Friday, February 22, 2013

Borak Kosong Jer....

Assalamualaikum....

Jom sembang kosong jer nak? Mood nak bercerita kemain menebal sekarang ni. Hehe. Betul la kan? Orang kata bila dah ada anak ni, kiter jadik lebih berdisiplin, lebih sensitip and hidup lebih ceria. Macam I sekarang kalau kat tempat kerja angauuuuu jer tingat kat Incik Shein. Nak pulak sekarang ni dia dah pandai senyum kalau kiter borak dengan dia. Eeeeee nak tunjal jer rasa!

Biasa kalau dia dah ada kat rumah lepas I balik kerja tu, I letak dia dalam crib and dia akan layan menda pusing2 ada music yang I attach kat situ. Pastu dengar la dia uk ek uk ek dalam bilik sorang-sorang. Pastu rasa macam rugi jer lost a moment dengar suara dia, I letak penyapu and terus pergi dekat dia and layan borak dengan dia.

Being me, bak kata Sazli, I penyapu freak. Jenis tak boleh kalau tak sapu lantai sehari sebab rasa macam selagi rumah tak bersih lantai, tak boleh nak duduk diam la. Balik kerja, kekadang terjatuh-jatuh nak kejar sapu lantai, basuh baju, sidai baju, angkat kain, lipat kain, susun kain... Pastu nak kemas beg Incik Shein and siapkan baju kerja untuk esoknya. Memang kekadang rasa penat but I really enjoy buat semua menda ni. Si Sazli pulak, bila I dah siap semua kerja tu, dia kata I penuh bakteria. Jangan pegang Shein. Haha. Siot jer. Dia taktau pulak ketiak I ni, lagi masam lagiiiiii la Incik Shein suka sondol sampai terbenam la muka dia kat ketiak I ni. Perrghhhh!!!

Naseb la Sazli ringan tulang nak menolong. Semua menda dia dah boleh handle. Mandikan Incik Shein boleh, calmkan Incik Shein boleh, tukarkan pampers pon boleh walaupun sampai tergolek tepi katil masa first time Incik Shein berak. Haha. Now I tengah train dia bagi Incik Shein isap zuzu. Ada kemajuan la, cuma kalau dibiar lama-lama memang Incik Shein tunggang langgang atas peha dia. Haha.

Hari-hari ada jer menda baru yang Incik Shein tunjuk and it was a wonderfull sangat. Thank you sayang sebab dah 2 minggu kerja ni, Incik Shein takder la meragam ker apa. Ok jer dia. Tidur walaupun ada lewat sikit but takder la dia berjaga sampai 2 3 jam. Malam dia jaga untuk mintak zuzu jer. Syukur.....

Minggu depan ni nak inject 2-3 months, and I understand baby akan demam kan? Aduhai.... Risaunya Mama. I tau kalau sebelum dia pergi inject, bagi paracetamol siap-siap dari  rumah and lepas kena inject lekas-lekas sapu minyak cap kapak dekat tempat inject and bagi one more time paracetamol. Tak kira la dia demam atau tak. Jangan tunggu demam baru nak bagi. If ada mommies kat luar sana yang read this, please please share your experience. Selasa depan I nak bawak Incik Shein jumpa Pakcik Dr. Adrian.

Oh btw. Sekarang kan trend kaler blok tu kan? Haha. I amek kesempatan jer nak try jugak. Hari ni pergi kerja pakai kain merah ang-ang gong xi fa chai. Baju hijau pucuk pisang hamboi! jacket kaler kelabu, inner kaler kuning piang and tudung kaler warna warni. Kemain kan? Kalau zaman dulu pakai kaler tak match macam ni memang dah kena gelak dengan orang but jaman ni ari dah tak kisah.

Sazli nampak jer I pakai macam tadi terus dia kata... AC MIZALLLLLLL......!!!! Kwahaja kan? Haahahaha. 


Dalam kereta Intan dah whatsapp I, 'Kaksu, please selamatkan Intan, Intan dalam toilet ni'. I ingat dia sembelit ker apa or spende basah ker... Rupanya mintak tolong lilitkan selendang dia. Hahaha. Sian member bangun awal nak lilit selendang sampai basah-basah la ketiak. Sampai opis terus duduk dalam toilet mengadap cermin 45 menet. Boleh? Maka, inilah hasilnya... Macam minah arab kan Intan?

Photo: Da ada anak.. shopping brg anak pulak... @adibahrodzlan @sarah_reuk @annadayana

Tengahari I pergi One Baby World Taman Melawati sebab nak beli barang Incik Shein. Ada I belikan dia menan. Yang gelang tebuan tu omellll sangat. Cant wait nak bagi dia pakai. Pastu I beli kipas untuk letak kat stroller. Kemain eksaited! Padahal Incik Shein kalau dah tidur nyenyak macam mana pon, once letak dalam stroller terus mata buntang kemain ok? Sudahnya stroller jadik letak tempat handbag I, serba barang-barang shopping. Baik pakai troli jer macam tu. Letak blanket kasik dia baring, lagi bagus.

