Monday, August 5, 2013

Resepi Sardin Masak Lemak Cili Api Terangkat

Assalamualaikum.

Baiklah. Tanpa membuang masa sila la sediakan pen dan kertas untuk menyalin resepi hebak lazat hensem memikat hati ini. SARDIN MASAK LEMAK CILI PADI! Jangan pandang sardin I ni sebelah mata eh? Elok I up je gambar ni dekat FB tros Fouziah Gous whatsapp mintak resepi. **Libas rambut. Tu nak impress tunang dia dengan sardin pulak la tu. Haha.

I sampai sekarang bodek Poja mintak resepi sambal tumis dia yang sedap enak lazat tu dia taknak share. Dia mintak I resepi burito simple I, siap masuk Ketuk-ketuk Ramadhan takper pulak. Dunia ni memang tak adil. Yang gemok ditindas, yang cantik disanjung. Eh. Hahaha.

Sebab Sardin Masak Lemak Cili Padi I ni la yang Mimie tertewas, Yatie menangis serta Ira, Intan & Dyba menyumpah seranah I. Sabar sabar... Ni ahkak nak share la resepi ni. Tinggal malas/rajin jer. Kalau rajin, dapat makan Sardin Masak Lemak Cili Api. Kalau malas dapat makan kaki. Pilih la.

Macam Intan tu, I saspek dia makan kaki jer la. Tapi tak jugak eh? Sebab baru kejap tadi dia share gambar dalam whatsapp group. Dia buat lempeng. Tadi masa tengah hari I dah nak lelap, boleh dia tanya resepi nak buat lempeng dengan sardin ni. Hangeeen jer I.

Baiklah. Panjang pulak celoteh. Mari kiter teruskan dengan resepi.

Bahan-bahan & Cara Membuatnya

1. Kunyit hidup, garam (Tumbuk dulu. Bila dah lumat halus mulus) baaru masukkan cili padi. Tumbuk-tumbuk tumbuk macam biasa biar jiran sebelah dengar dan tau kiter masak. OK?

2. Bila dah lumat macam inai, baru masukkan bawang merah. Sukatan dan kuantiti agak-agak jer la. Kunyit tu  besar setakuk jari kelingking. Bawang dalam 2 ulas. Lada kecik kalau nak buasir bubuh la dalam segenggam. Ikut tahap kepedasan yang anda mau. Paham?

3. Pastu tumis sekejap. I suka tumis sebab I nak buang maung bawang tu. Kalau tak suka, boleh terus masukkan santan terus. Tapi kalau nak ikut  cara I, tumis sekejap. Agak-agak bawang dah garing manja, masukkan santan sekaligus dengan kentang.

4. Biar sampai kentang empuk baru la masukkan sardin dengan kuah-kuah dia sekali. Ok? Masukkan semuaaaaaaaaaaa. Pastu perasakan la dengan garam, ajinomoto (optional) dan jugak asam keping.

5. Last skali masukkan la tomato. Menda lain kalau nak letak macam serai titik ker, daun kunyit ker, cendawan butang ker, atau apapa la yang nak masukkan ikut suka hati. Nak sedap, guna la sardin cap tiga ayam. Paham?

Sedia dihidangkan. Kekadang makananan simple macam ni pun kalau seselali dapat maka syorrrrgaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sekian, selamat mencuba!




Sardin Masak Lemak Cili Api

3 comments:

Anna Dayana said...

saya da cuba.. tak menyesal.. anda bila lagi..
*kak su bak duit raya.. dah promote baik ni..

eda said...

hahahaha mmg truely pahang-rian neh kasu ...
abah eda pun msk lemak cili padi ayam hutan ke ayam bandar ke gini ... smpai la eda pun terikut ..
wan ke mak ke mmg masak nye cara gini huhu ...
i loveeee lesung batu sbb nk tumbuk bahan2 tu smpai jd mcm inai .. kepuasaan tau dpt jd mcm inai huhu ....

tp nape la sardin mahal kannn ..... dulu bukan sardin tu utk org miskin keee .. tp nape la mahal kannn ....

penah tak jumpe sardin msk lemak neh letak keladi ?

chuya - the mother of A's said...

Dah buat.. memang terbaik..