Wednesday, May 29, 2013

Mentaliti Orang Melayu Yang Kekadang Bikin Gua Hangen Jerrrr.....

Assalamualaikum!!!

Wah. Bagi salam jer dah tau macam nak marah and meluahkan perasaan. Ok. Baiklah. Harini I nak cerita pasal mentaliti orang Melayu. Well. I sendiri orang melayu (ada la kacuk jawa + scottish sikit tapinya) Haha. Eh tak la. Serius ok? Ni kang jap lagi kang ada jer haters cakap, ‘muka ala kadar jer tapi perasan cantik or eleh, perasan bagus jer dia ni or perosak bahasa la ko ni. Tak pandai cakap omputih tak payah cakap la’. Haha.

Mampos blog makan-makan I ni dah ada haters. Haih la.. :| Apa la yang berbulu sangat dekat I ni pon tak tau la. But well, Sazli selalu pesan yang kiter ni tak boleh nak please semua orang. Ada jer orang yang tak suka dekat kiter kat mana-mana (sebab kadang-kadang kiter pon ada tak suka dekat orang kan?) So bertitik tolak dari tu I rasa ok jer kalau ada yang tak suka. Lantak ah. Bukan ko bagi aku makan or hand bag Prada pon kan? Haha.

So, I nak cakap pasal mentaliti kebanyakan orang Melayu. Tak semua macam ni but ada la yang macam kurang berpendidikan sikit ni yang jadik tak berapa nak bagus. Apa yang I cakap ni ialah apa yang I nampak disekeliling I lately and apa yang I face sendiri. Mungkin ada jugak yang berlaku pada anda semua kan? Mana la tau…

Yang pertama : Restoran

Ok. Pergi la mana-mana restoran yang exclusive sikit dekat KL ni, kalau ko pakai tudung. Cakap pulak bahasa Melayu sejati nanti korang akan nampak muka-muka waiter/waitress yang tak kompiden dengan kiter. Dari mula nak masuk restoran sampai la nak order. Siap macam boleh perbodoh-bodohkan kiter lagi.

I teringat masa dulu I ada pergi VS dengan Kak Long and Intan, macam mana waiter tu macam perbodohkan Kaklong. Kaklong cakap la, ‘Kat sini ada air apa?’ ‘Kiter ada fruit juice, tapi air rambutan, air durian tu takder la’. Sambil buat muka palat wa cakap lu. Oh. I ok lagi time tu but bila I order kata nak medium rare steak dia terus cakap, ‘R u sure? U tau ker medium rare tu macam mana?’ What the??? Penghinaan apakah ini? T___T Uwaaaaa

Tak puas hati balik tu terus ngadu kat Sazli and malam tu jugak we all repeat makan dekat situ and memang kena la dengan Sazli kan? Pegi panggil waiter yang amek order U tengah hari tadi and dia start la tanya, ‘So, air rambutan dengan air durian takder la?’ And terus muka waiter tu berubah. Dipendekkan cerita apa yang I cuba cakap ni ialah, bila U pergi makan kat restoran macam ni, pakai tudung biasa-biasa jer tak macam Hijabista yang pakai cantik-cantik skarang ni, itu la layanan yang U akan dapat. But if U datang dengan dress, mekap cantik. Muka kompiden (walaupun muka ala kadar) nanti mesti lain cara layanan dia.

Kenapa eh? Kalau orang pakai tudung muka ala kadar tu takder duit sangat ker? Memang nak kena parking kereta depan restoran or lekat kunci kereta BMW ats dahi baru nak layan dengan bagus ker atau macam mana? Kiter ni kan semua customer? Sama jer kan? Bayar jugak kan harga makanan tu?

Macam tadi masa I makan kat Souled Out. Hek eleh. Waiter datang dengan muka palat. Kaklong pulak dengan Intan suka nak borak nampak macam miskin sangat depan waitress tu. ‘Eh, mahalnya air. Minum air kosong jer la…’. Pastu waitress tu masa bagi menu pon nak cakap sombong-sombong. ‘Yang I bagi U tu one set drinks and foods’. Like. Daaaa??? Aku tau la. Mengapa mesti taknak senyum and buat muka ketat ni? Kau owner restoran ker? Waitress je kot??? Ha. Kan dah bunyik belagak tu.

