Monday, July 8, 2013

Shein. Nak Uwet !

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik tak sangka yang Shein is almost 7 months dah pon... Berat dah nak sama dengan sekampit beras 10 kilo. Makan makin lama makin banyak. Nak pakai pampers pon dah puas nak kena tangkap and kalau duduk atas katil dah boleh golek-golek and I kena kepung dengan bantal keliling dah. Macam tu. Kalau merajuk pon suara Shein dah kemain jerit kepit Awie Amy Search semua keluar and dah pandai tendang-tendang kaki dia tu tanda protes. Haha. Ngek Shein. Thats all U can do? 

Sekejap jer rasa kan?

I rasa macam tak sangka yang I boleh sayang manusia yang sebanyak ini. Sebanyak I sayang dan cinta Shein Iskandar. Dunia. Banyak tu. Dulu ingat dah paling sayang emak, ayah, suami. Tapi ni macam dah masuk kategori lain punya sayang. Macam rasa kalau dia takde. Tak boleh nak hidup :) I rasa semua emak akan rasa macam ni kan? Jadik bagaimana kalau ada 2 anak? Akan adakah anak favorite atau sayang anak ini lebih dari sayang anak itu?

Talking about sayang dan membahagi kasih sayang ni. I teringat dulu ada seorang lelaki senior yang ada scandal yang I pernah tanya dia. Kenapa eh lelaki yang dah berkahwin ni boleh ada scandal? Pulak tu dia boleh sayang and care scandal dia macam bercinta sedangkan dekat rumah dia ada anak and isteri. Perfect. Isteri baik. Anak bijak. Keluarga sempurna. Gaji yang banyak. Hidup yang baik. Silap siapa? Isteri ker?

Kata dia bukan silap sesiapa. Isteri dia memang teramat baik and almost perfect but lelaki ni kalau bab membahagi kasih sayang amat la pandai sebab itu Allah kata lelaki boleh kawen 4 kalau dia mampu dari semua segi. Sebab kalau dia sayang perempuan A banyak 600 juta, perempuan B pon dia boleh sayang dalam amount yang sama. Tak lebih, tak kurang.Macam tu. 

Paham ker tak ni? Tak paham sudah. 

Sajer peramah nak cerita pasal berbahagi kasih sayang kot-kot la Shein nak beradik lepas ni. I tak boleh nak bayang macam mana I sayang adik dia pulak sebab cinta sayang pada Shein sekarang macam entah eh? Lepas kalau ada anak 2 3 adakah perasaan yang sama kiter akan rasa pada anak-anak yang lain?

Emak yang ada 2 3 4  orang anak sila share. Macam mana. Sebab kalau ikut Dr. Ravi I dah boleh mengandung dah ni tahun depan. I kan dah tak remaja. I tak boleh nak tunggu lama sebab rasa macam kelakar jugak kalau nanti dah tua pencen baru la sebok nak antar anak pergi sekolah. Nanti orang tanya, Eh antar cucu ker? Tanak la macam tu kan? Haha.

Tapi best la ko adik-adik Shein. Dapat nenek vouge pakai BMW Z4 sport, handbag Prada hari-hari tukar. *libas rambut. Haha.

I sekarang bagi Shein pakai pampers Huggies yang zap-zap tu. I ingat bila dah habes pampers yang ada dalam stok skarang ni, I nak bagi dia pakai pampers yang sarung tu jer. Sebab tak larat la nak tangkap Shein nak pakaikan dia pampers. Kalau time dia mamai ok la. Sebab budak tu sekarang tengah kemaruk nak meniarap. I pon tak sangka I boleh sabar senyum jer time nak tangkap Shein sebab dulu masa dengan anak-anak buah, keluar dah suara bapok jantan I jeritkan dorang. See? Kuasa anak yang mampu ubah emak yang  sedara dengan singa sehingga menjadik sebegini penyabar. **gelung atas kepala and trus tumbuh kepak. 

Apa pampers sarung yang bagus eh? I ada dengar kawan I cerita yang kalau pampers sarung ni kiter macam susah sikit nak cherk pampers dah lencun ker tak. Sebab jenis kalau nak bukak, kena koyak tepi terus kan? So susah sikit nak check unless kalau ada pampers yang jenis ada tanda merah ke atau tanda merah kedip-kedip macam ultraman dah nak abes power untuk bagitau time to change pampers. Ada ker? Tadek kan?

Susu? Oooo. Shein still menyusu Enfalec A+. Seminggu setin besar. Habes. Setel. So sebulan 4 tin. Tadek pulak nampak pengurangan susu walaupon Shein dah start makan solid food. I tak pernah pon cuba tukar ke susu lain. Cuma I akan bagi 1 or 2 serving Novalec IT untuk bagi Shein lancar berak. Perrrghhhhh cakap pasal tahik Shein, Perggh perghhh perggghhhhh. Bau betik masam wwwwooooooooooooooooooooooo.

Ok. Dah. Habes cerita pasal Shein. Mampos la semenjak ada Shein ni dah tadek cerita lain dah. Harap semua tak jemu la eh? Now jom kiter tengo gambar-gambar Shein pulak.


