Monday, February 18, 2013

Assalamualaikum....

Mintak mahap sebab dah lama tak update blog. Biasa la kan? Emak-emak dah sekarang memang kurang masa sikit.... T___T Balik rumah jer, berdezup buat kerja... Setelkan Incik Shein, kemas umah sikit-sikit, mandi semua pastu siapkan beg Incik Shein untuk esok nak antar dia kat umah Mak Tok/Nursery, siapkan baju Papa Incik Shein (Naseb sekarang dia dah rimas pakai kemeja, nak pakai T-shirt jer. Bagus. Senang kerja aku), pastu iron baju I nak pergi kerja untuk esoknya.. Pastu baaaaaaaaru la nak landing tido. By that time dah pukul 11.00pm. Mana ada kederat dah nak bukak internet. Bukak menda lain pun laaaagi la tak larat. Haha. 

Itu pun tak masak lagi tu. Sazli makan sendiri-sendiri jer. Sian dia. Time I mabok dulu benci bau minyak, bau nasik semua. Ni dah sihat, masih lagi tengah cuba nak adapt dengan jadual sebagai emak-emak. Ini baru sorang anak. Kalau 2 3? Ok bye. (Terus bye) Haha.

Malam tadi memang superbly exhausted. Sebab since Sabtu memang takder berehat-rehat. Sabtu setengah hari dekat luar. Beli barang-barang Incik Shein dekat One Baby World. Barang make up dia kena beli 3 set. Kat rumah, kat nursery and dekat rumah Mak Tok. dah macam belanja anak kembar tiga. Hehe. Bak kata Papa dia, 'Untuk Shein, apa pon takper. Papa tak beli baju baru pun takpe'. I? Sentap. Sebab hari Selasa haritu I mintak cuti jaga Incik Shein sebab nak shopping baju kerja. Cukup untuk tukar hari-hari selama 3 minggu. Alasan : Motivasi nak pergi kerja. Memang berjaya!

Semalam petang pulak, kitorang keluar pergi Ampang Point. Nak beli susu dengan pampers (Ye, Incik Shein dah minum susu campur. Ni I cerita dekat entry lain). Saz ajak makan dekat Sushi King. Dah lama sangat tak makan sushi. Masa masuk restoran, rasa macam sebak-sebak jer. Sian kan I? Haha. Time order, order semahunya! Haha. Elok makanan sampai, Incik Shein menyeman nak susu. Sazli sungguh-sungguh makan. I jeling-jeling jer dia. Kot-kot dia habeskan Salmon Carpacio tu. Pastu sambil telan air liur I pandang jer Saz makan. Nak cover malu, I buat-buat batuk pastu kata, 'Papaaaaa, Shein tengok jer Papa makan.... ' PADAHAL aku yang tengok. Tapi segan nak mengaku. Haha.

Saz siap makan, turn I makan. Tapi waktu tu, Bento dah sejuk T____T. Pastu siap makan dalam masa sepuluh menet sebab bukan makan. Telan. Serius sekarang dah jadik habit makan telan. Tak kunyah. Sebab nak cepat-cepat siap makan and nak tengok Incik Shein. Makan ala kadar jer sekarang ni (actually takder la ala kadar sangat, sajer nak bagi best cerita). Hahahaha. Waktu makan yang berhemah sikit time lunch waktu kerja jer... I tak sangka, pencinta makanan macam I ni boleh berkompromi bab makan. Makna kata, bila makanan sampai, kalau dulu, waiter dari jauh dah standby sudu, gepru. Skarang tabah jer jeling-jeling makanan sebab dok becinta mengulit telur Incik Shein. Haha.