Photo: Ahlan wahsalan.. @annadayana  @adibahrodzlan

Ni la kerja Intan. Dok main handphone I. Pastu berangan amek gambar, upload masuk dalam Instagram I, pastu guna account I pergi like photo dia ni. I letak password dekat handphone I sebab taknak dia hack, but dia sendiri yang create password tu. Acaneh? And Si Dyba pulak melayan jer Intan ni. Umur dah 29 tapi perangai......... *mata pandang atas sambil geleng-geleng kepala.

Ok dah! Now I nak kemas-kemas barang and ready to balik, Yay!! Tak sabar nak gomol Shein Iskandar. Untuk semua... Selamat berhujung minggu. 

Salam Sayang (geli jer)
Suraya

-EnD-

15 comments:

Nur Zulya said...

Sue,inject utk 3m tak demam tapi klinik akn stby bagi paracetamol.bila badan panas baru bagi ikut sukatan.Lepas inject tu mandikan baby atau tuam tempat inject.Letak minyak yuyi pun ok.

lina said...

mcm anak i baru je kena inject last week. before inject tai bagi ubat demam pun. lepas inject klinik suruh bagi ubat demam walaupun tak demam. diorg suruh monitor if demam after 4 hours ade dedar2, means demam la tu so kena teruskan ubat demam sampai baik but my baby ok je tak demam.

Anonymous said...

Hi su..I puan nana..biasa bila baby inject 2-3mnth badan akan dedar skit.so pas inject balik tuam kat tmpt yg kena inject n monitor suhu badan bby.kalau demam bru bg bby paracetamol.

Mimie said...

Kak sue..skrg ni baby jrg demam. Ikut pd baby. Irees dulu tak demam pun. Cuma doc mmg akan standby ubat demam.

Anonymous said...

Kak su.. Time baby aisyah pegi injek dulu nurse ada la ckp. Jgn letak sebarang minyak kat tempat injek tu.. Nanti ubat tu xdak kesan. Kiranya sia2 je la baby kena injek.

Anonymous said...

sue, ni sara wife zalman. erm x yah lg bg ubat dmm tu. not good actually. qisya ms 1 cucuk mmg dmm. i try x nak bg ubat. tp if suhu tinggi sgt hv too bg la kan. selalu yer bile baby demam tu nm yer antibody yer mlwn with that suntikkan...baby x demam why u nak bg ubat dmm lak...i la ni byk dah bljr ttg sakit bdk2 ni. try to avoid to many chemicals dlm body all my kiddos...

Anonymous said...

Salam Sue, setuju dgn Sara wife Zalman tu.. klu demam baru bg.. tujuan paracetemol tu bkn nak avoid demam tp cuma control suhu je..so, klu dah x da suhu, x payah bagi..

-Mira

genuine1224 said...

i xpenah bg ubat kat mybby masa nak cucuk dlu. bby kecik lagi kut nak ajar dia mkn paracetamol bagai. just standby. pas cucuk tu, monitor, klau ada rasa mcm badan dia panas ke,letak coolfever dlu and sejukkan bdn dia. klau dah mkn naik temp dia, baru pikir pasal nak bg ubat. slalunya klau bby yg nyusu badan ni susah nak demam. badan dia akan dedap jek, like kejap2 panas, kejap2 ok lepas cucuk tu. jgn biasakan bby dgn makan ubat. xbagus sgt. biar bdn dia terima dlu ubat yg dicucuk masuk tu. klau dah biasa bg ubat, nnt next jab pun sama jugak, nak demam and kena bg ubat. klau 1st jab, xdemam, insyallah, jab seterusnya ok.

Chooyaya! said...

nur zulya : ha a. shein memang dapat paracetamol. doktor pon kata bagi kalau badan dia macam panas... kalau tak, tak perlu.

Chooyaya! said...

lina : so how's ur baby now? ok dah ker? masa shein balik dari klinik i tak bg dia ubat pon and dia nampak ok jer so far. alhamdulillah....

Chooyaya! said...

puan nana : ok. baiklah!

Chooyaya! said...

mimie : hopefully shein akan ikut macam irees la. susah hati la kalau anak demam. shein so far tak pernah demam lagi. selsema pon tak penah. harap2 la dia sihat selalu.

Chooyaya! said...

anon mommy aisyah : doktor kaksu pon pesan menda yang sama. jap lg kaksu nak up satu entry pasal tips tu.

Chooyaya! said...

sarah : sian qisya.... shein so far ok jer. ada la suam-suam sikit badan dia. tp check temperature still ok lagi. so memang tadek bg dia apapa. dah inject, rotavirus n pneumococcal injection tu pon rasa dah macam banyak sgt menda masuk dalam badan dia. nak bg ubat pulak. kesian baby.

Chooyaya! said...

genuine : ingat nak standby jugak la cool fever dkt rumah.... sebab nak avoid bagi dia makan ubat dulu. tp doctor mmg biasa advice soh bg ubat jer kalau demam kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...