So, lepas dia amek order and muka I dah ketat. Intan pon takot telan ailio bila I kata, ‘Waiter ni memang nak kena ni’. Haha. Sebab I memang pantang pantang pantanggg dengan waiter/waitress muka ketat/tak reti nak senyum time ambik order. So, dari dia antar makanan sampai dia bagi bil langsung I tak pandang muka dia. Ko buat muka sombong, lapan ratus kali aku pon boleh buat lagi sombong ok? Kalau dengan kiter yang pakai tudung muka ala kadar ni layan nak taknak jer. Kalau dengan orang kerja pejabat lain yang pakai hebat-hebat siap senyum tangan kat dada tarikkan kerusi lagi. Memamg carik pasal.

Ada sekali masa I makan dekat Sushi King I tegur jer waitress tu. U should smile. This is not the way U treat your customer. Terus sentap. No. Bukan nak belagak tapi orang-orang macam ni kalau tak ditegur dibuatnya kiter macam apa sangat. Ini baru I. Ko buat la muka macam tu depan FIL I, menjawab la ko kan?

Habes bab restoran. Kiter move ke Designer Boutique dekat Shopping Mall pulak.

Serius kalau dekat KL ni, korang pergi la mana-mana Designer Boutique dengan muka ala kadar ni. Cebet pulak hanya handbag jenama Guess/Nine West memang haram la ada Sales Girl nak layan ok? Siap buat muka jijik pandang kiter MACAMKAN pekerja tu ada share dekat situ. Pandang atas bawah atas bawah macam kiter ni miskin sangat. Nak pulak kalau datang dengan selipar jepun (walaupon selipar jepun mahal jenama reef harga RM270 sepasang. Haha).

Yang mana pakai spek mata hitam cebet handbag Gucci/Prada/LV siap sambut muka senyum manjang and siap mengekor kat belakang. Molek jer layan. Walaupon tak beli and sekadar survey-survey jer pon, sama macam yang pakai handbag Guess/Nine West ni jugak. *rolling eyes. Biasanya yang selalu buat perangai macam ni ialah Sales girl Melayu. Sales Girl cina takkan buat perangai pandang atas bawah menghina secara sembunyi-sembunyi macam ni. Serius.

Berbeza sangat kalau dekat oversea. Pakai la macam mana pon, layanan yang anda dapat sama jer. Ini yang buat I rasa frust. Dah kenapa la mesti ada sikap macam ni yer? Kenapa mesti nak letakkan border mcam ni? Dah macam dalam cerita Antara Dua Darjat pulak. Tak baik sangat. Nak elak dari jadi macam ni biasanya kiter kena riverse saiko.

Walaupon muka ala kadar, tapi takper. Jangan senyum. Dia muka sombong? Kiter buat la muka lagi sombong dah nanti kalau ko senyum kat dia and dia buat muka jijik, ko jugak yang terasa kan? Pastu mesti kompiden cakap omputih. Lantak ah kalau jadik perosak bahasa JANJI level of confidence mesti tinggi. Jangan bagi dia chance pon untuk belagak dengan kiter. Eh. Ni tips untuk muka ala kadar macam I jer tau? Haha.

Kekadang sikap Sales Girl macam ni la buat level of confidence kiter drop ke tapak kaki. Tak kasik chance langsung kiter nak masuk Designer Boutique. Terus rasa rendah diri. Jangan kan kata nak masuk, nak lalu depan tu pon dah jalan seret kaki.

Ok. Last sekali Instagram.

I follow Instagram Fynn Jamal. Kesian sangat dia. Kalau dia up gambar anak dia mesti ada jer yang kata itu tak elok, ini tak elok. Asyik la nak ajar dia macam mana nak jaga anak. Sama jugak dengan Instagram Fasha Sandha. Habes semua orang komen macam-macam. Dari tak pakai stokin, ke bengkong, ke bedung and semuaaaaaaaaaaaaa menda nak kondem. Kekadang komen tak releven dengan gambar. Kang nanti ada jer yang cakap pasal aurat la. Suruh bertaubat la and so on.

