Wednesday, June 19, 2013

Happy 4th Anniversary!

Assalamualaikum.

Harini 19hb Jun 2013 genap 4 tahun I dah hidup bersama dengan Abang Sazli. Eeewww. Geli jer nak berabang-abang. Tinginnnnnn nak panggil, tapi bila panggil naik segala mala bulu kat badan. Pastu Sazli pulak suka nak nganjing-nganjing panggil I akak. Padahal tua setahun je punnnnnnnn. Janji I Nampak muda dari dia. Saper suruh simpan rambut panjang macam rockstar sangat. Dah Nampak sebaya ngan Ramli Sarip. Kan?
Mengimbau kenangan 4 tahun lepas. Alaaaaaa. Jangan kutuk plisssss. Biasa la kan? Time kawen la baru nak berangan posing macam ni T___T

Tahun ni syok la sikit anniversary sebab ada Shein Metayaaaaaang Mama. I perasan kan Shein tu dia macam nak geng ngan Sazli jer. Kalau Sazli lalu time dia tengah menyusu, mengekor jer mata dia tengok Sazli sampai habes dari pandangan dia. Kalau dia tengah main dengan Sazli and begelak ketawa dalam bilik nanti kalo I datang, dia pandang I macam nak kata, ‘Pegi sana la Mama, ni game orang lelaki jer. Pempuan tak boleh’.

Priceless. Metayang Mama. 

Haha. Kecik hati I. Pastu I ngadu kat Dyba kata Shein ngan Sazli pulaukan I kat rumah. Taknak main sama-sama. Shein tak sayang I. Kata Yatie, anak lelaki memang macam tu. Sebab dia sama-sama ada ‘bird’ macam Papa dia, so macam ada chemistry la. Gitu.

Time bila nak ngan Mama dia? Time nak tido and time sedih. Time bersukaria-ria tadek eh? Memang they tend to play and bergelak ketawa dengan Bapaknye. Sebab biasanya Bapak lebih suka layan main sebab kiter emak-emak kan bizi buat kerja kat rumah? Nak kemas umah, basuh baju lipat kain semua nak sediakan makan bagai. So mana ada masa sangat nak main ngan anak melainkan kalau ada bibik ah.

Kalo ada bibik senang. Nak lagi best ada bibik, driver, tukang masak, tukang jaga anak. Laaaagi best! **Banyak cantik muka ko kan?

I dok fikir, nanti kalau ada bibik cane kalau dia kemas umah tak mengikut spec I? Cane kalau dia sebenarnya jahat and dia sebenarnya tok bomoh? Paranoid kan? Sebab I plan (plan jer pon) Sok lusa kalau anak ada 2, memang kena pakai Bibik. Tak larat hoi nak setel semua menda kat umah dengan anak-anak lagi, pastu kiter ni career woman. Bekerja. Nanti penat sampai jatuh sakit. Kalau sakit nanti kiter semua tak happy and sapa nak jaga Shein dengan adik dia?

I memang respek la sapa-apa yang ada anak 2 3 orang tapi tadek pembantu. Semua pon buat sendiri. Terror kan? Sambil taip ni pon I geleng-geleng kepala tanda impressed. Perggghhh hebat!

Eh. Kiter kat mana tadi? Sebenarnya nak cerita pasal anniversary je pon. Yang merepek sampai ke Shein and sampai ke Bibik ni aperhal? Hahahaha.

-EnD-

Btw, im helping Aliah untuk jualkan Magic Bullet (Baby Bullet) set ni. Kata Lia, dia kirim beli dengan auntie dia kat Target, Illinois Chicago (amboi). New and original set. Tak pakai pon lagi. Sebab dia nak let go sebab dia sekarang guna Avent Blender Flip n Serve tu. Satu set ni for RM200.00. Kalau nak mintak discount ker, pegi bagitau dia sendiri. Email Lia dekat aliah[dot]ali85[at]gmail[dot]com


Gambar actual

1 comment:

Cikgu Norazimah said...

Happy anniversary ! betul tu kak su, Irfan pun mmg geng dengan ayah dia, cari mama bila nk nenen jer ! tak aci tul !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...