Assalamualaikum....
Harini ni Selasa. Malam ni admit dekat hospistal. Esok bedah. So malam tadi, ialah last tido dekat rumah berdua dengan Saz. Lepas keluar dari hospistal nanti, Baby S dah ada! Anyonyonyo anak mama.... Baby S punya pasal, malam tadi kemain horror I mimpi. I mimpi tetiba rumah I black out, pastu Sazli pasang lilin... And tetiba lilin cepat cair. Kata Saz, tinggal jer kat rumah, dia nak perhi rumah Cik Leha Jab (amboi jauh kemain nak pinjam lilin, rumah yang black out dekat KL, nak pinjam lilin nunnnnnnnnnnnnnnnnnn jauh ke Jengka sana). Mimpi memang biasa merepek. By this time I dah tau ni mimpi, tapi sebab tak seram lagi, takpe. Layan jer. Kang keluar hantu kang, lekas-lekas bukak mata.
So, tinggalla I sorang-sorang kat rumah. Tetiba ada hantu dekat bilik baju. Giler bapak seram. Pastu I terjaga. Tengok Saz tengah dekat sofa, layan bola. Naseb I boleh mengejutkan diri dari mimpi ngeri. Kata Saz dulu, kalau mimpi hantu lain kali layan jer. Tengok apa hantu tu nak buat. Kalau I pulak, dah tau menda tu mimpi, takder der nak layan, lekas-lekas bukak mata. Kang kalau hantu tu dapat tangkap kiter, nak ke dia masuk dalam mimpi kiter and selamatkan dari hantu. Takder der. Siap tinggal I sorang-sorang kt rumah lagi. Tetiba I emos dekat Saz malam tadi. Haha.
Mimpi merepek jer..... Haish! Pastu kalau mimpi tadek hantu tak sah. Padahal sebelum tidur, dah baca ayat-ayat suci Al-Quran. Ni la setan, nak jugak ganggu emosi Ibu Mengandun ni ha....
Ok! Sekian cerita mimpi horror... Dekat sini, I nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Yash & Nany. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat :) Kata Saz, wedding dorang memang wedding of the year la. Start Khamis nikah dekat Melawati tempat ala-ala resort. Tapi tak tau apa nama tempat. Pastu the next day side Nany dekat Restoran Seri Melayu tema dia Melayu Klasik. The Next day, Bollywood Nite dekat Full House and last sekali, reception belah Yash dekat Sime Darby Convention Center dengan tema Black & White English.
I pergi satu jer. Yang dekat Sime Darby. Tak larat nak bawak diri dah. Sebab berdiri lama-lama pon dah terketar-ketar macam Mokcik kena Parkinson acaneh? Masa dah nak habes majlis, ada pasang lagu-lagu Bollywood and Banghra. Sedara mara Yash memang ramai muka ala-ala Bollywood and Mak yash pon sama naik menari. Best giler I tengok. Saz kata, 'Sabar Bubu, Sabar'. Sebab I memang la suka joget Bollywoood kan? Ingat tak aktiviti bejoget I dengan opis, kan ke semua lagu Bollywood tu?
Kata Saz, masa malam Bollywood dekat Fullhouse siap ada gendang banghra tu. Best giler! I tak ikut, tinggal kat umah. Si Rish asyik up gambar mereka bergembira joget bagai, terus I busuk hati, call Saz. 'Balik Sekarang!' Hahahaha. Berani dia begembira tanpa I? But seriously never attend wedding yang cool and happening giler macam ni. Macam ala-ala filem Hindustan habes la yang perantin turun tangga pastu sedara mara ramai joget-joget tepi tangga tu. Dapat bayangkan tak happening macam mana?
Nanti Baby S kawen, I ingat I nak buat theme.... Eh? Kemain kan I, dah ada impian nak buat kenduri anak.... Elok je Papa dia joget Bollywood dekat luar, Si Debab menendang-nendang dekat ulu hati sampai I senak nak tercirit. Nice baby, nice. Dalam perut pon dah nak carik pasal. Siap ko keluar nanti. Tengok sapa lagi kuat.
Taknak kalah I kan? Nak jugak bermekap sanggul bagai. Walaupun buyut. I nak sanggul, sebab bila dah boroi macam ni, asyik la rimas dengan rambut. Takot panas. Tema hitam putih, tp dress kaler purple. Boleh? Saz memang banyak collection kaler putih. So, takde masalah. I up gambar ni dalam FB, pastu ramai mintak nak tengok full. Takder keberanian lagi. Ngeri sangat kelihatan.
Ni la hidung jambu. Jambu air loceng. Bangga sangat ada hidung macam ni tatkala mengandung semilan bulan. Yes!
Nany & Yash takder up gambar kawen berdua lagi. So I letak jer la gambar ni. Nany cantikkkkkkkkkkk sangat dalam semua attire. Baju design by Lynda Rahim & Rizman Ruzaini tak silap I. Tak boleh janji nak share dekat blog sebab lepas ni pon, I dah bizi berpantang. Tengah huru-hara time tu agaknya. Macam mana eh athlete nak jaga baby? ** Takdapatnakbayangkan.
Ni gambar I kidnap dari FB Salman Khan. Tengok suami, baju dah ikut tema, sekali selendang dia gambar tengkorak. Sabar jer la. Time ni Bollywood Night dekat Full House.
Salman Khan dengan 2 artist Bollywood yang semakin meningkat naik. Haha.
Ok. Sekian entry untuk kali ni. Malam karang I dah kena admit. Taktau la sempat ker tak nak buat entry baru. But I will try my best. Bersiaran lansung dari Gleneagles. Hadoi la. Terus rasa nak berak. Ok la. Bye.
-EnD-
3 comments:
Salam,
Good Luck dik... insyaAllah semua di permudahkan... jg diri dalam pantang nanti...
akak masih belum bersalin dah 40 minggu... baby masih sayang nak dok dalam perut...
kak su , gudluck !!
ingt daku dlm durian creepe mu ..
eda akan cuba control utk tidak upload gmbar mknan sedap berlemak berkrim dusikai ramai dlm IG dlm tempoh kasu berpantang ... tp tak jnji laa hahahahah
Good Luck kak sue...
Liyana doakan semuanya selamat...ameen... =)
Post a Comment