Assalaualaikum....
Sementara boss kecik tido, I amek kesempatan nak share sikit pengalaman bersalin melalui kaedah pembedahan. This is my very first time experience masuk OT Room dan perasaannya sukar nak digambarkan. Eh. Ni dah macam iklan Twisties punya tagline...
Ok. Baiklah. Ceritanya bermula macam ni.
Selasa malam sebelum I start check in, giler a busy day ok? Bangun pagi, kemas umah kaw-kaw punya. Packing haper pon takder. I ambik GF dekat Pekeliling dengan Sazli and terus pergi Carrefour Wangsa Maju, sempat lagi tu beli T-Shirt bodoh barang 10 pasang sebab kata Mak, kalau pakai T-Shirt basahan biasa yang biasa kiter pakai nanti bau hanyir kalau kena air zuzu.
So, There we are. 10 helai baju T-Shirt bodo untuk waktu berpantang. Sempat jugak beli beras, bawang bagai untuk Mak tolong masakkan dalam tempoh berpantang nanti. Beli beras? Wah. Nampak sangat dah setahun tak masak kat rumah. Tsssk Tsssskkk T___T.
I beli limau banyak giler sebab nak cepat sembuh luka la katakan. I tak beli any produk dari Ikan Haruan coz Doktor I dah pesan awal, No Ikan Haruan if nak luka sembuh dengan cantik. Just makan banyak buah. So... I amik keputusan ikut cakap doktor I and I akan ambik pati haruan lepas seminggu bersalin which lepas jahitan dibukak balik nanti. But. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang bagi advice-advice dan I sangat-sangat hargai. Since ada lagi 4 hari lagi baru nak buak jahitan and I sendiri taktau apa result jahitan bedah ni, so tak boleh la nak share. Later on I update. Okeh?
What I do now is, I pakai bengkung moden yang I cerita on last entry (check balik) and seriously ianya sangat membantu. I pakai day 4 after bedah sebab ngilu rasanya kalau nak start pakai awal-awal. And memang rasa sangat fit dengan badan I, batuk pon rasa selesa and jalan pon dah tak la slow motion sangat... Yang paling motivate sekali, I pakai size S dan muat... Copot demok debab macam ni pakai bengkung Size S? Ok. Kagum.
Eh. Aku ni nak cerita bab mana ni? Ok ok. Sambung balik. Maafkan I.
Lepas balik dari Carrefour I singgah dulu Salon rambut favorite I. Lavinas Ampang Point and suruh Mun (My fav shampoo girl) cuci lama-lama sampai lama giler sampai ada sorang yang datang nak Mun cuci rambut dia jugak sudah kasik itu jelingan maut ok? BUT. Aku feduli haper? Sebab lepas ni, sah-sah la lamaaaaaaaaa lagi I dapat cuci rambut.
Balik dari Salon, baru la nak terkedek-kedek pcking semua. Habes baju I bawak and jugak baju baby untuk pakai 10 hari punya. Skali semua pon tak dapat pakai. All the time dekat Hospistal, baby pakai baju hospistal punya and so do I. Cuma nak balik jer pakai baju sendiri. **Sambil taip, sambil silang kaki tau sekarang ni. Kemain I. Tak macam orang baru bersalin 4 hari. Haha.
I supposed to check in dekat ward sebelum pukul 8pm, tapi I called Hospistal and cakap, I rushing and akan check in lewat. Ok. Takder masalah sebab I takder procedure apapa untuk buat malam ni. Cuma check in jer... So, sampai sana around 9.30pm, register dekat Emergency Dept and pung pang pung pang dekat pukul 10.30 baru la selamat check in. Amek single room yang besar sikit sebab Mak and Sazli both akan teman I sepanjang berada di Hospistal ni nanti. I love them both. So much. Tetiba.
Kata nurse, I kena makan sebelum pukul doblas malam and setel. I makan dengan berselera jer. Ok jer. takder der takut-takut ker apa seperti yang I dah ceritakan pada last entry kan? Semua aku hadap, bawang jer yang tak habes. Harharhar.
Ok. Sekianlah untuk kali ini. Haha. Macam cihlahnat jer kan? Tadi kemain nak cerita pengalaman bersalin. Tup-tup sekianlah sahaja pulak kan? Ala. Rilex la. Ini Part I. Kiter kasik saspender la sikit. Kang I cerita bab-bab ngeri habes semua orang pon dah taknak bersalin bedah. Kan? Acaneh? So... Tunggu la sambungan Pengalama Berada Di OT - Part II. Sekian Okbye.
-EnD-
Sekadar Gambar Hiasan : Mak memandang katil I dengan perasaan hiba. Buat I sedih jer... Mak ni memang tau??? Nak drama air mata jer. Ni la dia Neng Yatimah version tahun 2012. I pulak hati jenis kental. Memang tak ngam la. Tunggu drama air mata dalam Part II ok?
8 comments:
selamat dh, alhamdulillah.
genglaa kita sue.. sebelum check in sibuklaa bershopping bagai hahahaa...
hi5!!! cpt sambung cerita okeh..
selamat berpantang.. selamat menyusukan baby shein
xoxo
As Salam. hahahah Sue nih lawak lah.. tp kan Sue.. selalunya apa yg mak kita buat tuh, akan jadi pada kita satu hari nanti.. harharhar... Tungguuuuu
*selamat berpantang n makan ikan ruan kering is best :)
As Salam Sue.. tetep yg jadi hijau tuh kena ngurut.. tetep kita baru lagi-so dia ada clog. urut kat tetep ja n belakang tu (urat belikat)
Su,klu tak silap,jhitan luar pakai gam kan.jadi tak ngeri sgt klu plaster da buka.klu kt gov,sblm luar spital da buka plaster.huhuhu
Tahniah kak! seronok tgk akak sihat and so do baby shein... comel sgt! rasa nak culik beliau pastu pulang balik lepas 3 hari... huhuhu..
jeles ni..baby sgt cute!
- peminat fanatik -
Tahniah for your cute baby!
kasu , baca part satu neh mcm heaven je bsalin bedah khennn ...
tggu part 2 tgkkk ...
bos shein ape kabar ? ada baik ka ? ada mau durian creepe ka ? hehehe
TQ semua... siap ada peminat fanatik. Sajer nak bg I perasan kan? Saksikan Part II. Lekas bacaaaaaaaaaaaaaaaa
Post a Comment