Friday, May 17, 2013

Lunch dekat Yuzu dengan Filla & Peej Burhan

Assalamualaikum.

Kiter off la kejap cerita pasal kenduri kawen Shein sebab gambar yang semenggah I tak dapat lagi dari Si Arie. Nanti kalau dah ada gambar semua kiter cerita balik ye? Gini la Mak Pengantin eksaited anak bujang kawen kan? Kalau boleh nak tulis sampai Part 18. Haha..

Harini kiter ceriba bab makan pulak eh? I kan... Dah lama janji ngan Filla nak makan Japanese Food semenjak dari zaman Shein ngan Leecha takder sampaaaaaaaaaaai la semalam baru la tertunai. Kira la sendiri berapa tahun punya plan tu. Dari zaman si Filla popular-popular ayam sampai la sekarang dah artis pastu pakai handbag Prada. Sakit jer hati aku tengok handbag dia. Asyik tanya, eh beg ko ni lapan ribu kan? Pastu ditepis-tepisnya tangan aku. Haha. Malu kat oghang haih jakun dengan handbag orang.

I panggil si Filla ni mak tiri sebab dia kalau wee chat suara nak garang jer. Apa dia ingat aku ni Acih ke? 'Ko ingat! Datang sorang. Jangan bawak kawan'. Haha. Yer la yer la. Kata Filla dia bawak Peej Burhan. Mati la nak jumpa blogger popular ni. I segan ok? Kat rumah salin-salin baju sampai 4 kali punya la konon nak bagi cantik. tapi macam tu jugak pon. Sian sangat dengan diri sendiri.

Sampai jer kat KLCC Si Filla dah ada dengan Peej. Memula malu-malu jer dengan Peej. Tapi sekejap jer malunya. Biasanya perangai kepit-kepit ni memang tak bertahan lama sampai si Peej cakap, 'Wei, kenapa ko bagi aku jumpa perempuan macam ni?' Hahaha. Giler la borak dalam restoran macam kat kedai mamak. Ketawa berdekah-dekah pasal makan. Mula dari nak order sampai la makan, sampai order desert sampai la nak bayar. Ada jer yang tak puas hati.. 'Eh, aku air Rm 2, ko air manggo RM12, mana aci!' Haha.

Kira I otai sikit la makan kat restoran jepun ni. Memula waiter sampai I dah mintak Ocha. Hot. Dalam nada belagak. Pastu si Filla tak puas hati. Kata dia. 'Hei hei. Ko takyah nak gocha gocha la. Jangan nak bagi aku ternganga-nganga. Lekas nak makan apa ni!' Sekian la order pon nak bergaduh. I kan suka makan. Tengok gambar pastu baru tengok harga. Asal nampak mahal jer si Filla dengan Peej mesti bangkang. Bengakak jer hati. Last-last makan la bento.


Kitorang makan dekat Yuzu, KLCC. Si Peej makan Salmon Teriyaki Bento, si Filla makan Saba Shioyaki and I makan Chicken Teriyaki Bento. Yang kelakarnya kan? Masa dah habes makan. Si Filla ketuk-ketuk ais dalam bekas buluh plastik tu tanya ni apa ni? Boleh makan ker? Hahaha. Padahal tu tempat salmon sashimi nak bagi sejuk. Yang Peej pulak kata, 'Eh, naper aku tak makan pon yang tu'. Boleh? Selenga jer dua orang tu tapi kompiden tak ingat ok? Geram nak sekeh.

I dah lapar giler. Lapar sampai tahap nak nanges, pastu nak marah orang. Takder der nak chopstik bagai. Sudu garpu sudah. Si Filla ngan Peej belagak. Nak makan pakai chopstick jewwwww, kata restopran jepun? Tapi last-last give up. Asyikkkkkkkkkkkk la panggil waitress. Kejap kan nak itu, kejap kan nak ini. Kata dorang, service charge bayar maaaaa. Panggil jer. Total RM247.65 bayar RM250.00, pastu ada la balance RM2.35, kata Filla dah dah jangan nak tinggal balance tu, ambik semua. Cakap kuat-kuat. Mampos gelak. Hahaha.

