Assalamualaikum....
Terima kasih banyaaaaaaaaaaaaaak pada semua yang bagi komen and idea macam mana nak banyakkan zuzu. So, selepas baca semua tu, I come out with this kesimpulan. Amboi. Dah macam kerja sekolah pulak. Baca semua and buat kesimpulan. Haha. Ok baiklah. Kesimpulannya adalah seperti berikut:
- Its all in your head. Kalau dok kata tadak zuzu tadak zuzu nanti otak pon dah tak boleh nak hantar input kat tetep. So, kena always be positif... Selalu. Tapi ni yang agak susah untuk I buat sebab kadang-kadang bila Incik Shein meragam semacam I rasa macam eh, zuzu tak cukup ker apa ni?
- Support from orang sekeliling especially suami. Selalu kata macam ni, 'dont worry, zuzu cukup... positif ok sayang?' Jangan dok kata, 'Baby nangis jer, zuzu U tak cukup ni or I rasa zuzu U tak cukup la' That is a BIG NO NO para suami, sebab itu akan memberi tekanan dari segi mentally and emosi lantas isteri down and stress. So bila stressed out macam mana nak ada zuzu kan?
- Tandem pump? Hik hik. I baru dengar pasal ni. Maknanya sebelah tetep bagi zuzu pada baby and sebelah lagi pam sebab kekadang it take about 2 hours untuk zuzu ada balik selepas baby last hisap. So, kalau dah selalu ada dengan baby and baby selalu isap, tak cukup cycle lagi zuzu nak ada, dah pam. Maka zuzu pon tak berapa nak ada lantas down. Terima kasih kepada kakak yang bagi komen macam ni sebab I termasuk dalam senarai tak reti nak bajet time, bila patut pam. Sebab in between nak pam, Incik Shein dah menyusu so zuzu pon dapat sikit. Apa menda ayat aku ni? Ah. Paham-paham sendirik la.
- Konsisten. Makna kata, pam tu biar waktu yang sama setiap hari. Zuzu biasanya akan ada banyak waktu pagi yang baru bangun tidur tu. So, set time. Pagi, tengah hari and malam.
- Minum air banyak banyak banyak banyak. Ambik horlicks or milo serta makan lobak putih buat sup. Makan makanan yang berkhasiat and jaga waktu makan. Makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran dan jugak buah-buahan. Makan epal merah ang-ang tu. Bagus untuk tambah zuzu.
- Shaklee. Vitamin Shaklee. Also ramai yang suggest. I dah ada kontek sorang kawan kepada kawan Uni Saz but respon macam lambat sikit. Susah hati dah ni. Dia kata harga trial pack (basic) RM80.00
- Minum zuzu. Anmum ker or etc. Yang ni I tak try lagi pasal Kata Dr. Adrian Incik Shein senang kena colic so I kena elak ambik produk tenusu.
Ada lagi ker yang tertinggal? Rasanya macam dah takder. Masa I bawak Incik Shein jumpa Dr.Adrian untuk buat test air kenting (urine test), dia ada bagitau I. Kalau nak banyak zuzu simple. Drinks a lot of plain water. Sampai la air kenting jadik kaler jernih. That is a sign yang kiter memang ambik air yang banyak. Dia kata, dia tak berapa percaya makan kobis, lobak semua tu and dia tak galakkan I ambik hormon untuk banyakkan zuzu. Sebab things kalau dah main dengan hormon ni if body tak boleh nak adapt jadik susah. So elak la ambik hormon.
Doktor memang biasa cakap macam ni. Well people. Like I always said. Understand your body. Itu jer. As for now, I memang ambik air dalam kuantiti yang banyak giler. Teringat waktu nak kuruskan badan dulu. Konon nak detox. Haha. Tapi its work for me. Minum air kosong banyak memang senang nak lose weight. So macam 2 dalam satu la kan? Banyakkan zuzu and at the same time boleh lose weight. Giler best! Fuiyoooooo!!
Finally ada jugak gambar I yang semenggah sikit dengan Incik Shein. 39 hari waktu ni. Hari Sabtu lepas. Berat Shein to date is 4.85kg already. Kata Kaklong, tak cukup zuzu menda kalau badan debab macam ni. Dari Isnin ke Sabtu, berat Incik Shein naik dalam 300gram.
Tengok la Incik Shein tu. Dah muka Sazli habes dah. Sekejap jer ikut muka I. Dalam 30 hari. Haha. Anak papa sangat kan? So. I akan habes pantang hari Khamis ni. I dah meses Huda. Nak makan 29 ketul kapkek dia sorang-sorang. Balas dendam. Huda gelakkan ajer.
I request dengan Saz, Khamis ni nak makan sedap. Pastu kata dia. 'Ok! Jom kiter makan sotong goreng telur masin nak?' Jawapan I? ......................................
Ingatkan nak ajak makan sushi mahal dengan air batu campur lapan tingkat.
