Wednesday, March 6, 2013

Entry Tajuk Rojak Ayam Tapi Gambar Shein Nanges.

Assalamualaikum....

Dah banyak hari tak share kisah Incik Shein kan? Dia kannnnnnnn dah makin gedebop sangat sekarang ni. Menyusu kuat oi. Pantang sua tetep, biar dia dah sampai jeluak minum susu, tapi bila offer nenen lajuuuuu jer menyonyot. Kekadang sampai tergeleng-geleng ar kepala walau nipple dah dalam mulut. Nak apa menda lagi entah. Kemain kan kalau dah dapat netek? Ikut sapa ntah. Haaaaaaa....

Mintak maaf kurang apdet sekarang. I bizi sangat dekat office. (Macam dia sorang yang banyak kerja la kan). Balik umah bersilat pulak and sampai masuk 3 minggu dah kerja ni, badan dah start lengoh-lengoh. Taktau la kesan penuaan atau penat sangat atau tak berpantang betul. Tapi sangat la berharap lepas habes semua BOD meeting ni, I dapat coti sehari and pergi spa urut sedap satu badan. Takmao la urut dengan kakak Indon yang geletus-geletus bila dia urut dekat belikat. Sakit woooo....

Apa eh supplement or any product yang boleh bagi tenaga lebih yang kuasa dia ada lebih kurang macam seladang? Semacam memerlukannya sangat sekarang ni. Sebab kekadang rasa macam dah tuweee sangat-sangat. 

Semalam Saz tanya, bila Incik Shein nak ada adik? Amboi. I jawab, bila U kasik I orang gaji, boleh la dia ber adik. Pastu kata Saz nak amek maid Latino. I buat bodo jer. Malas nak layan. Gurau pasal pempuan Latino bila perut dah menggeler ni rasa sentap jugak sikit-sikit. Haha.


Eleh Shein, kata Abang Kawasan. Tapi bila Mama ajak *read : paksa amek gambar sama terus cebik nanges ngada macam ni. Gewammmmmmm!!! Abang kawasan la sangat kan? Lepas amek gambar ni, I tunjal Shein sikit. Tunjal manja je. Heeee. gewam sangat-sangat!


Oh btw. I jeles tengok Intan punya email dah ada signature dekat bawah. Aku kerja nak dekat seplo tahun pon tak pernah terfikir nak buat signature ni. So I copy Intan punya and send email dekat dia sebab tak nak kalah. Dari jauh I dengar Intan gelak. Haha. Pastu dia reply macam ni. Dekat signature I siap ada visit me. Ada url blog. Instagram and FB siap. Haha. Bodo Intan! Ini memang sungguh-sungguh nak promot diri ni. Jangan carik pasal. Haha.


Wings Rockestra 2013 akan diadakan di Istana Budaya this coming 26th April. Ticket is selling fast. Sazli awal-awal dah beli tiket. Takot habes kata dia. Kemain semangat dia nak tengok. Macam dia lupa jer Incik Shein dah ada. Lekas lekas isi borang. Sapa nak jaga Incik Shein bila Mama and Papa dia sebok berangan macam orang tadek anak kecik nak tengok konsert bagai. Haha.

Lasttt sekali. Sapa dah tengok Rock Ooo? Best tak? Kasik review sikit. Ingat nak pergi tengok la. Dah lapan tahun tak deting tengok movie. Sekian terima kasih entry ala-ala rojak ayam. Ketemu lagi di lain masa. Byeee.

-EnD-

16 comments:

Days said...

Best cite rock oo.walaupon takpenah tengok cite rock tp tgk rock oo ttp xrase lost yg amat.me xminat cite tu tp bile hubby beriye ajk so pg la skali dlm cinema me yg gelak hover tau.hahahah kelakar cite die.smbil tgk bole la layan lahu rock kapak ;)

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue. klu amik shaklee kuat n tenaga jg.. tp tak tahan tang besaq2 pil dia.. n kene minum aiq super banyak cos tak mo darah pekat.
I baru start amik seaaweed purple (purple is the best) mmg power n tak letih. tapi mmg hazab lah nak membuatnya cos a bit hanyir cam ikan kerin :P tp mmg berjaya tanpa lenguh2.. pepahi n memalam sblm tdq makan lah agak2 1 sudu bubur mc'd tuh.. telan ngan aoq kosong.. tak rasa lah kehanyiran tuh.. try lah..

Anonymous said...

Catalyst vco pun ok jugak.. Badan rasa segar ja..

genuine1224 said...

huahua..signature uk opis pun promote habis blog,fb ngan istag...dasat2...mmg promote habis tuu

Anonymous said...

Ya Allah,cutenya Shein...gerammmm... <3 Pos laju dia ke S'pore okay? Saya jaga. Hahaha.

O'gosh Iskandar said...

rasa nak tgk gak Rock Ooo tu...ramai kata best...btw, comel sangat baby...salam kenal...

Chooyaya! said...

days : memang kelakar giler. especially yang part si lan kapak tetiba meroyan sebab lapar dua hari tak makan tu. pastu rebus kentang n sekor2 nanges. hahahahaha

Chooyaya! said...

Haris zuhaina : bab pil besar2 yg nyampah sikit ni. mana nak boleh telan... yg pure marine collagen tu dok ada ni ha. tak buat2 lf sebab payah btol nak carik daun pandan dekat kl ni. kalau tak letak daun pandan menda tu kan ke hanyiaq!

Chooyaya! said...

ANON : mana nak carik Catalyst vco tu yang?

Chooyaya! said...

genuine1224 : sajer jer intan buat lawak.... hehe. tadek der nak tulis mcm tu..

Chooyaya! said...

anon : ok ok. lekas bagi alamat. hahahaha

Chooyaya! said...

ogosh : lekas tengokkkk!! memang kelakar sangat.

Anonymous said...

Kak Su, i tengok shein nangis i pun tumpang nangis beriya kat ofis ni..haishhh rindu beno ngn anak ni.

Anonymous said...

Su..nana pon bdn selalu penat..my baby pon sebaya incik shein..try la shaklee vitamin+pure marine tu..nak jadi supermak kena rajin makan vitamin..hehehe (puan nana)

Haris Zuhaina said...

As Salam. Sue, klu daun pandan tak dak, boh lah perasa cam org dok buat kek tuh. p cari kedai kek. boh lah perasa apa pun yg selera... :P

Haris Zuhaina said...

As Salam. Sue, boh ja perasa cam org buat kek tuh. P cari kedai kek :P
Selamat berjaya.. Agak tak sempat nak buat, mintak tolong Intan rendam kan... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...