Tengok la kaki Shein dah runjau terkeluar dari landasan dah pon. Sajer mengada harini nak guna Maxicosi lagi padahal Shein dah boleh guna stroller yang betul-betul dah tu. I suka la stroller Shein ni. Quinny Moode. Tapi ada jugak rasa macam nak ada 2 stroller. Stokke pon ok and satu lagi yang Origami tu pon hebat jugak. Kalau dapat achieve target jual tudung bulan ni, bulan depan boleh la beli stroller lagi satu. So semua lekas beli tudung banyak-banyak dekat Pink Daisy Collection untuk mencapaikan impian I memiliki 2 stroller. Haha.


Shein kan? Kalau keluar pergi mall, kata la kiter tak ready nak angkat dia lagi sebab kenyang baru lepas makan ke apa jangan nak acah-acah tangan macam nak angkat sebab once dah angkat nanti dia dah taknak dah kalau kiter letak balik. Nanti dia menjerit kuat giler. Malu kat orang. Lepas tu stroller pon jadik trolley. Bagus. Ni gambar semalam. Sian Papa. Kenyang-kenyang terus kena dukung Shein. Apa lagi, meleleh air mata tahan muntah sebab pressure dekat perut. Haha, Maknanya apa tu?


Oh. Shein punya habit lupa nak cerita. I tak bagi Shein puting tau? Sebabnya I pernah bagi dulu masa dia umur 3 bulan. Tapi each time puting jatuh, I nak kena masukkan balik dalam mulut dia. Tadek kerja aku. Sekarang ni dia iap ibu jari. Kalau dia nanges I yang amek jari dia and sumbatkan ajer. Pastu diam la. Dia hisap jari macam layan jer. Kalau kiter tarik jari dia, memang menjerit la. Kekadang pagi I tengok sampai naik kecut jari dia. Takper ker eh?

Ada orang cakap kalau anak isap puting nanti jongang la, gigi senget la. Betul ker? Macam mana nak bagi Shein tak hisap hari dia? Ke sebenarnya takper jer? I rasa nanti lama-lama dia akan berenti la kot hisap jari. Skali hisap jari sampai umur 16 tahun. Mampos. Haha.

Okla. Sekian cerita untuk harini. Lain kali cerita lagi pasal Shein, Boleh?

-EnD-

9 comments:

Anonymous said...

kak...bpe org ank pun kt ada xkn berkurg syg kita pd ank yg lain..kasih syg kita seluas2 lautn..sy ada 2 ank both llaki,yg ke2 agk istwa tp cinta kasih...syg sy pd mereka x berbeza pun...
lg 1 jgn bg shein isap jr la..ank sulung sy dh 4 thun msh isap jari n gg dia mmg agk kedepn...wlpn ktrunn xde yg jongang...kihkih..

Unknown said...

bongokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk, isap jari smp 16 thn, wakakakaka..terus rasa nk kencing smbil gelak!

mush said...

hehhee, sama je perasaan kat semua anak, saya pon dah tiga baru je dpt baby 4 bulan, tapi bertambah sayang pd yg kecik la sbb maybe dia baby lagi, klu abang n akak dia tu dh besor, dh pndai nk berdikari, tapi bab beli pakaian n kasut etc, kna main wayang sket, sebab klu kuar nmpak baju yg girl tapi tak beli kat abang kna la sorok2 dri abang cmtu, klu tak abang muncung smpi boleh ikat, heheheh

cik ketenangan said...

akak,adik sy pon hisap jari masa dia kecik dulu..tapi dia berhenti lps ada orang ejek dia gigi jongang..haha.sekarang nie gigi dia xde la jongang sngt,tp x blh nak tutup mulut rapat la..haha

Anonymous said...

salam.. hai..rasenya jgn bagi shein isap jari. better u belikan puting tapii kena beli puting yg betul tuk elak jongang.. beli puting yg panjang, n klau yg berbentuk pon pilih yg panjang. sbb ape, yg pendek sedap diisap, klau yg panjang, kurang sikit, so dia akan hisap puting bila nk tido jer.. bygkan same mcm isap ibu jari , dia rase sedap n ibu jari kan pendek .. so seronok la dia menghisap.. mmg terbukti isap jari boleh jongang.. x ensem nti shein..huhu *ika*

Noorshella Jaapar said...

salam kak su

errmmm klu boleh elakla dr sekarang sbb aku ada anak buah yg skrg umur dia da 15thn tp masi isap jari, bila kitaorg tegur dia blh pula amik towel isap jari sembunyi2, klu tyme dia khayal tgk tv, baca buku tau tgh exam jari konpom dlm mulut n worse gigi dia mmg jongang da tp ada hati mau jd mcm ppuan k-pop @_@

Anonymous said...

Kalau nak bagi shein puting bagi yang orthodentic punya. Yang jenis leper tu. Avent, MAM. Yang saya tahu lah.

Kalau pampers pakai yang sarung tu susah! Asyik bocor je. Pakai yang biasa jugak senang.

doll said...

anak sulung mmg ditatang laa kan..tp bila dapat anak yang seterusnya, kasih sayang dari hari pertama dapat anak sulung tu akan melekat teguh sampai bila2..kalau takde anak yang sulung, takde laa anak yang seterusnya...

kalau dah beranak ramai tu kita akan sayang anak2 despite kelebihan dan kekurangannya..kasih ibu membawa ke syurga..cuma kadang2 cara menunjukkan kasih sayang berbeza2 antara ibu2..

Chooyaya! said...

tenkiu semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa