Assalamualaikum…
Pagi tadi time dalam jem, time tu laaaaaaaaaaaa yang perut sakit nak berak tak boleh nak tahan-tahan dah. Segala mala bulu dekat badan naik tegak mencanak 180 darjah tak hengat punya. I usap-usap perut sambil memujuk taik. ‘bertahan sayang, bertahan sikit jer lagi nak sampai opis’. Naik lift muka dah berkerut habes naik sengal-sengal satu badan. Ha. Rasakan! Makan la lagi sambal air mata cendawan dari bukak sampai ke sahur. Gini la jadiknya. Pahadan muhuker!
Tak cukup dengan sambal air mata cendawan, I test power pulak Cili Padi Jeruk. Beli dekat Jaya Jusco AU kelmarin. Ya Allah. Musnah ranap usus dikerjakan den tuan tanah yang becinta habes dengan cili padi ni. Jangan ditiru rejim pemakanan kejam I ni eh? Sumpah I serik tak dapat bayangkan macam mana la kalau tetiba cirit dalam keter ker? Dah. Satu hal pulak nak samak snow white. Dah la bukan leather seat. Haha.
Buruk jugak eh kalau ongtue berak dalam seluar. Eeee. Pengotor!
Oklah. Pagi-pagi ni I nak persembahkan menu berbuka hari kelmarin. Kelmarin punya makan harini baru up. Haha. Sazli la tingin nak makan cendawan goreng tepung cicah sambal kicap. Ni la ketama kali I masak semenjak dari puasa pertama + semenjak dari mengandungkan Shein. Hebat tak hebat dapur I berhenti berkhidmat setahun lebih. Bangga I.
Ni la cili padi jeruk. I beli kat JJ Au. Dekat section Japanese Food. Melampau. Tak sedar diri makanan ongkampong sebok nak duduk kat section up-up. Haha.
Yer la. Time mengandung I mabok teruk. Mana boleh masak. Dah bersalin ada anak, I tak pandai lagi nak adjust time. Ada shein kan? Kerjanya nak mengadap dia jer. Maka hari-hari makan bungkus jer. Kalau dah muak makan bungkus kitorang makan kaki sendiri jer. Sebab nak kuar malas, nak order malas. Dah. Makan kaki jer senang. Tapi tu la. Tak kenyang.
Kalau-kalau ada yang nak tau macam mana nak buat 3 hidangan POYO ni. I bagi jer la eh resepi? Fe-feeling chef. Baiklah semua. Sudah sediakan pen dan kertas? Ok. Salin yer resepi ni. Jangan lupa cuba sendiri dirumah. #inisemuapoyo!
Resepi Pertama. Sambal air mata cendawan
Tumbuk cili padi barang 10 bijik. Terpulang la mengikut kadar kepedasan yang anda nak. Kalau nak sambal air mata bubuh la 10 bijik, kalau sambal air mata berdarah 15 bijik. Kalau sambal air mata sebak (tak dan nak kuar air mata) bubuh la 5 bijik jer. Haha. Tumbuk dengan 4 ulas bawang kecik, seulas bawang putih. Tumbuk tumbuk tumbuk kalau boleh biar sampai jiran sebelah tau kiter tengah masak.
Pastu bila dah lumat. Masukkan ikan bilis barang segenggam. Basuh dulu la ikan bilis tu kasik dia lembut. Lepas tu masukkan serai. Tumbuk sekali tapi jangan la sampai lumat. Tumbuk-tumbuk manja jewwwww.
Lepas tu panaskan minyak. Banyak minyak agak-agak aaaa sendiri. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan gula 18 bijik. Haha. Pastu masukkan cube ikan bilis sekerat (optional) or ajinomoto and garam secukup rasa. Biar kan garing sikit. Pastu masukkan cendawan yang dah dibasuh. Lepas basuh tu perah tau? Bagi kuar semua air sebab cendawan kan absorb air. Pastu masukkan air asam jawa. Biarkan seketika. Bila nak masak tu baru masukkan hirisan bawang besar. SIAP!
Resepi kedua. Cendawan Goreng Tepung.
Basuh cendawan. Perah bagi keluar air. Bancuh tepung tempura dengan air sejuk dari peti ais. Dah tak payah susah-susah nak masukkan garam tok nenet semua sebab tepung tempura tu dah complete. Pastu ambik cendawan tu, gaul je sekali semua dengan tepung-tepung tu. Panaskan minyak and goreng. Hasilnya? Sedap lazat rangup and tak la banyak minyak sangat. Sesuai untuk ibu-ibu yang ada anak satu pastu nak diet konon taknak makan berminyak. (aku la tu)
Resepi ketiga. Sambal Kicap Mencret.
Kenapa mencret? Sebab kalau makan kompem cirit macam I pagi tadi. Haha. Ambik lima belas bijik lada kecik, tumbuk sekali dengan seulas bawang putih and sesudu besar gula. Gula kena banyak. Jangan pelik. Pastu dah lumat, masukkan kicap kipas udang merah. Ok? Baru sedap. Kalau kicap jenama lain tak sedap. Pastu kan, ambik la air gaul-gaul dalam lesung batu tu. Pastu masukkan dalam sambal kicap tadi. Ambik limau nipis or limau kasturi or kalau nak up sikit macam I, I guna lemon. Perahkan dalam sambal kicap tadi. Sedia dihidang.
Sambal kicap ni jugak sedap kalau makan dengan mee sup, soto semua. Mampos. Telan air liur I bayangkan cendawan goreng tepung cicah sambal kicap mencret ni. Haha.
Selamat mencuba!
-EnD-
P/s : Untuk Alfieeeee and Ira. Terima kasih sebab mencuba resepi bongok ni. Hahaha. Ada jugak tu yang terliur setakat makanan simple macam ni. Terharu Mak Jemah. Hahahaha
6 comments:
Sambal mencret?jawa sangat!haha
oi aku nak sambal besi dik....manooooo!!! (yut tumpang komen) ;p
Dibsy nonoi : kata nama bapak sulatin? haha
Gergeous Spunky : ABANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG NAK UWEEETTTTTT
ehemmm..ehemm...silent reader je selama ni, okeyh balik ni nak try cendawan goreng tu..hehehehe ( mcm tau2 je yg iolls mmg teringin nak makan cendawan goreng,pastu nak masak sendiri,pastu x tau nak guna tepung apa..hahahahahhahaa
kak su, smbal air mata yg mjadi siulan kipas susah mati kak su tu, resepi nye same jgk ek? i nk teraiiiii...hehe
Post a Comment