Oh. Alhamdulillah. Berat nampaknya macam lagi sikit nak kembali pada asal. Last timbang masa sebelum masuk OT is about 78kg. Giler bapak banyak naik masa last 2 weeks sebelum bersalin. Giler vavi oh! Sampai pecah-pecah dekat betis macam kesan stretch mark tu. Mengembang habes badan but hari Sabtu masa timbang dekat klinik Dr. Adrian, dah jadik 63.5kg. Lebih kurang la. Kalau penimbang tu menipu, maka I menipu jugak la.
Tak banyak sangat effort untuk menguruskan badan. Cuma makan hari-hari macam takder la beria macam zaman tak berpantang kan? So macam senang nak lose weight and maybe jugak sebab breast feed kot? Entah. Ada ker theory yang kata kalau BF kiter akan senang nak lose weight. Well, tepuk dada tanya selera. (Apa macam belagak sangat berbunyik I ni? Mementang la dah ______________________) Sila isi tempat kosong. Haha.
Oh btw pipel. Tak payah nak belagak awal sangat. Sebab ramai yang kata, badan akan naik right after habes pantang T___T Kalau tak jaga badan, sila la masuk team gems dot com. Sekian dilaporkan. Terus nak bye sebab teringat lepas ni akan jadik gemok. Tsssk tsssk.
-EnD-
Chicky smile from Incik Shein Iskandar. Macam dalam filem dulu tu. Apa entah tajuk. 'Hi, Saya Farok. Anak orang kaya'. Macam poyo jer. Bodoh. Siap bagitau anak orang kaya. Sapa buat skrip tu, kalau I jumpa, I nak salam. Sebab ingat nak tunjal. Kalau tunjal dah jatuh biadap. So baik salam. Haha.
11 comments:
Salam. First time komen sini, nak share juga.
Try amalkan makan kurma, InsyaAllah susu banyak. I dulu (sampai skrg) memg buat kurma jadi habit. Badan dan nenen I kecik je, tapi susu melimpah ruah (punya nak cakap banyak susu) dua org anak boleh nenen *sekali dengan bapak diorg*. Heehe. Serius.
Kurma makanan sunnah, banyak kebaikan dan khasiat.
Salam, eh u jgn bls dendam bab mkn tau...
Pelan2..,jgn tibai semua.. Sbb baby brstfeed.
Kesian baby kalo kembung. Nnt u gak yg susah.
U r what u eat.. I speak tru xprien..:)
Hi maybe u can try premium beautiful..i dulu pun pakai pb n my clients ramai pakai mmg berkesan bykkan susu..nthing u can email me at z3tty.zaihasra@gmail.com
Salam,
Cuba i try premium beautoful..i dulu pun masa pantang tak banyak susu,pakai pb susu melimpah2..sebelum tu mkm mcm2 horlicks,lobak merah tp susu xsemeriah pakai pb..even my clients ramia yg brestfeed pakai pb mmg terbukti susu melimpah ruah.l.u can email me z3tty.zaihasra@gmail.com for firther details
baby macam muka mama dia la... cute..
lawoo wooooo rmbut kasuuuu !!
dlm pantang pun lawooo wooo
ops.... bubu shein...
1) lepas habis hari pantang jangan ler berdezup mkan mcm tu dik.... slow-slow.. sbb baby bf kan n kata nak jaga badan... amboiiii he..he...
2) makck yang urut kiter kata, mmg boleh la minum air banyak-banyak sbb takmo lawan doktor. tp cara minum kena betul tak. jangan minum "gok..gok..gok" lelaju... takut perut nanti mcm mengandung n lembik..pepandai la eh..
sajer kongsi... tomei Shein..
hi dear...
ni pendapat i, mungkin berbeza dgn orang lain..
habis pantang hari tu i gi makan mee rebus muar..balik tu baby i tumbuh merah2 mcm gatal, rupanya mee rebus tu ada letak sejenis udang yg gatal..so udang, sotong, belacan cuba elakkan dulu..begitu juga ais..boleh sbb kan baby kembung/batuk..
dulu ibu menyusu digalakkan minum 2liter air..skrg dah jadi 3 liter sbb pemanasan global katenya huhu..
jangan risau, ibu menyusu susah nak gemuk..
Puan Fafa
Bestnye dah kurus balik... Yang no 2 bila yang? *kelip2 mata*
ktini dlm pantang dulu amalkan minum air suam panas.. haa sampai bengkak2 tetep.. itu jer yg ktini buat sue. sepanjang menyusu budak2 nie selama setahun ++ tuh mmg air suam panas tuhlaa peneman. agak2 rasa tetep kempis, bantai minum 3cawan terus hahaaa... alaa benarnya kalau tetep kempis pun susu tuh ada cuma taklaa mencurah2 cam air terjun.. dia kluar sopan jer... mcm kejap jer dh nk habis pantang padahal org yg berpantang jer tau camne.. sue awal2 nie takyah aah minum ais lagi. paling kurang pantang 100 harilaa pastu minum sket2 depend pada shein.. kot tak kembong oklaa.. eh pasal kencing jernih tuhkan.. mmg betul tau.. ktini skrg cam ada habit sket bila kencing tgk agak gelap tuh mmg wajib sekali minum 2-3cawan T__________T
As Salam,
Cuba minum susu kambing Hi Goat
Post a Comment