Semalam pulak I baca dekat Instagram wife Amy Search. Dia ada letak gambar Ustaz Azhar Idrus kawen 3 dengan caption, ‘takder kerja lain’. Ha, amek ko. Habes dia kena hentam kaw-kaw punya. Sampai bukak aib dia, Amy and Nabila Huda. Nak taip kat sini pon tak sanggup. Menegur tu tak salah, tapi biar la bertempat. Ada pernah tak dengar ayat ni. Menegur jangan sampai menghina. Mendidik jangan sampai memaki. Meminta jangan sampai memaksa. Memberi jangan sampai mengungkit.

And kebanyakan yang komen dengan bahasa yang menyedihkan ni pulak molek bertudung profile picture. Instagram private. Tulis Umi of Asyrif/Zarif **sekadar contoh. I want to be a good muslimah. InsyaAllah. Tapi ayat menasihatkan sampai mengaibkan and siap cakap ko ni layak masuk neraka jer. Perempuan sundal. Acaneh tu? Macam tak tally jer kan?

So. Itu la luahan hati I untuk hari ni. Ni nak mintak maaf awal-awal kalau ada yang rasa I macam bagus or kalau I ada menyinggung sapa-sapa dekat sini. Kena mintak maaf awal-awal sebab kang tak pepasal I pulak yang kena maki sekali.

Bila la eh scenario macam ni akan berubah? Kiter ni manusia sama jer. Kalau meninggal semua pakai kain kapan kaler putih. Takder der kalau orang kaya meninggal kapankan dengan kain kapan jenama Gucci / LV. Orang kaya kalau meninggal dimandikan pon dengan air biasa jer pon dan bukan dengan air evian. Siram kubur dengan air mawar jugak and bukan orang kaya nanti meninggal siram dengan perfume Gucci number two. Sama jer kiter semua ni. Takda beza pon orang kaya/orang miskin disisi Allah…

Ya Allah. Jauhkan aku dari sifat-sifat takbur/sombong dan bongkak. Amin….

P.s: Ira jangan nak gelak-gelak. Kaksu tampar kang! Haha.

-EnD-


29 comments:

Cikgu Norazimah said...

Hah ! dengar ko luahan perasaan kak su kite sorang ni ! betul tu, akk hokay ler ada bmw nk tunjuk kunci kat waiter tu, azi ni cuma cikgu biasa jer, mmg biasa ler kena pandangan macam tu n yang memang akan buat muka belagak tu adalah pekerja MELAYU ! mengalahkan bos! kadang2 tu, bos lagi merendah diri compare ngn pekerjanya..bila ler mentality orang melayu ni nak berubah yer?

Nur Zulya said...

Setuju!!!
kena ubah mentaliti org M'sia.
i pun follow IG fynn jamal.naik geram baca komen yang lebih2.huh!!

Capt Lalok said...

setuju ...sebab saya pakai tudung dan kalau pi shoping selipar jepun tu wajib..kalau pergi kat sales melayu..selalu buat lambat2..kalau datang pun sebab takut "supervisar" dia nmpk..bukan nak agungkan bangsa lain..tak kira lah ko pakai sepender datang tmpt dia..sure surve punya..
tapi tak semua melayu macam tu..ada yang ok.

Cik (Puan) Fizza Lovalova said...

Ahaks! Setuju sangat bab restoran n designer boutique tuuu. Tapi tula, sedih. yang gitu kebanyakannye Melayu.

p/s: teringat I teman husband beli handphone baru sempena bufday husband semalam. kul 9 berdesup keluar dr umah, mmg selekeh la dua2 takut terlambat. Salesgirl melayu kat Samsung centre tu layan nak xnak je. maybe ingat kitorang ni konon2 nak beli. sekali hambek ko, laki bini beli hp salesgirl cino yg dapat pasal die je sudi layan dr mula. Padan muke x dapat komisyen lebih. kerek sangat...hahah

norhasniza said...

