Monday, June 24, 2013

Alfatihah Untuk Angah

Assalamualaikum...

Jom semua, kiter sedekahkan Al-Fathah untuk Arwah Angah.. Semoga Ahli Syurga ini tenang dan damai disana. Biarlah Angah pergi dari dia terseksa melawan sakit.. Niat hati I untuk melawat Angah Allah makbulkan. Cuma I tak sempat nak tengok Angah bercakap sebab masa I sampai dengan Ira dekat PPUM, Angah dah tak sedar. I lewat dalam 2-3 minit jer :(

Kalau dah kata takder rezeki I nak bercakap dengan Angah, maka tak dapat la. PPUM tu padahal bukan tak biasa pergi. I ikut Federal Highway. Patut naik flyover lalu Angkasapuri tapi I pergi terussss sampai Sunway. Hebat giler. Lepas tol, I buat u-turn masuk Bangsar terus. Pastu mengong lalu BSC I pergi masuk Jalan Tun Razak balik. Elok dah masuk Jalan Tun Razak, dah naik flyover lalu depan Angkasapuri, pempuan bengong yang stress sampai lengoh belakang ni pergi terus naik flyover yang kedua T___T

Hebat tak hebat, lalu la balik Jalan Bangsar. Astaghfirullah. Biasa memang buta jalan. Benak sikit. Kali ni super duper benak. Lewat 2-3 minit jer. Kalau tak, sempat I tengok Angah waktu dia masih sedar. Dah la nak parking satu hal punya payah... Ya Allah...

Elok masuk bilik, ada ramai nurse tengah kerumun Angah and mesin jantung dia tu makin lama makin turun angka dia and lepas dalam semenet nurse bagitau Angah dah takder. Sedih sebak nafas rasa tersekat-sekat dekat dada. Lagi pulak tengok Mama Angah menangis. Wanita tabah tu menangis sekejap jer... Dalam 10 minit lepas dia calm, dia call sanak-saudara (I agak) Bagitau Angah dah takder dia sempat pesan, jangan nangis.. Angah pesan jangan nanges... Dah. I pulak yang sedih giler.

Menggigil rasa badan and Ira sapu-sapu gosok belakang I. Bila Papa Angah nak betulkan kedudukan Angah, and nampak susuk tubuh Angah, Ira pulak nanges teresak-esak. Perut Angah dah kembung. Sebab hati dia dah bengkak. Kaki tangan dia kurus sangat... Kesian Angah...

Lepas 5 menet doktor datang sahkan Angah dah takder. Lepas tu nurse datang untuk bersihkan Angah. And I pon salam peluk Mama Angah and longlai keluar bilik Angah.

Terima Kasih Allah untuk kesempatan ini. Terima Kasih Ira sebab teman Kaksu tengok Angah untuk kali pertama dan terakhir. Terima Kasih Watie Shaharin sebab selalu update pasal Angah... Damailah di sana sayangku. Kau bukan sesiapa dalam hidupku. Kau bukan orang yang pernah aku kenali tapi demi Allah, Kau dekat dihati....

Innalillah hi wa inna ilai hirojiun....

-EnD-


8 comments:

eda said...

alfatihah .. nanges org ... sabar kasu .. Allah uji kasu .. ade hikmah kot yg Dia tanak kasu tgk ...kita doa ye byk2 ...

yatiyahya said...

al fatihah utk angah.....untung mama angah ada anak yg confirm masuk syurga....dan bantu dia kat akhirat nanti....

Mimy Hamid said...

AlFatihah buat angah....anak syurga

UsmiCollection said...

Al-Fatihah buat Arwah Angah... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman... Kepada Keluarga arwah takziah dari saya sekeluarga.. semoga tabah menghadapi hari yang akan datang tanpa insan di sayangi disisi. Kepada Choyaya... terima kasih menjadi insan perihatin....

Pn Usmi Hikma said...

Al-Fatihah buat Arwah Angah... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman... Kepada Keluarga arwah takziah dari saya sekeluarga.. semoga tabah menghadapi hari yang akan datang tanpa insan di sayangi disisi. Kepada Choyaya... terima kasih menjadi insan perihatin....

Pn Usmi Hikma said...

Al-Fatihah buat Arwah Angah... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman... Kepada Keluarga arwah takziah dari saya sekeluarga.. semoga tabah menghadapi hari yang akan datang tanpa insan di sayangi disisi. Kepada Choyaya... terima kasih menjadi insan perihatin....

qhaleesaasyiqin said...

Salam,

Kak Su kenal Angah ? AL-Fatihah

qhaleesaasyiqin said...

Assalamualaikum

Kak Su kenal Angah ? Al-Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...