Assalamualaikum...
Hari Sabtu masa ambik injection Shein, kata Dr. Adrian after 2 weeks dah boleh bagi Shein solid food. Yay!!!! Tak sabarnya nak suapkan Shein makan. But seriously taktau where to start. Blur-blur ayam sekejap. Time nak bagi anak makan memang blur, tapi time diri sendiri nak makan tak pernah blur langsung. Haha.
Ok macam ni la Shein. Ini tradisi keluarga. Mama bagi Shein sambal air mata la eh? Haha. Tengok macam mana Shein tahan ker tak pedas. Boleh? **Nak mampos?
So! Acaneh ni wei? Any suggestion? Lagi banyak baca dalam internet lagi I pening. Mana yang bagus. Ada yang kata boleh terus bagi puree. Ada yang kata elok la campur kurma dalam susu and ada yang kata jangan bagi puree terus but start dengan bagi susu + nestum. Ada dah susu yang memang dalam dia ada nestum tu. Jenis Dugro. Tapi mau ker Shein? Selama ni dia memang minum Enfalec A+ and untuk lawaskan berak Novalec IT tu. Itu pon kalau minum Novalec cepat betul laparnya.
Shein sekali menyusu 4oz. Kalau bagi 5oz kang memang tak habes tapi kerap la jugak menyusu. Lagi la lately ni, sekejap dah lapar. Ada satu malam tu dia jaga sampai 4 kali nak susu. Masuk kali keempat I kata pada Sazli, pepandai la setel. Dah 4 kali berjaga sepanjang malam ni. Dengan pejam-pejam mata Si Sazli pon menepuk la anak dia lepas bagi susu tapi yang tidurnya dia. Bukan Shein. Haha.
12 Jun ni umur Shein cukup 6 bulan. Rasanya macam alaaaaaaaaaaaa sekejapnya dah enam bulan. Berat dia masa check up hari Sabtu haritu 8kg. Berat ok? Kalau dia buat perangai taknak naik stroller maka bila dukung Shein sama la macam dukung guni beras tu ha.
So please yer sayang's semua. Kalau sudi boleh la share pengalaman. Heeee. Kalau ada nak bagi resepi laaaaaaaaagi la bagus.
P/s : Cikgu-cikgu semua tunggu taw? Anytime soon I pos 'barang' yang dijanjikan. Lekas janji lapan kali kalau dapat jangan kata 'Hek eleh, ni jer ker???' Sebab dah bagitau awal, nothing much... Cuma rasa macam nak share jer :)
-EnD-
Shein Iskandar punya rambut dah nak tumbuh dah sikit. Setakat ni molek je tadek tompok-tompok taik unta. Mama saspen jer. Ikut rambut Mama ke or kenteng macam papa dia.
17 comments:
Okay janji cakap nak lagiiiii je!hahaha.i wufff u shein botak!
always start with pureee. never ever give nestum sbb ada gula dalam tu. short term ok. long term sebab tu ramai orang kena penyakit kencing manis sekarang ni. sbb pankreas dah start keje over dari kecik.
untuk first time bagi buah.lepas tu baru sayur.
bagi je puree buah dulu. awak beli PECKHAM PEAR. mesti PECKHAM pear yang singgit satu tu. steam kan dia. blend. tapis. baru bagi. satu sudu sehari dulu. lepas tu buat 2 kali. as he grow older.
increase amount of food pelan pelan.
bubur masa 7 bulan baru boleh bagi.
never ever add garam.
masuk group home solid food for your baby dekat facebook where u can learn a lot.
puree is the best
all the best.
1st bg puree. klau boleh say no to nestum or any can food. buat sendri lagi bagus and lagi berkhasiat. tak susah pun su.. u just stim kan buah or sayur like epal, brokoli, carrot, peas, bayam and other, then blend halus. pastu suapkan shein. tu je. balance yg u buat tu, u taruk dlm fridge. simpan mcm simpan ebm. nak bg makan, keluarkan, rendam air panas or cairkan. nak mudah u buat stok utk skali mkn. like letak dlm bekas kecik2 tu. klau tak habis mkn, tak rugi kan? puree tu mula2 ikut 4 days rule. nak tgk ada efect apa2 tak kat baby. klau u mula dgn epal, bagi epal 4 hari berturut2. utk 6 bulan pertama, sehari sekali pun dah cukup. dlm 1oz dlu. after 4 days, klau baby ok, means dia ok dgn epal. klau sembelit ke, kembong ke, cirit ke, ada allergik ke means buah tu xsesuai dgn dia. after 4 days tu, tukar buah lain pulak. klau ada menu baru, mcm tu lah cara. lepas dah lulus semua buah, klau nak campur2 pun blh. masuk 7m, blh start kasi bubur nasi dan upkan jumlah dia mkn. naikkan ke 2oz dan kasik mkn 2 kali sehari. penyediaan pun sama. tapi nasi xleh frozenkan la.. utk ayam daging ikan smua, masuk 8m blh start. pun sama caranya. ikan start after 10m. no sugar and salt added b4 2y. nak manis u buat puree kurma. but utk awal2, xperlu. susu bby pun tawar kan? ignore kan je kata2 org yg kesian bby mkn tawar. bby bukan pandai rasa lagi. gula and garam sgt xbagus di awal usia nih. dah msk setahun nnt, nak bg manis2 sket, taruk kurma je. nak masin, taruk ikan bilis. baby klau terlebih gual dr awal kang obes and aktif lebih. kat blog i pun ada sket2 cara penyediaan mknan bby. or u blh join group kat Fb, search HSFFYB.. situ ada smua benda pasal 1st solid food and menu2 utk baby. enjoy ur 1st solid food shein!
boleh jgk blaja skali first solid food for baby :) thanx
-wini-
Su,
pls check ur email ek.. kita dah emailkan the whole set compilation of baby food. file tu besar.. takut tak lepas..
first,bg puree buah.cthnya epal,pear,pisang.stim dlu then blend.penting,make 4 days rules utk tgk ada alergik atau tak.start 7 bulan baru bg bubur cmpur sayur atau protein.jgn bg instant food sbb mmg xda khasiat n bg kesan jangka panjang.slmt myuap shein yg comel.yeahhh..
nah untuk rujukan ko
http://nurmimy.blogspot.com/2012/07/pengenalan-pre-solid-food-fayel.html
http://nurmimy.blogspot.com/2012/09/fayel-solid-food-6-bulan-puree-memuree.html
petua yg berkesan takut anak bila tumbuh rambut baru xnk tompok2 atau org kata cukur bantal, alaskan bantal anak dgn tuala kecil atau apa2 kain. insyaallah rambut anak tumbuh cantik dan elok =) sy dah cuba for my baby, alhamdulillah..
nonoi : shein wuv u too cikgu nonoi. shein kata bak duit.
honey bedazzled : baiklah! no nestum no nestum. noted. tq yang
Azziah Nawawi : tenkiu. giler panjang tips bagi. terus potostet masuk dalam otak. tenkiu tenkiu
-wini- : tips ni sila bayar pada shein. hehe. gurau jer :p
asiha : dah cek! tq. giler banyak resepi. excited mcm biasa. nanges bila baca pon mcm biasa pulak. emak2 macam ni la. cembeng.padahal baca resepi jer kot?
nur zulya : tenkiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. baillah. puree jer tau?
mimy : ok mimy. tengs. semoga shein pon debab mcm fayel.
anon : kalau pakai bantal tu tp dia mmg dah balut ngan sarung bantal kira kain jugak ker apa?
su, doakan aku dpt baby soonest! amin..aku pon nak anak sendiri yg cute mcm shein nih =)
Post a Comment