Super like entry ni :)

PutriesNoora said...

sokong akak 500%!!setujuuuuuuuu sangat2!!

rina_mazlan said...

Uik.. ada lagi ke manusia macamtu? Aku ok je diorang layan. Tgk nasib kot. Atau mungkin aku suka buat muka serius. Kalau waiter buat palat dengan aku, memang aku akan sound direct. Takde simpan2. Kita BAYAR kot service charge diorang. Aku rasa takde kena mengena dengan tudung la. Yang penting kita kena konfiden dengan diri kita. Tapi ada eh waiter mcmtu? VS kat mana tu yang? Memang gampang sungguh. Kalau aku ler jadi ko, memang lebam la telinga waiter tu aku taskirah. Takpe, slow2 ye yang pasal bertudung tu. Ingat, kita bertudung bukan sebab fashion ke apa, tapi sebab menutup aurat. Aku rasa kalau kita bertudung (dengan sempurna) orang akan respect kita.

Chooyaya! said...

cikgu norazimah : ala... cikgu kan tugasnya mulia. kaksu sayanggg sgt cikgu2 satu malaysia. haha. takper la. kaksu dah ok sikit dah pagi tadi. semalam jer menyirap sikit.. hehe

Chooyaya! said...

nur zulya : sokong!!! undi nur zulya!

Chooyaya! said...

capt lalok : kan???? nanti kalau datangs erve pon ada yang buat muka tak ikhlas jer... sedih kan?

Chooyaya! said...

cik (puan) fiza lovalova : amboi nama kemain lovalova kan? haha. well, biasanya mcm tu la. bila dah tgk kiter amek 2 3 barang baru la terhegeh2 nak layan balik. baru tau yang kiter ni mampu nak beli. buat jer sombong balik, biar dia malu sendiri. (jgn dengar nasihat ni)

Chooyaya! said...

norhasniza : kalau like sila bank in duit kat shein. heeeeeeeeeeeeeeeee

Chooyaya! said...

norhasniza : kalau like sila bank in duit kat shein. heeeeeeeeeeeeeeeee

Chooyaya! said...

rina mazlan : memang nasib tak baik kot semalam tu. takpon waitress tu period. haha

Anonymous said...

btul tu kak su....
ok ni..pgalmn sy,msk kedai kasut clarks...blh kta mhl jgk la kn. sy n suami dok pilih ksut,tgk sales jeling je..myb pk...eleh xkn la nk bli kasut 5-600 kn. bl suami mntk test..nk xnk lyan je. skli suami ckp...ok sy amik yg ni. kuar dt...bru tersengih2...siap offer ddk dlu la...ape la.

Ibu Dhia Danial said...

yeaaaa suke sgt entry sis ni.. mmg betul tu sis.. saye setuju sgt sgt.. sbb saye penah terkena jugak.. ingat org kg ni mentaliti bawah tempurung ke? sedey sgt kenapa org melayu mcm ni..

Mimy Hamid said...

suka entry ko ni..dah lama nak luah tak terluah...ko dah luah ...mak sukaaaaaaaa

Anonymous said...

haa betul tu, mmg perangai certain orang kite cam tu, cam haram jadah, i slalu je kena nak2 kalu bab kat butik tu, hello kalu kite takde duit kite tak masuk la, kalu nak survey2 pun, ko apahal, makan gaji jer, dasar peghak...

Liyana said...

Perghhhb rasa mcm nak share je entry nih kat FB...suka btol entry nih...mmg slalu sgt alami benda yg sama kaksu...mcm kita nih sengkek sgt!

Liyana said...

Perghhhb rasa mcm nak share je entry nih kat FB...suka btol entry nih...mmg slalu sgt alami benda yg sama kaksu...mcm kita nih sengkek sgt!

Liyana said...

Perghhhb rasa mcm nak share je entry nih kat FB...suka btol entry nih...mmg slalu sgt alami benda yg sama kaksu...mcm kita nih sengkek sgt!

Mally said...

