan tu, dia. Gua chill jer.... Heee..... :D

Esok operate pukul 8am. Harap-harap semuanya selamat.... Doakan both me and baby sihat and selamat yer? Halalkan makan minum and mintak maaf kalau secara sengaja atau tak, I ada menyinggung perasaan sesiapa....Hadoi. Sedih la pulak... :(

Haa... Ni nak pesan, lepas ni jangan sesiapa berani cubak-cubak upload gambar teh o ice and  tag I eh? Jangan nak carik pasal. Ni dah kenapa yang tekak nak sangat-sangat teh o ice ni? Tak kelakar kot? Lepas patplo pat hari baru dapat merasa hoi! T_____T


Ahli jawatankuasa bertindak setia meneman. Tenkiu kesayangan semua... Kata Bapak, suruh I tarik nafas time ambik gambar ni. Itu nak mengata aku gemok secara berhemah la tu kan? Tengs Bapak. Sazli takde dalam gambar sebab dia yang tukang amek gambar ni. Pembantu terbaik dia ni. Mintak apa jer, zupppppp!!! Sepantas kilat Bertindak. Kekadang rasa macam dia perli sebab dia kata, `ok boss, apa lagi boss?` Melampau kan?


Nekmah atau nama sebenarnya Naemah atau lebih dikenali sebagai GF I  sebelum ni. Hobi: Kejar ayam. Dah macam model sofa dan langsir jer I tengok. Kalah Anita Sarawak sebagai duta perabut Empire. Haha. Mintak ampun Mak. Kwahaja namanya buat kelakar dengan Mak sendiri bila esok dah nak bersalin. Hehe. Mintak ampun.... Jangan carik pasal hoi!

Ok dah. Sekian sahaja entry untuk malam ni yer? I sedang cuba untuk beradu ni. Harap jangan la mimpi merepek lagi malam ni. Untuk Baby S, semoga berjumpa esok sayang Mama. Tingin nak tengok budak yang buat Mama merana mabok selama ni. Siap ko esok gua gomol.

-eNd-


9 comments:

Cik Puan Ryna :) said...

Semoga semuanya selamat :)
Best baby lahir 12.12.12 :DDDDDD

Wawa Yusoff said...

moga semuanya dipermudahkan untuk kak su dan baby s :)

Anonymous said...

Salam, Bu akak doakan Bubu selamat. Bu jangan lupa update Blog tau.ABTO

bettyboops said...

u r one strong lady n knowing u, u will make sure everything will goes just like u want it..

giving birth to another being is one of a memorable moment in life n i envy that..!!

take care sue..

Noorshella Jaapar said...

salam kak su,
semoga semuanya berjalan lancar dan selamat, Amin.

beta kupu said...

smoga baby n sis slamat, dua2 sihat hendaknya...amin

-- said...

Semoga dipermudahkan ye Su! Aminnn.

Tak sabar nak kenalan dengan baby S yg menjengah dunia pd 12/12/12.

mush said...

moga selamat semuanya....selamat menjadi ibu...gomol lebey sket baby tu untuk auntie disini...

zaren said...

kak su!
xsbr nk tgk muka baby S 121212
huhuuu...mesti omellllll