This is seriously beautiful thing yang I rasa since ada baby ni. Ala... Memang la kadang-kadang ada kekangan masa sikit serta melibatkan emosi kalau Incik Shein mengamok merempan dalam shopping mall but as time goes by, I rasa macam dah teror nak handle as long as Saz tak tension. Dia kena cool. Kalau dia sama gelabah makanya parking kereta -  masuk klcc -  incik shein mengamok -  turun lift - amek kereta - balik rumah. Good bye makanan sedap. Order nasik goreng jer kat restoran bawah. Pastu jangan tukar baju. Pakai jer baju cantik. Feeling-feeling makan dekat restoran mahal. Haha. 

Semalam bila I dengan Sazli dah letih sangat and Incik Shein dah dekat pukul sebelas malam masih taknak tidur, I lantak kan ajer.. Dok kedip-kedip mata ajak main. Tapi dia tak nanges. Terketeh-keteh dia sorang-sorang. Jaga-jaga balik pukul 12 am, dia dah tidur. Bagus. Berdikari sikit eh anak Mama. Dah la menyempit sebok nak tidur dekat katil oramg. Padahal katil dia sendiri ada. Dah keras je I tidur takot terpenyet dia. But sekarang ni dah ok sikit la, mau la dia tidur dalam crib dia. 3 minggu lepas, asal letak dalam crib terus nanges macam nak kena sunat.


Oh btw, hari ini kiter rehat dari up gambar Incik Shein. Jom layan gambar makanan. Semua orang pun rindu nak tengok I up gambar makanan kan? Lekas ngaku!

-EnD-


Dome -  Creamy Seafood Spaghetti (Ke apa entah nama. Dah lupa)


Dome - Wild Mushroom Soup. Terpaling sedap. A must thing to order setiap kali datang Dome.


Sushi King. Separuh dari yang order hari semalam. Nak up semua macam segan. Haha.


Hard Rock - Chocolate Brownies with Vanilla Ice-Cream (Nama sebenar dia lebih glemer. Tapi mokcik dah lupa)


Superbly delicious Mac & Cheese dekat Hard Rock. Sedap. Sedap. Sedap.

5 comments:

NenetPenne (NP) said...

mmmm menikmati makanan di skrin dengan jayanya...

illa said...

hohooho sama je citer u ngan i...
exactly the same!

blog dh berbulan tak update.. klu ikut leh copy paste citer ni hehe..

anyway keep blogging.. i pon kena amek masa blk nk berblog..suka baca blog je skrg tu pon pilih2 je huhu... :)

tiNi Aziz said...

eh part makan tak pernah berubahlaa sue (itu kami laki bini ler hahaa) ktorg tak sedar pun sampailaa kakak ktini tegur, tgklaa laki bini tuh, takdelaa nk mengalah ker sorang. sanggup pangku anak pastu kemain berselera lagi memasing makan hahahaa... siap2 tukar2 peha untuk pangku anak, tp makan tetap jalan ekekek... teruk kann :p dari anak sorang smpaiaa anak 3 nie hihihiih

mrs. rahman said...

lepas pantang mmg ada sindrom tu... tapi nampaknya macam i anak dah setahun lebih pun sindrom tu masih ada. hahahha. tambah2 now dah besar dan asek nak mengekor ke dapur nak pegang kuali periuk semua. hihi

Anonymous said...

Salam, ha ha ha Bu, memang macam ni la kekdahnya kalo dah berbaby Bu, tido jadi keras kejung aje kan. Kalo dulu berdua boleh mengiring kekiri kekanan bila tido. Skang ni amek ler. Terpaksa la kejung sampai ke pagi. Aah slalu macam tu nak keluar berjalan masing2 excited kemain tapi bila baby dah mengamuk terus tak de mood nak bershopping. Balik umah trus. Elok aje masuk keter pandai plak dia senyap. Anak2 akak memang spesis x suka berjalan masa baby2 ni. Alamat kena tinggallah ngan neneknya slalu.Bu, x nak citer ke pasal Shein kat umah Mak Tok/Nursery? Berkaraoke X? Shein Good Boy Kan!! Say yess.ABTO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...