Tuesday, February 19, 2013

Hallowwwwwwwwwww Adik Manis. Nama saya Abang Shein!

Assalamualaikum....

Hari Sabtu haritu I bawak Incik Shein pergi ke One Baby World Taman Melawati untuk beri barang-barang mekap dia sekali dengan Mak Tok. Kali ni dia behave je... Lepas isap zuzu, dia tido.. Senang nak buat kerja. Kalau ikut phobia Incik Shein mengamok masa pergi KLCC last time memang I dah serik kot nak bawak dia jalan-jalan dah. Tapi ko tabah hujung minggu nak bertapa dalam rumah je? Ha.... Kena ajar jugak Incik Shein jalan-jalan. Pastu dalam hati berdoa, tido la lama-lama anak. Senang kerja Mak ko ni ha. Hehe.

I pulak tak belajar-belajar. Selalu tak pakaikan Incik Shein legging time bawak dia keluar. Bila sejuk, mula la dia meragam. Naseb la dekat OBW tu melambak legging. Capai satu and terus pakaikan dia. I selalu dok ingat kalau pakai legging nanti dia panas. Tak basuh pon legging tu, pakai terus. Nasib baik la Incik Shein tak miang ker apa. Masa Ahad haritu naik bintik-bintik dekat muka ada 4 tempat. Kena rogol dengan nyamuk. Kesian Incik Shein. Dah macam ada jerawat dah muka dia. Macam abang-abang baru nak up. Muka naik jerawat, suara garau. Awwwww... Baru nampak macam Abang Kawasan. Haha.

Nasib kulit dia jenis tebal. Kena gigit nyamuk takat bintik je. Kalau Amsyar anak buah I, kena gigit nyamuk sampai naik parut la dekat muka dia. I sapu dengan ubat ni, nama dia H-Cort. So far memang ok.Tapi Sazli selalu risau kalau Incik Shein termakan ubat tu kalau sapu dekat muka. Semua produk kalau boleh yang organic jer... Tapi taktau pulak I ada krim gatal/sapu untuk baby ada yang jenis organic, ke ada sebenarnya aku yang taktau? Kalau ada, mintak share eh? Kasik Sazli senang hati sikit. Puas la I dok explen dekat dia, ubat ni bagus. Tak bahaya yada yada. 

So far, I pergi kerja Mak Tok dia akan jaga. Mak Tok & Baba willing untuk jaga. Suka la depa, cucu tunggal dari anak tunggal. Memang sayang habes dunia. I sendiri senang hati bila tau Incik Shein ada dengan dorang time I pergi kerja. Sebab I tau Incik Shein akan dijaga dengan elok. Naik phobia mengenangkan video penderaan bayi yang dekat Kuantan tu. Apa kejam vavi setan punya amah Indon. Dibuatnya baby tu macam apa, siap hempas ikut belakang. Tu kalau I jumpa, memang I pijak pakej ludah sekali. Jahat nak mampos! Emos I tengok video tu. Memang sekandang la vavi keluar kan?

And bila hari Baba and Mak Tok tak free, contohnya Mak Tok nak pergi ngaji or beli barang dapur or visit Tok Che Amah and Bapak ada golf, I akan hantar nursery dekat bawah apartment I duduk ni. I memang bayar yuran sebulan terus. Takder ambik day-care ke apa. Senang macam tu. Walaupun I rasa, sebulan paling banyak 10 hari je Incik Shein ada dekat nursery. Semalam I tengok nursery tu sampai ke dapur and I puas hati. Bersih tempat tu and yang tukang jaga Incik Shein tu pun nampak lembut jer orangnya. Harap-harap la semuanya ok....

Semalam first day Incik Shein kat sana and I pon keluar kejap and visit dia. Risau la kan sebab Incik Shein ni jenis tido nak atas tetep je. Haritu nak la dia tidur dalam buai. Tapi sekejap jer yang dia nak. Paling kuat setengah jam, the rest nak tido berdakap. Manja kemain. But he's doing well. Elok je. Paham kot yang dia kena berdikari bila dekat nursery. Good boy sayang Mama. One more thing, dekat nursery tu pon ada 2 baby jer so far and if dia nak ambik pon, max 4 orang. 1 nanny akan jaga 2 baby paling banyak. Nak hantar dekat office I ni punya nursery tak gamak pulak sebab memang ramai giler babies. Bayar murah but kalau satu nanny jaga 6 babies, dah tu acaneh? Dapat plak jenis yang kena gentel jer macam Incik Shein ni. Risau I.

