Tuesday, June 18, 2013

Kisah Angah Yang Menyayat Hati. Tabah Sayang... Kuat... Kami Doakan.

Assalamualaikum..

Mungkin ada yang pernah baca or tahu kisah Muhammad Amin Fahmi atau lebih mesra dengan nama Angah dalam keluarga dia. Anak kepada Encik Khairulnizam Mohd Noor dan Puan Siti Ashirah Zakaria. To be frank, I sendiri tak tau where to start untuk cerita pasal Angah. Sedih. Sebak. Kesian semua ada. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi teringat pada Angah.

Angah sekarang tengah struggle melawan sakit dia. Dia kena kanser darah. Sekarang tengah dirawat dekat PPUM and Doktor dah sahkan yang penyakit Angah ni dah tak boleh diubat lagi. Doktor suggest supaya bawak balik Angah ke rumah jer untuk buat dia happy selagi ada masa..

Tapi kuasa Allah kan? Angah masih lagi bertahan sampai la harini. Hari-hari I tunggu update dari Papa Angah pasal Angah. Tiap kali nak bukak wall Papa Angah sebelum baca apa yang Papa dia tulis, I pejam mata rapat-rapat. Tak sanggup nak baca kalau-kalau Angah masih sakit. Kesian sangat. Ada sekali Papa Angah update dekat FB bagitau Angah sakit dari pukul 8.00 malam sampai pukul 3.00 pagi. Punya sakit sampai usus Angah yang dekat luar tu menitis-nitis darah. Ya Allah….

Kesian Angah… Budak kecik umur 6 tahun kan? Diuji Allah dengan sakit yang macam tu.. Sedang Shein kembong pon I dah naik lemah urat berjalan macam tak pijak bumi bila Shein nanges teresak-resak inikan pulak Angah yang Doktor sendiri dah sahkan tidak boleh dirawat lagi.

Bayangkan apa perasan Mak Ayah Angah… Tabahnya mereka. They maybe look strong outside. Tapi dalam hati mereka siapa yang tau kan? Anak tu… Anak… Anak yang kiter nampak dengan mata sendiri melawan sakit. Punggong dah luka.. Badan dah kurus.. Tebuk sana sini. Nauzubillah… Tabahnya mereka… Kuatnya mereka…

Blast kanser Angah dah naik kepada 90% dari 74% masa hari pertama yang Doktor bagitau yang penyakit Angah dah tak boleh diubati. Sel-sel kanser dah menyerang habis tubuh Angah. To-date, as we can see dekat FB Angah, mata sebelah kanan dia pon dah membengkak. Kadang-kadang bila buat rawatan tukar darah, habis sembap badan dia. Kesiannya… Anak sekecil ini terpaksa menanggung rasa sakit yang maha hebat. In medical term – Angah dah tak boleh diselamatkan lagi. Dia boleh pergi bila-bila masa jer. Cuma keajaiban dengan izin Allah jer yang boleh menyembuhkan Angah.

Papa Angah sangat positif orangnya. Dia kata, yakin pada Allah. Jangan salahkan Allah Angah sakit macam ni. Dia percaya Allah ada better plan untuk Angah. Kuat kan dia…? Mampu ke kita untuk jadik sekuat tu? Tak pernah I baca kata-kata negative dari mereka berdua dekat FB. Usaha tetap mereka teruskan untuk mengubat Angah. Macam-macam. Mereka tak pernah putus asa.

Paling I tak tahan tengok video Angah mengerang tahan sakit… Menangis… Merintih… Tapi mulut tak lepas sebut Allah.. Allah… Didikan Ibu Bapa Angah. I kagum. Kagum pada Mak Ayah Angah and kagum pada Angah. Kuat semangat. Lagi Angah kuat lagi I rasa jatuh sayang pada dia.


Kalau diizinkan Allah, I teringin nak melawat Angah satu hari nanti. I akan carik one fine day untuk visit Angah. InsyaAllah….

Untuk Angah yang tidak pernah Ciksu kenali, bertabah sayang.. Kuat… Ok? Angah anak yang baik. Semua orang sayang pada Angah… Kami semua nak tengok Angah sihat kembali.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim… Kau berikanlah kekuatan pada Angah sekeluarga… Sembuhkan lah penyakit Angah… Kurangkan lah penderian si kecil ini Ya Allah… Sesungguhnya Engkau maha mengetahui, Maha Mengasihani… Amin….

Pada sesiapa yang nak tahu kisah yang lebih detail pasal Angah, anda boleh add FB Papa Angah dekat sini atau FB Mama Angah dekat sini.Sumbangan boleh dihulurkan pada keluarga Angah seperti detail dibawah.


Kalau tak boleh nak bagi sumbangan, doakan Angah pon dah mencukupi.. Tolong ye semua.. Kiter doakan Angah. Kiter mungkin tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kasih sayang sesame manusia tu kan tidak terbatas? Spread the love sayang.. Spread the love.

-EnD-

8 comments:

ina khairina said...

menitis air mata kak ton baca entry ni...selalu kalu naik gambaq angah kat fb,laju2 kak ton pejam mata....sbb x sanggup n x gamak nak tgok angah....Ya Allah,kau sembuhkan la angah...kau ringankan lah penderitaannya,kau berilah ketabahn pd angah n kedua ibu bapanya...

Mimy Hamid said...

sebak la...aku tak boleh ada citer gini mula la...tak boleh tido...sama la kita doakan AL Fatihah...doakan bersama kesembuhan Angah dan keluarga nya ..amin

Mooniqueen said...

ya allah sebak n sedih rasa time tgk pic angah skrg ni.. Moga angah terus kuat dan tabah mengharungi semua dugaan ini..

Anonymous said...

sebak dan sedih...menitis air mata...x pernah lagi komen kat sini...terpanggil untuk sama2 mendoakan adik ni semoga tabah dan dilindungi oleh Allah...cepat sembuh dan dikurangkan rasa sakit...kesian dia...

Lily Suriani said...

akak,
angah dah kembali kerahmatullah...sedeh yang teramat kak...:(

Lily Suriani said...

akak angah dah x de. lepas akak buat entry pasal angah sy selalu follow perkembangan angah tp skrg dia x da. dia dah pergi tinggalkan kita. thanks akak bg kesedaran kat sy yg ramai org perlukan bantuan kita even bukan dgn duit sekali pun...

Chooyaya! said...

lily suriani : akak tau angah dah takder. akak ada masa dia pergi. tak sempat nak tengok angah masa dia masih boleh bercakap tadi. sampai2 angah dah pengsan. sedih Ya Allah. dengan sesat bart padahal ppum tu bukan tak pernah pergi. tp kalau dah Allah kata takder rezeki tu... mmg tak dpt jgk jumpa. biarlah dia pergi. dari tersiksa hidup dia.. sedekahkan alfatihah jer untuk Angah yer?

Lily Suriani said...

ye selalu akan sedekhkan al-fatihah untuk dia. tu la kak. kira rezeki akak la tu.even x leh berckp dgn angah..akak tetap smpi n jumpa family dia. even dah kemana2 jln akak pergi x putus semngat langsung .proud with u sister...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...