Friday, June 21, 2013

Makaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Assalamualaikum.

I kan ada penyakit kalau terlalu kenyang nanti I sakit bahu. Ni la symptom ongtue. Tau tau. Takyah ingatkan kiter dah tua T______T Heeeee. Sebab kiter ongtue makanyaaaaaa………Nak uwet!

Sakit-sakit bahu bila kekenyangan maknanya apa? Dalam Google kata kalau kiter sakit bahu lepas makan maknanya kiter ada potensi nak kena sakit jantung. Mak. Seram. Makan banyak pon boleh jadik sakit jantung. Jangan nak memain ok? Pastu kalau kiter upload gambar dalam Instagram pon memang ada potensi nak kena sakit jantung jugak. Takot tak?

Tadi tengahari I dengan Intan, Dyba, Kaklong and Ira makan dekat Carlos Pavilion. Sekarang Pavilion memang port makan kalau hari Jumaat. Nak pergi KLCC memang la dekat dengan opis tapi nak carik parking bapak la susah. Bercinta ok? Dah la parking mahal. Pui!

Masa hari Khamis bebudak ni dah bincang, hari Jumaat nak makan kat mana. Kata bebudak ni, ‘Kaksu, jangan la mahal-mahal sangat. Hujung bulan ni’. Haha. Kesian giler. I kata takper. Esok kiter makan sharing. Jimat. Pastu air mintak air suam jer. Haha. Dah la semalam air suam makan kat Madam Lim JJ Setiawangsa tujoposen. Giler bapak mahal. Masa tengok bil air suam tujoposen terus I minum senapas jer. Sampai muntah air la. Muntah dalam mulut. Pastu telan balik. Euuwwww.

Ok. Sambung balik cerita pasal lunch tadi.

Sampai dekat Carlos, dah. Tadek maknanya nak share-share. Semua tamak. Siap order appetizer bagai. Ni la nafsu remaja zaman sekarang (????) Ada la set lunch. Spaghetti dengan soft drinks RM15.00, semua cebik. Tapaham la aku dengan bebudak ni. Smalam bukan main nak jimat la apa la. Skali menda dah ada depan mata semua jadik lain. Ini semua poyo!

Mampos melayan perangai sorang-sorang berangan. Intan la perangai makin menjadik-jadik sekarang ni. Berangan jer. Pembaca berita kiter, pembaca berita jugak la dia. Sebok jer.

I tadi makan Nachos jer. Tapi Nachos yang up sikit la. Ada beef, guacamole, sour cream, pickles dengan tomato salsa. Sebut pasal Nacho’s I teringat Kaklong. Dia ni confidence level boleh tahan jugak la (sama macam aku). Kata dia, ‘Dik, aritu masa aku makan kat Chili’s aku order chacos’. I was like, ‘Chachos? Menda tu?’ Kata Kaklong yang I biasa makan tu, ala yang kuah (kuah?) dia tomato salsa tu. Oooooo Nachos. Hahaha.

Ko order macam mana kak? Aku order macam ni, ‘Dik, bagi cachos’. Pastu muka macam belagak-belagak sikit la pasal order tak tengok menu bajet macam dah biasa makan la. Hahahaha. Pastu yang tukang amek order tu pon boleh diam jer. Mampos kalau aku yang jadik waiter. Mesti I dah gelak depan-depan WALAUPON SEMALAM ADA ANON BAGI KOMEN KATA SALAH EJA CAREER AS CARRIER TAPI MAK OK JER.

Lantak ah. Orang kompiden ni biasa hati dia tulus. Cececece.

Kalau cakap pasal haters ni sometime I ada la rasa macam down. Salah tulis sikit, mula komen kasar-kasar kata kiter ni bimbo perosak bahasa Mat Salih. Macam. Eh. Kalau dah tak pandai nak cakap bahasa omputih, diam jer la. Takyah cakap. So if u stupid, U remain stupid forever la. I tak kisah. I kompiden jer.

Kalau salah, tegur. Nak tunggu terror and kompiden buat satu-satu menda, sampai bila la ko duduk kat takok tu jer. Sama macam orang yang memula buat kek la. Ada sorang kastemer kata kek yang kiter buat rasa tak sedap macam getah sekerap, lepas tu tros parkinson taknak buat kek dah. Learn from mistake. Jalan jer mengepak dada. Tak kisah. Belajar. Tanam rasa kompidem dalam diri InsyaAllah tak kena buli.

Orang nak gelakkan? Lantak la. Dengki mendengki ni memang ada jerk at mana-mana. Macam I la. Dengki tengok muka Ira kemain licin sekarang. Padahal guna sabun collagen harga RM5.00 jer pon. **Nanti lain entry kiter citer pasal sabun collagen yang Ira guna ni. Bak duit tolong promote barang. Haha.

Sambung lagi sikit.

Yang nak menegur pon satu hal. Menegur bahasa dah la kasar. Siap nak down kan lagi orang yang buat silap tu. For what? Rasa macam satu kepuasan ke buat orang yang ditegur tu down? Puas hati? Nah amek KLCC pacak depan rumah.

Ok dah. Mampos. Tadi padahal nak citer pasal makan jer terus membebel macam-macam. Sebabnya semalam ada readers komen kata Kaksu kenapa entry pendek sangat. Tak puas baca. Maka harini nah kau! Puas? Haha.

Okla. Bye. Selamat berhujung minggu.

-EnD-


Dari atas, Nachos, Virgin Margarita, Fettuchini Carbonara, Spaghetti Seafood and Potato Skin. Carlos Pavilion. Afordable. Sesuai la untuk golongan marhain nak makan untuk rasa up-up sikit. Haha. 

Lima orang. Sumbat satu kereta. 

P/s: Yang pasal kalau upload gambar makanan dalam instagram tu simpton sakit jantung tu…. Acah Mak Enon! Haha

5 comments:

norasiahnasir said...

hahahaha giless la..

kompiden aku baca sebab hati aku tulus..kuang..kuag..kuang..

Mooniqueen said...

terus rasa laparrrrrrrrrr.. kesian makyong ni...jahat tau tayang pic makanan time petg2 yg hening ni...

eda said...

kasu , chacos tu tak lemau ke dh letak bagai2 ?

eh pjgnye .. lenguh rahang baca tau hahahahahahahahhahahahahahahahaaaaaaaaaaaaahahahahahhahahahahahahhahahahah

wiwiwiiwi ~~~

aziekz said...

Seronoknya..jamu selera ngan kkwan..semua sedap 2.....


Btw....cute je muka tu pkai tdung cmtu...cam student U lg ;-)

Anonymous said...

I ԁo not eνen κnoω how I ended up here, but I thought this
ρoѕt was good. I don't know who you are but certainly you're going tо a fаmouѕ blοgger if you aren't already ;) Cheers!

Also visit my blog - hcg bellevue