Assalamualaikum..
Bila fikir pasal mati yang kiter
taktau entah esok entah lusa buat I terfikir. Takper. Maafkan jer la sesapa
yang pernah buat kiter sedih atau buat kiter marah. Tapi bila fikir balik side
lain buat I rasa frust jugak. Frust dengan manusia hipokrit, yang dengki
mendengki and yang busuk hati semua ni. Frust. Hari ni dah maafkan. Dah heart
to heart talk. Esok lusa buat lagi.
Membazir air liur, membazir air
mata.
Bila jadik satu-satu hal,
dikatanya kiter tak let go. Tak move on. Padahal sapa yang carik pasal balik?
Hipokrit satu hal. Depan baik belakang mengata. Baik yang amat-amat baik ni. Tapi sapa tau belakang kiter dia mengutuk tak ingat? Menyampai. Menokok tambah. Tambah garam sana sikit, sini sikit bagi cerita nampak lagi best.
Mengutuk fizikal satu hal. Tak
cukup mengutuk pasal personality, dikutuk pulak pasal fizikal. Macam cantik la.
Perasan la. Peha berlaga la. U name it. Tak cukup mengata sesame geng dibubuh
pulak dekat FB. Bagi semua orang tau kalau boleh. Lagi ramai tau, lagi ramai
benci, lagiiii bagus…
Menghasut supaya orang lain benci
kiter satu hal. Tak cukup dengan dia tak suka kiter, dihasutnya supaya orang
lain pon benci kiter. Asal ada orang baru kenal, tak menyempat-nyempat suruh si
polan-si polan benci kiter. Jangan approve dekat FB. Jangan kawan. Jangan
tegur. Jangan kuar sama. Lagi ramai join group benci kiter lagi rasa berkuasa. Sama
macam motto JDT la. Luaskan kuasamu! Pui!
Buat cerita yang tak betul pasal
kiter satu hal. Cerita yang betul ditutup,. Cerita yang tak betul ditokok
tambah. Biar nampak dia jer yang teraniaya. Kiter ni pembuli. Biar semua orang
kesian dia. Biar semua orang benci kiter. Yang baik dia. Yang jahat kiter.
Dengki mendengki satu hal. Asal
tengok kiter ada dapat lebih mula la cebik, jeling. Buruk sangka. Fitnah sana
sini. Solat dah jaga. Tapi bab mengata mengumpat menghasut tak pulak berhenti.
Macam mana?
Tak boleh ker kalau kiter nak
happy for each other. Terima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Tak
payah la nak sakit hati dengan apa yang orang lain ada and belajar la
bersyukur. Rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Terima la dengan lapang
dada.
Sedih.
Bagi I. Kawan baik kena stand for
one to another. Kena tau the value of friendship. Jangan sesekali back-stab.
Ada yang kecik hati? Confess. Jangan diam, jangan assume. Bagitau apa yang
terbuku sebab kalau assume tak sudah sampai bila pon tak habes.
I pon dah muak dah. Menda-menda
macam ni I ingat wujud time sekolah jer dulu. Ini masing-masing dah berbulu
pooooooon ada jugak tu term ‘wei, jangan kawan dia’. Boleh? Dah banyak kali dah
orang bagitau dekat I macam ni. ’Oooo, tak sangak rupanya Kaksu ni ok. Biasa
dengar cerita Kaksu sombong. Belagak. T_____T
Kenal la dulu. Baru nilai
sendiri.
Jangan nak membenci tanpa sebab.
Tak baik macam tu. Tak pasal-pasal dapat
dosa kering. Henti-hentikanlah untuk meluaskan empayar tu. Cukup ok? Really.U
have to know where to stop.
Ni dah nak raya ni. Suppose kiter
kena bermaaf-maafan. I dah macam tadek hati dah pon. Sebab dah dua tiga kali I
ikhlas memaafkan. Tapi jadiiii balik. Dah taktau dah macam mana nak ikhlas. Dah
tepu dah. Macam air garam la. Bila larutkan dalam air and dah sampai ketumpatan
yang garam dah tak boleh larut. Macam tu la I rasa sekarang ni.