Apapa pun I harap segalanya dipermudahkan untuk Incik Shein. Takot bila dengar cerita kawan-kawan ada baby meninggal sebab tersedak susu. Nanny tinggal masa menyusu, sendal dengan towel. Nauzubillah.... Kalau boleh elak, memang la nak dielakkan. Memikirkan pulak mabok yang 9 bulan nak mendapatkan opot-opot ni, rasa macam biarlah semuanya selamat. Amin.... (Wah, sekarang kalau bercakap dah emak-emak sangat kan? Tak sangka. Haha)

Semalam masa amek dari nursery, nampak je muka I terus Incik Shein cebik-cebik muka. Anyoyoyo. Kelakar pon ada tengok dia rambut basah sikat tepi. Nerd jer muka. Habes muka ganas Abang Kawasan ada jerawat 4 bijik tu. Pastu pulak, kakak nanny tuck in baju tidur dia. Haha. Nak gelak jer tengok Incik Shein macam tu. Muka innocent giler. Nak lempang pon ada. Eh. Lempang tak boleh. Sian dia sebab dia baby lagi. Tapi tunjal manja, memang selalu la Incik Shein kena. Nak pulak time dia test power gigit puting tetep dengan gusi. Meleleh air mata hoi! Sakit tetep Mama. Well... Boy... Will always be like that kan? T____T



Terjumpa dengan Ayuni ex-colleague dekat OBW. Dia bawak anak dia yang sulung. Nak cari gift untuk kawan katanya... Cer tengok muka Incik Shein. Suka kan buat muka bajet abang-abang? Muka kontrol senyum tak senyum, kepala teleng sikit..' Hi Cik Adik manis diluar sana, marilah dekat Abang Shein'. Amboi!


Krim ni la yang I guna untuk sapu dekat Incik Shein kalau ada bintat-bintat merah. Sekejap dah hilang.

Mintak tolong share eh kalau ada krim yang organic untuk infant? Nak try guna untuk Incik Shein. Or any other best cream for him. Sekianlah sahaja untuk kali ini. Kiter berjumpa lagi dilain masa. Okbye!

-EnD-

12 comments:

FadMN said...

Hi su.krim tu paed i kt demc kasi tuk mild ekzema baby i.mmg dia kata,kalu kena nyamuk leh sapu.but,dia gtau jgk xleh sapu slalu nanti nipis kulit.try Burt's Bee.organik.ada jual online or kat certain stores.

Unknown said...

xde nk share apa pun.. sajer nk komen hahaa... ensem aar shein, muka tak menahan tau.. untung shein kena gigit nyamuk takat bintik2 jer, anak2 ktini tahap tinggal parut sue. dah 1 hal pulak lepas tuh kena sapu biooil pulak... tinggi kos diaorg nie tau huhuhu...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Mama Shein ni kalu bercerita mmg rasa duk depan mata.. ada kot cream organic. cer google

Anonymous said...

Kak sue pliz pliz pliz stop guna h-cort tuu xelok sbb ada steroid. Kalau nk cri organik ada jenama buds or moogoo. Untuk buds dia ada lotion untuk halau nyamuk.

Anonymous said...

Angel Baby Bottom Balm (a must have item) or boleh jugak guna Lucas Papaw Ointment. Boleh tgk dekat OneBabyWorld punya website

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Jgn guna la krim2 mcm tu..besa klu klinik swasta luar mmg bg krim2 yg tinggi dose steroid nya..mmg cpt baik..t bla baca arahan dlm tu nmpk sgt x baik kan...bole sapu skli sehari n nipis2 shj..nnt kulit bby menipis n imune dgn steroid..steroid terpaksa guna if teda piihan n dlm keadaan yg serius bla try yg low dose x masuk baru g hi dose...
Fobia bwk ank g specialist knk2...byr mhl2..ubat ke msin byk kasi n semua hi dose...anak sy allergik n over dose ubat..abis melepuh 1 bdn..50-50 ja nyawa tym tu..till now very2 takut dgn ubat2 yg pelik2..paracetamol ubt selesema batuk..antibiotik pn jrg2 ambik..kcuali trpaksa...

rina_mazlan said...

Dah kurusla... apa rahsia? :P

Anonymous said...

Buds ada nama dia Mozzie Clear Lotion

-Hanisah

Anonymous said...

yes..try Buds/moogoo..lebih selamat utk baby

hana said...

salam..
kak sue,sy br terbaca kat majalah pa&ma.jenama babyorganix.boleh guna kalau baby kena gatal2 gigit nyamuk..try search buzzoff after bite balm

Noorshella Jaapar said...

salam kak su, kurus sdh kak su, cantik-cantik-cantik ^_^

Anonymous said...

Salam, Bu mesti nyamuk2 tu mesti nyamuk2 yang anak dara sunti yang gigit Shein tu kan. Akak Paed rekmen Azeera Cream kalo x silap la namanya tu. Tapi bukan organic. Alah kalo sapu cream tu letak kat tang gigit tu aje. Takkan la termakan. Orang lelaki memang over tau. ABTO.