Thursday, July 18, 2013

Sambal AIr Mata Ayam

Assalamualaikum.

Sejak dari puasa pertama sampai la harini, sekeping pon gambar juadah berbuka I tadek amek. Orang lain sahur siap makan masak lemak udang gemok bagai (kak tini). Noi siap masak nasik tomato. Filla dengan Elly takyah cakap la. Gigih belaka-belaka.

I? Tadek. Haritu pergi Max Value, I beli jer roti burger, daging burger 8 pack, milo 3 in 1. Pastu beli ikan bilis dengan cili burung nak buat sambal air mata. Udah. Suami I kan sahur makan burger jer (bagos). Sebulan puasa, sebulan la dia makan burger time sahur. Burger pulak tadek eh nak fancy-fancy mayo-mayo bagai. Timun, cheese, tomato, tapir, mentibang laut semua tadek.  Burger, sos cili lapan titis, kapit ngan roti burger. Ha. Makan! Hahahahaha.

Sazli memang tak makan nasik time sahur, kata dia nanti mulut pahit. I kata mulut rasa kuda. Bagus suami. Bagus. Kelmarin, time I goreng burger boleh terlelap atas sofa. Sedar-sedar asap dah penuh dalam umah. Burger hangit. Makanya time tu dah pukul 5 suku, mana nak sempat kalau nak buat lain. Sazli kata, ‘Takper Bubu, kiter makan roti dengan butter jer. Sedap jugak’. I pulak rasa sebak and kesian pada dia. And satu hal pulak member nak kena pujuk I. Sebab I rasa bersalah muka dah masam jer. 

Sahur memang daif sangat masa tu. Macam. Ya Allah. Melarat sungguh hidup aku ni. Hahaha. Hanbag nak Prada jer. Orang lain sahur macam-macam menda ko pulak roti dengan butter jer. Sedih giler. Haha.

Sebabnya I sepanjang bulan puasa ni memang berbuka kat rumah In-Law. Balik kerja, kemas apa yang patut kat rumah. Air jerang sesiap, katil Shein dah ready untuk dia tido. Kambing-kambing Shein I dah siap lepakkan atas tikar dia tu pendek kata balik dari rumah In-Law terus ready nak tidokan Shein jer. Itu pasal la memang dah tadek makanan lain unless kalau Mak kirim makanan masa kitorang nak balik. Biasanya memang tak bermakan la. Letak dalam peti ais seminggu, lepas tu buang.

Dalam peti ais I tu ada murtabak, bergedil, mee rebus, lengkong, tauhu sumbat *U name it. Semua ada. Tapi sengaja nak buat cerita sedih sahur ngan roti jer. Haha.

Sebab I jenis bukak puasa, makan nasik. Lepas tu memang tadek dah nak ngulang makan ke apa. Takder. Maknanya kalau nak makan, semua time berbuka tu la. Sazli jenis berbuka dengan kuih. Lepas maghrib baru makan mee ker apa. Pastu lepas trawikh bantai lagi makan. Ada banyak peringkat. I tadek. Sekali tu jer la. Sebab tu seboleh-bolehnya I nak makan nasik time berbuka sebab kata la kalau I makan kuih or mee jer, maknanya itu jer la yang I makan. Yang lain tunggu sahur. Takpon tunggu esok jer.

Ni ha dah masuk sahur yang ke sembilan, I kunyah burger tu ada la sepuluh kali. Sampai hancur, sulam dengan air nak bagi telan. Dah tadek selera dah nak makan. Nak makan lain tak selera. Nak makan sambal air mata hari-hari mau buasir bunga keluar ni karang. Haha. Acaneh?

Namun begitu (amboi bahasa), I nak share jugak respi Sambal Air Mata Ayam untuk tatapan semua. Resepi dengan gambar copypaste yang tahun 2011 punya. Haha. Mampos. Ala. Kasik can la I nak fe-feeling mak-mak yang sebok nak masak time berbuka.

Mempersembahkan!! Jeng jeng jeng!!!


Sambal Air Mata Ayam!!
Ni resepi Sambal Air Mata Ayam.

Ok. Tumbuk halia, cili padi, bawang merah, bawang putih. Pastu tumis... Jangan masukkan air.. Nanti dia berair plak. Pastu masukkan garam, setitik kicap manis, sekeping asam keeping (atau air asam jawa). Mana-mana la yang U oll suka. Takde orang marah pon.  Next masukkan 10 bijik gula.. Pastu masukkan lada hijau belah empat ni, dengan bawang besar. Bila dah layu-layu manja, masukkan ayam goreng. Siap!

Makan hari-hari macam ni pon takpa. Tapi tu la. Tak larat nak kejambans sebab kalau time puasa perut I memang tak berapa tahan sangat kalau nak makan pedas. Belagak sikit. Padahal ongkampung jer. Ngada tak boleh makan pedas la apa la. Pui!

Ok. Sekian resepi hebat. Jangan lupa cuba tawwwwww???

-EnD-

5 comments:

Jojet said...

bapak sedapppppppppp! yg gini la tekak sy cari dikala mkn ngn nasik pepanas!

Chooyaya! said...

kaaaan??????????????????????????????????????????????????????????????? jojet

missalongwani said...

HAHAAHAHHA...TP MAKAN ASAM PEDAS KAK SU SEMALAM LAGI BEST..HAHAHAHHAAHA!!!

Anonymous said...

sedapnyeeeeeeeeeeee..tapi husband i xmakan pedas..nak masak masa die otstesyen.kihkihkih

Haris Zuhaina said...

AS Salam Sue.. Rajin lah kiranya tuh.. siap bt western lagi..
I n Hubby sahur .. plk milo+quaker oat+air kosong500ml, klu rajin baru makan kurma sulam aiq kosong... huhhu, kekadang aiq milo tuh sejuk gedi :P
Yg penting KERJASAMA.. tak dak makna nya nak rasa serba salah bagai ni.. kusut.. take it easy okay...
Chilll :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...