Hai kak Suraya...
I agree with ur statement...
Bygkan akak yg seagama pun dilayan camtu sy ni non muslim lagilah...
Kami pernah mengalami situasi ini byk kali sehingga kadang2 cancel kedai tu dari list kami..
Sy dgn hubby mmg suka try makanan dkt pelbagai jenis kedai dr yg murah hingga yg mahal kebanyakan restoran melayu.... Tapi layanan yg diberi kadang2 menyakitkan hati.. Sometime hubby i akan tanya kat sy "kenapa dorang xmahu layan kita ar?? Kitapun bayar kan xkan sebab kita ni non muslim"..... Tapi ada juga kedai2 yg membuatkan sy & hubby repeat mkn byk kali contoh Cafe Route 69 dkt area Bandar Perda, Penang. Waiter dia senyum selalu dan dia tahu kami regular customer & dan tahu apa yg akan kami order selalu... Harap2 jangan lah layan kami mcm pendatang asing.... We are Malaysian too....
Sorry kak Suraya sypun dah terluah perasaan..
Peace!!!!!!

kekunang said...

terlalu setuju dengan entry ni...akak macam dah tulis most of what i had in my mind...saya selalu kena kisah double standard ni...muka biasa tidak stylo kannn...

mentality rakyat malaysia patut diubah.. saya sekarang lagi terasa issue ni..sebab dah biasa dekat sini (australia) sales assistant semua baik2...saya sampai tahap bagi salam kat cashier kat tesco sebab rasa awkward sangat tak greet sebab dah terbiasa..

but..how do we make it happen?

Shiela Rahim said...

lagi aku nk pakai sliper yg slebet2...yg jalan shrettttt tu....
skali beli..bru dorang terbeliak mata..belagak mcm kedai tu dorang yg punya...phuiiii

Anonymous said...

su... lg satu pasal tegur2 kat pic org kat fb. smalam ada pic neelofa(sy x like dia nye page) tp still masuk kat home kita kan kalau ada friendlist yg comment atau like. ya Allah.... yg komen bapak2 budak... tp komen sampai malu nak baca. t*t*k besar la... ny*ny*t sedap la... ada yg profile pic gamba anak. kat fb dok share pasal islamic... takbir la... tp komen mcm hapa.
sy rasa diorang tak tau yg apa yg diorang komen wife dia...kwn2.. sedara mara... anak2 boleh baca even tak like pon page tu. sbb lps sy komen org yg bg komen atas sy delete komen dia.

Zira Abu Bakar said...

Su tu sebab aku suka shopping kat indon ko bongkah baju mcm mn pun diaorh tak marah. Layan ko mcm queen. Pasal kat msia aku selalu didiskriminasikan oleh org malaysia sndr. Kdg2 br pegang baju sikit lps kita blah x smp seinci dh siap betul2kan baju tu. Mcm hina sangat. Org mcm ni yg bt aku mcm nk riak mcm nk sound heyyyyy ko nk tgk tak akaun aku?????
Aku tau la aku ni selebet sentiasa tapi akaun aku x selebet hokeyyyyy.
Hehehheehhe marah jugakkkk nihhhhh

Zira Abu Bakar said...

Su tu sebab aku suka shopping kat indon ko bongkah baju mcm mn pun diaorh tak marah. Layan ko mcm queen. Pasal kat msia aku selalu didiskriminasikan oleh org malaysia sndr. Kdg2 br pegang baju sikit lps kita blah x smp seinci dh siap betul2kan baju tu. Mcm hina sangat. Org mcm ni yg bt aku mcm nk riak mcm nk sound heyyyyy ko nk tgk tak akaun aku?????
Aku tau la aku ni selebet sentiasa tapi akaun aku x selebet hokeyyyyy.
Hehehheehhe marah jugakkkk nihhhhh

Anonymous said...

ini macam ada masalah low self esteem jer. kadang2 orang takde pape pun. kite plak cm rasa rendah diri.hihi setakat ni alhamdulillah masih dapat layanan yang wajar sebagai seorang customer and manusia. :)

Jojet said...

betul, setuju sgt. kdg2 aku sound je diorg, gaji ko bape eik?nape ko nk belagak sgt nih?pehtu diorg akan sentap dan terus sentap lg dgn ayat aku lepas tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...