Sunday, February 24, 2013

Selamat Hari Ahad Pipowl... :D

Assalamualaikum.....

Good Morning Sunday! Apa bikin adik-adik manis semua? Incik Shein awal mangun harini. And tidur pon kejap-kejap dah jaga. Nak bernenen jer dengan Mama. Pastu tidur dengan nipple dalam mulut. Nyot nyot. Kalau ditarik, menjerit macam kucing. Padahal bukan nak dah. Sudahnya, lekatkan jer puting kat pipi dia. baru la lena tidur. Dekat pipi. Iye. Memang cenggitulah budak ni kan? Haha. Kelakar jugak kalau fikir. Dia tau pulak tu kalau dialihkan. Bodoh ni!

Semalam masa pergi Wangsa Walk kerjanya tidur jer... Tidur atas pangkuan Mama Kaseh (Kaklong I). Kitorang tak bawak stroller pon. Sebab ada 4 orang yang mampu mendukung dia. Kaklong, Ayang, Syira and I. Bergilir-gilir la dukung dia... Masa makan semalam dekat Octopus pon dia molek pulak tidur. Takder merempan ker apa. Maka Mama makan dengan hati yang ternang. Tenkiu son!


Kunyah pipi Incik Shein! Hari semalam I dah up sikit. Dah pakaikan legging awal-awal untuk Incik Shein. Tapi masa sampai sana, Kaklong bawak I masuk kedai baju baby cap ayam yang ada baaaaanyakkkk baju branded imitation. Tapi comel giler hoi! I dah belikan Incik Shein baju untuk main paint ball. Tapi taktau la bila boleh pakai. Pastu ada jumpa baju sejuk coklat omel ni, sebab dalam Wangsa Walk sijuk, TERPAKSA beli. Haha. Nama kedai? Lupa.. Heeee. Kedai tu dekat tingkat bawah, dekat area Hot & Roll.

Photo: Tangan Shein n Kakak Kaseh ♥♥

Masa Incik Shein tidur, I ajak Ayang pergi Lavinas, cuci rambut. Perrrghhhhh legaaa rasa sebab dah 2 bulan tak cuci rambut kat salon. Mun, my fav shampoo girl memang ada sentuhan magik, dia letak je tangan atas kepala. Terus I nak terlelap. Masa I kat salon, Incik Shein tido jer... Pastu Kakak kaseh dia geram sangat, dikacaunya budak kecit tu tido. Tapi Incik Shein tidak fedulik. Tido tetap tido. Tengok la gambar tangan bebudak berdua ni. Omelll sangat.

Oh btw, I nak tanya... Since ada yang komen dekat video Incik Shein dekat FB I. Incik Shein dah tak perlu pakai sarung tangan dah eh? Takper ker? Dia dah 2 and half months. Bila is the right time untuk takpayah pakai sarung tangan lagi eh? Ke pakai malam jer? Ke macam mana? 

Please advice. Heeee.... Okbye.

-EnD-

12 comments:

Felis Domestica said...

ikutkan org puteh mmg tak pakai, tp org kiter takut baby cakar muka. dalam 3 bulan my baby nurse dah suruh bukak sbb tangan dia ada kerja lain nak buat, katanya...

Fara Dilot said...

3 bulan da ade ability tok gapai pegang2 manja.. tarik2 barang.. kalo sarungkan tangan die takleh la die belajo memegang.. i kalo hantar nursery, derang masih pakaikan sarung tgn.. takot muka baby calar postu mak die g serang nursery gamaknye.. tapi kalo kat umah, i tak pakaikan da.. (baby 3 bulan)..

Anonymous said...

btul kak su....biasanya dh 2 bulan lbh nurse x bg pakai pasl baby dh strt nk xplore jari2 dia...
dia akan mggengam n cuba mncapai brg2 ke....tp sarung kaki msh perlu psl takut dia sejuk...
tp make sure kuku pendek tau...

genuine1224 said...

2bln lebih dah blh buka sarung tgn, tapi make sure u potong kuku dia slalu. sbb kuku baby ni cepat panjang and nipis. tau2 dah tercakar muka. 1 of fungsi sarung tgn tu utk elakkan dia cakar muka jugak lah. sarung kaki kena pakai slalu. takut bby sejuk and masuk angin. nak2 waktu mlm and tdor aircond. klau blh avoid aircond utk bby.. :)

Cikgu Norazimah said...

betul tu..Irfan dh tak pakai sarung tangan since 2 bulan lagi, nurse yang suruh jgn pakai. Tapi kena pastikan kuku sentiasa pendek ler, kalu dah, memang cnfirm mcm abang kawasan ler, muka berparut2..hehe

Anonymous said...

Bby shein dh bambam laaaa..dh bape kg?my 2nd son pn sebaya shein tp still pakai sarung tgn g.maybe 3month nnti dh xyah la pakai sarung tgn.(Puan nana)

Chooyaya! said...

Felis Domestica : Ooooo. Kalau macam tu kena tunggu baby 3 months la aru bukakkan sarung dia tangan dia eh?

Chooyaya! said...

fara dilot : itu yang risau tu. sebab shein jenis suka raup2 muka. konon ganas la tu nak raup2 muka. eleh.

Chooyaya! said...

anon : untuk amkesure kuku pendek tu yang kaksu susah tu. sebab tak berapa berani nak potong kuku dia. seram. takot dia sakit.

Chooyaya! said...

genuine124 : kat umah memang tadek ekon pon. tak mampu nak pasang ekon (sedih tak?) hahahahaha

Chooyaya! said...

cikgu norazimah : papa dia kata tunggu 3 bulan baru takyah pakaikan sarung tgn. memandangkan dia ada share dekat shein, ikutkan ajer la... hehe

Chooyaya! said...

puan nana : sama! tunggu dia 3 bulan cukup la baru boleh tanggalkan sarung tgn dia. now shein dah 6.2kg. tak berat sangat. lemak semua naik ke pipi jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...