Pastu. Semalam I dengar pengaduan
dari sorang Pakcik kat opis ni. Kata dia nak beli kuih raya yang Huda jual tu.
Sebab nampak lawa and cantik jer. Bila tanya dia kenapa tak order awal-awal.
Kan Su dah letak form kt meja tu. Pastu kata dia, ‘Ada Makcik-Makcik tu cakap,
jangan order jangan order’. Ya Allah. Kenapa la yang sampai nak busuk hati
macam tu?
Itu Makcik-makcik tau? Dah nak
pencen pon. Boleh lagi buat perangai macam tu.
Kalau dah taknak beli, kenapa nak
hasut orang lain supaya jangan beli jugak. Tak baik macam tu Makcik. Kesian
dekat Huda :(
Takper Huda, rezeki ko kurang dekat sini, kat tempat lain banyak lagi ada kan?
Allah ada… :)
Oklah. Tu jer yang I nak cerita
and luahkan pagi ni.
Bila fikir-fikir balik, semua ni
jadik ada sebab. Mungkin I pon ada buat silap yang I sendiri tak nampak and tak
sedar. Takper. I akan cuba muhasabah diri balik. Baik buruknya kiter ni, bukan
manusia yang nilai. Allah. DIA tau semuanya apa yang ada dalam hati kiter.
Wassalam
-EnD-
Last but not least. Untuk Chua Boon Huat (National Hockey Player) RIP. Sebenarnya entry ni keluar asalnya sebab Chua Boon Huat ni la. Baru petang semalam I cerita pasal dia dekat Ira and tup-tup pagi ni I baca pasal dia meninggal sebab accident.
Kesian kan?
Hari ni bergelak ketawa dengan kawan-kawan, dengan family. Tup-tup esok dah takder. Meninggal sebab accident. Tak sakit apa tetiba mati jer. Kan? Sungguh. Soal mati ni memang tak boleh nak jangka.
Untuk family Chua Boon Huat, takziah diucapkan.
Chua Boon Huat. Forever U'll be missed
5 comments:
Babe,
Mendalam betul entry ko kali ni.. so sapa makan cili.. sila rasa pedas..klu tak rasa pedas gak.. gi telan clorox.. ish..makcik makcik mana yg siap hasut org jgn beli kuih dr Huda tu.. Eeeee i hecthu makcik..Btl kata ko su..rezeki Huda makin murah lepas ni.. buat makcik makcik, bawak2 lah muhasabah diri.. cermin diri plish...
#peacenowar
@WatieShaharin
aku tak kisah langsung kalau org tu tak suka aku & dia mmg tunjuk mmg tak suka aku (tak kisah la buat muka ke jauhkan diri ke whatever la). sekurang2nya aku tau dia mmg tak suka aku so aku boleh jauhkan diri drpd dia.
tapi aku cukup nyampah org yg depan aku kemain baik serupa bff kekdahnya. tapi kat blkg kutuk aku serupa aku ni penghuni neraka kelas plg bwh. duri dlm daging camni aku lebih takut kalau ada dpn aku. sgt2 talam 2 muka.
kalau budak2 tu okay lagi..ni dah pangkat makcik dah tuuu..bawak2lah mengucap makcik oii...
insappp terus kasu ...
ibarat garam dlm air ... bagus neh .. pinjam yeee hheheeh ...
mulut ngn hati org kasu ... susah nak kontrol ... pekakkan telinga keras kan hati je la kan ...
to makcik2 loser tu : makcik , kubur say hi2 .. umah say bye2 ...
i sooo feel you su..sob sob sob..hati mmg betul ikhlas nk maafkan..tapi benda tu akan berulang dan berulang dan terus berulang..sampai terberanak awal la ai sbbkan talam 2 muka ni..sedih tapi side positifnya kita kena sedar mesti ada reason y depa2 yang tercabut screw ni xsuka kita..maka bertabahlah je la jawapannya..
Post a Comment