Si Peej tu kelakar comel ok? Kitorang cakap la pasal haters dekat blog. Ada tak haters. Kata Peej mesti la ada haters. Tapi peduli apa dia.. Dia mana kisah kalau orang nak mengata dia tu kompiden ker apa. Pedulik apa. Nanges gelak time dia kata ada sorang anon ni komen, 'Eh, orang gemok pergi clubbing ker? Pastu dia jawab,  'Nape, orang gemok tak boleh pergi clubbing ker?' Hahahahaha. Bongok sangat!

Habes makan, I macam ada ruang lagi dalam perut. WALAUPUN dessert dah sorang satu. Tapi I mampu jer nak makan lagi. So lepak pulak dekat Apartment. Minum je sebab 2 2 tu dah tak larat nak makan. Cis! Sebab malu, kensel I nak order peach pavlova.

Oh. Gambar-gambar detail ada dalam blog si Filla. tengok la kat situ. Dia tu gigih jer amek gambar guna camera. I pulak amek guna camera phone jer. Kata Filla letak la kualiti gambar elok sikit dalam blog. Kasik readers puas hati. Kalau blog dia takper la. Trafic sehari nam juta. Blog cipisan macam ahkak ni ada ker orang nak baca? Pui!

Overall semalam memang most of the time dihabeskan dengan gelak. Semua nak bercakap ok? Serentak. Sampai taktau sapa yang nak dengar. Dah habes kalau semua pon nak bercakap sapa yang nak dengar kan? Sampai kena amek turn la. Ha dah. Aku dah cakap, turn ko pulak.

Si Filla plak kalau bercakap mana ada ending. Macam ni, 'Eh, ko tau? Dulu aku ingat lagi pernah makan kat MO ni masa mothers day'. Pastu diam. I dengan Peej dah ternganga-ngaga. So? Apa jadik??? Kata Filla. Tadek apa la. Itu jer aku nak cerita. Boleh?

Sekian. Next time kena repeat aktivity makan ni. Ajak la Si Elly sekali. Dia tu penakot sangat kat boss dia. Si Filla dah ajar tipu tapi dia takot. Haha. Pasni korang pulak pilih restoran. Mana-mana pon ok janji Halal. Si Filla ni bab makan apapa hal akan tanya. Dapat Halal Cert tak? Ada melayu tak makan? Kalau ada jom. Kalau tadek blah. WALAUPUN dah ada tanda halal tapi kalau takder orang Melayu dia was-was. Bagus sangat. Macam mak-mak sangat.

-EnD-

Us

11 comments:

Anonymous said...

semua blog blogger ni...sy suka bca...kk su..peej..kk filla..kk elly n kk di green apple..

Ibu Dhia Danial said...

kelakar setiap ayat sis ni.. haha

rina_mazlan said...

Wah seronokla. Jom makan ngan aku plak. Sudi ke? i tak glam pon. Tengok dari kejauhan je mampu. *nanges*

rina_mazlan said...

Jom makan ngan aku. Sudi ke? i tak glam. Tengok dari kejauhan je. *nanges*

Filla said...

kelasss.. sib baik ko ada.. kalau tak tebangang2 lah aku ngan peej mkn kat situ.. hahah

Haris Zuhaina said...

As Salam. Syioq nya .. lepas nih cho try seoul garden plk :)
Awat tak try rekemen kat abang fill kawan Sue yg single tuh... tithihihiih (ssaja ja cadang-mana tau... )

Chooyaya! said...

anon : tenkiu.. dorang tu semua hebat2. kaksu ni cuma blogger segan2 ayam jer.

Chooyaya! said...

ibu dhia danial : eh manada!!!! biasa2 jer... heeeeee

Chooyaya! said...

rina mazlan : jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!

Chooyaya! said...

filla : *libas rambut

Chooyaya! said...

haris zuhaina : amboi... sesambil jer kan??? haha. soul garden tak pernah try. sedap ker? dia mcm grill2 eh?