Friday, July 19, 2013

Shein Yang Boroi

 Assalamualaikum

I baru jer balik dari KLCC. Memula ingat nak beli kasut raya tapi sekian terima kasih. Semua beli barang Shein jer. Macam tu la bila dah ada anak. Priority semua pada Shein. I ni, sehelai baju raya, kasut raya semuaaaaaaaaaaaa tadek lagi. Dan tak pulak gelabah nak beli ker apa. Rilek jer. And I pulak bukan jenis yang plan tahun ni nak boria baju raya ke apa. 

Ada, pakai. Tadek diam. Tapi tadek diam tu akan berubah kurang 2 3 hari nak raya. Baru la gelabah sebok nak berbaju raya jugak. Itu la jadik hasil beli baju raya, pakai sekali jer. Pastu dah tak sanggup nak pakai sebab macam setaraf baju Ramlah Ram dalam Juara Lagu yang dia nyanyi Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu tu. Pakai masa kat kedai dah lawa sangat dah, sekali pakai pagi raya… T___T Yang beli tak pakai pon ada. Setendet ah perangai pempuan. Mesti ada punya la beli baju pastu tak pakai. Kan? 

Actually I ada la rasa ketar-ketar jubor ni ha nak buat sedondon dengan Sazli and Shein tapi mengenangkan Sazli tak suka pakai baju melayu maka terkubur impian. Dia jenis pelik sikit, hari raya nak pakai kurta dengan kopiah. I pulak suka kalau orang lelaki pakai baju melayu and songkok. Terkubur la impian. Selamat tinggal baju melayu...

I rasa mungkin last minute nanti I akan carik baju melayu Shein sama kaler dengan mana-mana baju I la kot? Sazli takper. Dia tak minat takyah paksa. Taknak pakai baju melayu? Sudahhhhhhhhhhhhhhh… Janji dapat handbag Prada birthday nanti (hint). Haha.

Ok dah. Kiter cerita bab Shein lagi pulak eh?

Shein kannnnnnnnnnnnn? I rasa dia dah nak tumbuh gigi la. Dia dah start gatal gusi. Semua menda nak bawak masuk dalam mulut dia. I saspen jugak bila tengok dia crancky, tido nak berpelukan macam bechenta sangat. Ni muka I ni, kena sentiasa jerk at pipi dia. Tak boleh alih ok? Nanti merengek jer. Baby kalau nak tumbuh gigi dia akan demam kan?

Risau la. Cane la nak face waktu Shein demam crancky sebab nak tumbuh gigi ni eh? I dulu ada terbaca kalau baby nak tumbuh gigi bagi grip water. Tapi setau I grip water tu bukan ker untuk baby kembong? Ke macam mana?

Please mama-mama yang dah face waktu anak nak tumbuh gigi, mintak share experience.

And lagi satu, sekarang ni kalau I bagi Shein makan kan, dia macam tak kenyang la. Dah boleh ker kalau sekarang ni I buat bubur nasik and masukkan ayam dalam tu? Sebab so far I tadek bagi makan haiwan ayam or daging pada shein. Semua sayur-sayuran jer. 


Boroi!

Tengok jer la perut dia ni. Boroiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Penuh dengan susu! Bangun pagi memang berat lencun pampers dia. Ni mau banjir kalau perah ni. Ok la Tu jer nak cerita. Sesambil baca pasal Shein jangan sesekali melupakan Pink Daisy Collection. I ada half moon yang corak tau? Nanti I upload masuk dalam page.

Sekian terima kasih. Nak uweeeet!!

-EnD-

7 comments:

Liza said...

Sis, I dah bg my lil'Zayyan Amsyar makan solid food. Selain Heinz, i tapaukan bubur kat babysitter. Mula2 dulu i buat bubur + ikan bilis + sayur bayam..buat byk2 then simpan dlm freeze. Smlm i buat plak bubur+ikan+brokoli. Tapi pastikan blend halus mulus. sedapp je si kecik makan. Abg pun tumpang sekaki. Elok gak si abg makan sbb dlm tu ada sayur..dia xtau..hihi..sbbnyer dia mmg xsuker sayur mcm papa dia!kikiki

Sufi Al-Arshadiy said...

Buat tak tau je kaksu...standard ah budak2 nk tumbuh gg demam. Sbb standard so buat tak tau je...control temp dah. Dia nak nenen kasi. Dia nak dukung,dukung..3,4 hari dah pecah gusi elok balik...hehe..

lina said...

kak su, anak i sebaya sein. dah tumbuh 6 gigi terus tapi tak demam pulak. cuma asyiklah merengek. bagi teether untuk dia kurang rasa gatal gusi tu. dah ada pengalaman ni, baru tau yang tak semestinya baby demam kalau tumbuh gigi.

tapi sekarang dia duk geser-geser gigi dia pulak. huhu..

Jan@Afzan said...

Cuba Su try bagi bubur nasi, blend halus. Jan rasa shein takde masalah penghadaman kan? So, leh bagi dia bubur+ikanbilis+carrot ke? bubur+sayurbayam+ayam..alah, Su tengok je mana2 resepi untuk baby.

Anak Jan ada masalah, so dia takleh terima lagi yang daging2. Utk moment ni, Jan bagi bubur+carrot.. bubur+bayam.. Bubur+ikanbilis pun ada gak buat.. Dia jadi vegetarian atas nasihat doktor.

huhu.. memang muncit perut shein!

Jan@Afzan said...

oh anak Jan tak mau sgt heinz tuh.. even biskut milna@farley rusk pun takleh, allergic...huhu.

semalam ada beli epal..igt nak buat kasik dia puree epal.. gigih ler nak rajin masak utk anak..padahal, malas nak masak sebelum ni..

Anonymous said...

kak su..

Silalah bagi bubur nasi plus ayam or ikan.. ikan sgt bagus tinggi DHA..

saya selalu buat bubur nasi+sayur+ ikan/ayam
ikan tenggiri, ikan merah, salmon tu kalau boleh jgn dulu sebab ikan jenis2 tu ada merkuri.. bagi ikan patin pun boleh.. hewhew

anak saya 5 bulan dah tumbuh gigi, skang setahun dah ada 12 batang.. pantas tu yang tak jalan lagi tu..

kalau demam monitor jer... kalau temp tinggi tu bahaya.. tapi biasa demam tumbuh gigi ni badan dedor2 jer tak la demam teruk sgt..

Budak Jengka 14

tenku butang said...

comeynyeee! geram tengok muka diaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...