Tuesday, May 21, 2013

Makan?????

Mampos la sapa yang follow Instagram I kena tengok gambar siaran ulangan ni lagi. Haha. Eh. Silap. Lupa nak bagi salam!

Assalamualaikum!

Ha.... Sesapa yang follow Instagram tu diam-diam jer la eh? Layan jer la gambar-gambar yang I up ni. Tak kisah kan kalau ulang tayang macam ni? Sebab kiter memang macam ni. tengok gambar dalam album FB baru la fikir nak buat cerita apa. 

Iklan : Apa kwahaja cerita cupcake war ni hoi! Dah tetiba tingin nak makan cupcake of the month dekat Bisou KLCC. Apa entah nama dia eh? Blueberry cupcake with lemon frosting kot? Sedap! Harga? RM6 seketul. Cekik darah! I masa Syira nak bayar kat kaunter tu siap cakap kat cashier, 'I know its not your fault but seriously your boss need to think about designing new packaging since I never get a perfect cupcake with icing if I buy and bring back home. Mesti penyet. Pastu dok te-angguk-angguk la cashier tu. Nak cover, I cakap. Takper. Ni customer complaint. So you guys kena la improve. Sebab dah rasa bersalah kan? PADAHAL kapkek beli satu je pon. Pui!

Kan?

Dah. Tekak ni pulak kalau dah teringin mana boleh nak fokus dah. Kepala dok terbayang jer. Jangan malam ni jilat kepala Shein dah. Dah la kepala dia dah bau ketiak I tu ha. Orang sebok nak mengemas tak menyempat-nyempat nak mandi sebok la dia menyondol-nyondol ketiak sebab nak menetek. Sekian la ketiak emak engkau ni Shein kalau pagi bau la apple, dah memalam bau taik apple. Haha. Tapi Shein ok jer?? Wangi jer kan Shein?? Sheinnnnnn nak uwet!

Ok. Back to the topic. Rasanya minggu ni jer la yang free time weekend since 2 3 minggu lepas. Dengan nak mengundi la. Dengan kenduri kawen Shein la... So ada masa ni mula la tekak nak makan sedap jer. PADAHAL rasanya minggu lepas manjang makan sedap. Skali hari Ahad nak lagi tu makan sedap. Dalam kepala teringin nak makan carbonara banjir. The best carbonara of coz la dekat Delicious tapi sebab Si Nigella debab tu haritu sapa suruh pergi masak churos dah Kak Ton teringin. I tingat patblas tahun lepas pernah makan churos dekat Chinoz KLCC so I pon dah set. Churos Churos Churos.

Sazli main bola hari Sabtu tu. Pastu kata dia kaki injured. Hincut-hincut jalan acaneh nak bawak jalan kan? Pagi tu I tuntut kat dia, 'U, bawak I jalan lekas! I nak makan sedap'. Pastu kata Saz, 'Bubu gi la carik sapa-sapa teman sebab Papa sakit kaki ni. Nak jalan pon tak boleh ni' Pastu lepas cakap macam tu lagi teruk pulak aku tengok injured nyer. Drama. Shein. Dah besar jangan nak ikut drama Papa eh? Lelaki kot? Kental sikit.

I ajak Intan. Dengan Syira. Nebes ni sebab ni la first time keluar pergi mall dengan Shein and kawan-kawan. Sazli tadek. Hari Sabtu dah belajar macam mana nak fold stroller. So tadek masalah. I dah teror nak fold stroller yaw! Giler bangga dengan diri sendiri. Sebelum ni tengok Sazli buat macam mak aii cool giler pandai fold stroller. Cool cool! Sekali bila diri sendiri dah pandai buat alaaaaaaaaaaaaaa kacang mak enon! **Libas rambut cendawan.

Sampai-sampai jer kat KLCC Intan sebok nak tolak stroller. Tak dibaginya kiter sentuh langsung. Mangkali dia berangan jadik Victoria Bechkam kot? Lepas pergi MNG terusssssssss pergi ke Chinoz sebab Syira sikit lagi nak mampos kelaparan. Intan dah kenyang sebab makan roti dengan air soya (dia kata la. macam tak boleh caya jer makan roti seketul dah kenyang).

I makan spaghetti carbonara banjir. Seriously sedap! Setarap dengan Delicious. I kalau makan carbonara kena banjir. Kalau carbonara menopos (kering) I tak berapa suka. Ni ni. Tekak ni tak dapat nak terima. Syira makan ceaser salad with poached egg and beef nachos. Nachos sama sedap macam dekat Chilis. Intan makan BMT Sandwich. Tu pon dia makan separuh jer sebab dah kenyang. Semuaaaaaaaaaaa sedap! Since I ni jenis sweet tooth maka amek la eskrem as a dessert. Vanilla & Strawberry Gelato. Zedaaaap!


Bila makanan sampai. Tetiba Shein nak menyusu. TIME TU LA KAN? Pastu yang kata dah kenyang tu takder der nak offer susukan Shein ker apa. Buat bodo jer. Geram nak tunjal. kesudahannya carbonara I dah tak berapa banjir sangat dah. Shein pulak kalau menyusu memang menendang-nendang menyentan tak tentu pasal habes terjatuh botol susu. Pastu I mintak tolong adik waiter tu basuhkan puting susu. Skali punyala lama tunggu. Ooooo. Rupanya dia basuh dengan botol-botol susu skali T____T. Nasib I memang jenis bawak susu lebih. Nak kuar sekejap pon bawak sampai 5 kali punya bancuh susu. Takot anak Mama lapar.

Memang Bangladesh habes. Amek gambar dalam shopping complek. Mampos!

Ha... Ko mampu bawak stroller sambil pegang pipi macam Intan?

Outing kali ni berjaya habes! Shein takde la meragam ker apa. Elok jer duduk dalam stroller. Agak-agak dia ngantok, dia buat muka serius pastu terus tido. Dia dah bosan, mintak dukung. Tu jer. Ooooo baru I tau. Kalau baby dah 4 bulan or 5 bulan baru la boleh/senang dibawak keluar.

Tingat first time pergi KLCC bawak Shein. Sampai. Parking. Masuk Mothercare 5 minit. Balik. Makan tak apa tak. Dah la masa tu agak bongok. Habes semua angkut barang beg sebesar beg balik kampung. Siap selimut apa. Bila fikir balik. Mak ai. Bodo jugak aku dulu.

Sekarang? Sekarang sudah otai ma!

-EnD-

P/s: Ni entry buat malam tadi. Tetiba ngantok melantun-lantuk. So sambung tulis pagi ni.

2 comments:

A.L.I.N.A said...

Mmg pun..baby dh 4bln ke atas senang nk bwk kluar...beli je mainan..haa gigit ler mainan tu smpai belemoih..gelak sorg2.. Ni saya anak nomot 2 ni baru 3 bln..malas nk mkn luar..nk kluar shopping...mcm k.su la..x smpai 5 minit dh kluar sbb anak meragam...tuh baru yg kecik...yg besor ni ha..ragam cam lain plak...x dapat ape yg die nak..abih dia guling2 mop lantai haa...penin woooo....alih2 beli bungkus mkn lam kete..abih cite..

Chooyaya! said...

alina : kan???? kaksu dah teror dah mcm mana nak handle. so next time kalau ada second baby senang la sikit pasal dah ada pengalaman jaga shein. cuma kaksu nak request kat abg saz nak maid. senang sikit kerja mak dia. nah. bibik. ko jaga shen ngan adik dia. ibuk mau makan. gitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...