Thursday, May 30, 2013

Apa untuk lunch? Check this out.

Assalamualaikum sayang’s!

Makan mana tengah hari ni? So ni I nak bagi sedikit idea nak makan mana eh? (actually lebih kepada nak bakar line. Hahahah. Tau time sekarang ni memang perut tengah lapar kan???) Ni kang nanti ni ada jer la yang ‘Eh kaksu ni carik pasal betul kan? Dah la tengah lapar ni di upnya gambar makanan sedap-sedap’. Haha. Kaaaan??????
Yang ni dekat Aseana KLCC. Second choice punya spaghetti carbonara yang sedap selepas Delicious. Harga RM23.00 jer. Masa nak order jangan lupa cakap, nak extra gravy atau kalau nak lagi senang kata jer nak carbona banjir. Ongkampong sket. Haha. Yang sebelah tu kalau bahasa bodo dia kway teow soup jer tapi sebab kata KLCC kan? Nama kasik up sikit. Beef Noodle Soup. Rasa? Not bad jer la. Harga RM22.00 semangkok. I kalo nak makan mee yang pesen-pesen macam ni I prefer Vietnamese Noodle Soup dekat Secret recipe. Pastu yang bawah sekali tu Chunky Mushroom. Sedapppppppppp! Harga RM16.00.

Tapi setakat ni I pergi Aseana ada jer yang tak kena. Masa sekali tu Sazli mintak carbonara. Dia buat kuah pekat giler, cheese lebih pastu masin. Mangkali tukang masak dia nak kawen kot? Tak boleh nak makan. Mintak tukar. Mangkok kedua pon lebih kurang tp kuah dia tak la sepekat masa yang pertama. Tu pon spaghetti dah takder. Ada linguini jer. Pastu pulak chicken ham pon takder, tukar dengan beef strip ker apa entah. Pastu tak konsisten. Kekadang dibaginya wild mushroom. Dah datang makan kali pertama sedap, order lain masa dibaginya canned mushroom pulak. Pastu yang I pergi Sabtu lepas, mintak black pepper pon takder T____T Acaneh?

Nexttttttttt. Forever favorite Char Kway Teow. I akan carik dekat Madam Kwan. Terpaling sedap yang I pernah makan dekat sini la. Kekdahnya kata orang Penang. Char Kway Teow suppose to be dry macam ni. Bukan basah lencun macam yang kiter biasa makan tu. Actually yang sebetulnya macam mana eh? Lantak ah. Janji sedap. Yang bawah tu Mushroom Chicken Rice. Pon sedap jugak. Tengok la ayam dia, meleleh siot! Harga? Lupa. Sebab bill dah buang. Haha. Apa harga-harga? Ingat ni rancangan jalan-Jalan Cari Makan ker?

Dulu I collect bill makan. Pastu kalau hujung bulan kira balik, pastu nanges. Macam. Aik. Apa menda yang aku makan sampai macam ni? Boleh beli henbeg ni. Haha. Menjawap kepada persoalan reader yang tanya berapa I spend sebulan untuk makan jawapannya ia bergantung pada tahap keteringinan. Kalau selalu teringin nak makan, banyak la. Kalau bulan tu asyik teringin lempeng sambal sardine dengan sambal air mata jer so sikit la total dia akan jadik. Haha.

Last sekali ini dekat Ichiban Boshi Pavilion. Sekarang ni dia ada buat promo untuk salmon. So semua salmon jadik murah giler. Perhatian kepada penggemar salmon sashimi sila la pergi Ichiban Boshi ni. Promo sehingga hujung bulan 5 kalau tak silap. So ada masa lagi sehari. Harini atau esok boleh la pergi. Atau kalau nak puas hati pergi untuk makan tengahari and makan malam (melampau). Yang paling atas sekali tu ialah Salmon Donburi. Sebelah dia Gyu Teridon. Terbaik sedap! Rasa dia macam daging batang pinang masak kicap. Haha. Tapi version Jepun la. Yang bawah tu la set promo. All salmon set. Harga RM16.90 jer! Pastu yang bawah tu Salsom Sashimi. Harga untuk 3 pcs RM4.90. Dah la fresh. Murah pulak tu. Kwahaja. Ni yang rasa macam nak pergi balik ni.


Sekian. Terima Kasih. Enjoy your lunch!


-EnD-

8 comments:

norasiahnasir said...

melampau..nasib baca entri dah siap makan..

salmon tu sangat gilerrssss..tak boleh menahan...

Liyana said...

kaksu nih carik gado ar post pic salmon kat cni...dah tetiba trase nak mkn salmon nih...acaneh??

cik ketenangan said...

waa...kak su,sedapnye!
takpe2,ptg nie nak mkn ayam penyet..hee

Mooniqueen said...

kenapa la jauh sangat dengan tmpt MQ ni? jangan cakap tengahari je terliur, bace blog ptg pun terliur dah ni ;)

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue.. hehehe berani sue mintak tukar kan.. kalu sy dan suami mmg tak kkan tukar even though hak pengguna.. TAKAOT kena dajal :P
(kekadang hubby kata depa geram, depa ludah dan memacam luar kotak..

chanellove said...

Hoyeah kak su, char kuey teow Madam Kwan is the best!!! dah la tinggi melanjung. Makan pulak tak pandang kiri kanan dah..Sure se'eh lepas makan..hahahahaha

Unknown said...

Huwaaaaa lapoooooooo....zalman x balik koje lg ni..dia tgh sedap2 mkn kat chic rice shop....aku kebuluq tgk blog mkn ko ni....dah ar aku nak p mkn lamb chop dgn qisya ar...

eda said...

wahhhhhh salmonnnn sy laaaa !!