Tuesday, August 20, 2013

Selamat Hari Raya (Yang Terpaling Lewat Nak Wish) Haha

Assalamualaikum.....

Selamat Hari Raya! 

Macam biasa la, bila dah lama tak buat entry baru, roh nak menulis macam tadek sangat. Tapi ni kang kalau dah naik syeh hari-hari pon akan update. Hamek la semua orang muntah I asyik cerita pasal Shein macamkan I sorang jer yang ada anak kan? Orang sekarang semua dah update pasal pergi Open House, I pulak baru jer nak cakap Selamat Hari Raya. Haha.

Raya untuk I macam biasa akan raya dekat KL dulu. Siap semayang raya semua, kitorang gerak ke Ampang rumah Tok and lepas tu baru la gerak balik Jengka. Pahang. Tapi tahun ni I tak pergi pon solat sunat hari raya sebab kan ada Shein? I menyiapkan dia hensem-hensem pakai baju melayu tunggu Sazli, Mak and Bapak sampai rumah untuk acara bersalam-salaman (Acara favorite sebab nanti I dapat duit banyak. Haha. Walaupun dah tua, duit raya tetap kena kasik eh?)

I mandi dulu, pastu pakai baju Bibik balik sebab alamatnya kalau dah bercantik-cantik, by the time Shein dah hensem I dah huru-hara. Ko giler? Sekarang ni kalau nak menyiapkan Shein, tak sah kalau ketiak tak berlendir! Nak mengejar dia satu hal. Nak pakai pampers pon rasa macam hazab sangat. Cakap jer apa I tak jadik? Cikgu, Doktor, Monyet, Ayam. Semuaaa dah jadik. Sebab nak bagi Shein duduk diam behave.

Kata Sazli masa dekat Masjid Kampong Melayu Ampang ada jumpa dengan Yatt Hamzah. Kenal tak? Sekarang ni dia dah ada butik sendiri. Suci by Yatt dekat Medan Mara sana kalau tak silap. Dah lama giler I tak jumpa dia but selalu keep in touch dekat telefon jer.

I sampai ke Jengka agak lewat sebabnya ada accident dekat hiway, ada kereta terbakar. Tak pepasal jem dari Gombak sampai la nak dekat Tol Karak. Hangeeennn jer satu badan. Dah la kat jalan raya penuh dengan bangsa lain. Kata Sazli, sebok orang nak beraya sebok la dorang nak kuar KL jugak. Dah jem. Tak sedar kot agaknya kalau time raya orang lain, kiter Melayu pon sama naik nak cuti lama-lama. Haha. Mampos. Sazli ni memang kekadang ada la racist sikit. Kecuali kalau jumpa Bai-Bai Pakistan sebabkan dia ada keturunan Pakistan sebelah Bapak? Sekapal. So kalau jumpa Pakistan dia tak racist la.

I dok kat Jengka lama, dari Khamis sampai hari Isnin. Isnin balik KL jalan tak jem. Memang nikmat. Balik jer KL, hari Selasa dah bawak Shein pergi jumpa Dr. Adrian sebab dia selsema tak habis-habis. I ingat kata Dr. Adrian, kalau Shein batuk or selsema, mandikan dia jirus jer kepala sebab biar hingus dia semua keluar. So, I ikut la apa dia cakap. Tapi masa pergi rumah Aliah, dia naik hysteria tengok I mandikan Shein petang tu basah kepala. Kata dia sebab tu la yang buat Baby selsema tak habes-habes.

So, since Sabtu, I dah tak basahkan kepala Shein bila mandi petang and Al-hamdulillah sekarang ni selsema dia dah kurang. Adelia Sofea anak Dyba pulak, kalau mandi petang basah kepala, selsema dia kurang. Shein pulak lain. So every baby is different. Itu tugas kiter emak-emak untuk study. Paham?

Haaaa. Kan aku dah kata, PADAHAL tadi nak cerita pasal raya, ko tengok sekarang macam mana Shein dah buat pada I. Semua menda is all about him. Sheeeeeiinnnnnnnnnnnnnnnnn nak uwet!

Oh btw, I dah buatkan Shein simpanan dalam Tabung Haji (Sazli yang buat sebenarnya). So, from now onward kalau sapa bagi duit kat Shein InsyaAllah lah akan selamat. Maknaynya sapa yang bagi sebelum ni, status dia memang kurang selamat la. Haha.

I nak tanya Mommies yang dah isi duit dalam SSPN. Macam mana konsep dia eh? Kata Sazli, kalau masuk dalam SSPN dah susah nak bawak kaluar. Pastu SSPN ni ada dividen ker tak eh? Mana yang bagus untuk simpan duit anak-anak bagi mengelakkan Mak topap duit anak untuk beli Hanbag Prada? Haha.

Ok. Back to cerita raya, ni koleksi gambar Hari raya I. Mana yang ada jer la eh? Tengok jer. Jangan banyak komplen. Okbai!

-EnD-



Kata Sazli, dia tak suka baju raya boria. Kalau nak sama kaler takper. Baiklah. Dah cukup baik dia nak pakai kaler sama. Haha.

Tengok la ni. Mak Pak muka gembira. Muka Shein macam boring jer... Haha. Pasal I kata koleksi gambar raya tu lain kali jer la. Lembap internet melantun-lantun. Geram pulak aku.


14 comments:

eda said...

cantekkkkkknyeeeeeee ..pokok tu .. hehehe ~~~

NenetPenne (NP) said...

stuju with sazli..i pun tak suka pakai baju raya boria2 nih..hahahaha...

Anonymous said...

akak mana beli kopiah saiz shein tu? kite cari kat anak kite sume saiz apaknye :(

Chooyaya! said...

anon : kaksu beli kt kedai buku ampang park, tingkat dua. rm15n jerrrrrr

Chooyaya! said...

nenetpenne : i suka tapi :(

Chooyaya! said...

eda : dowannnnn fweeeennnnnnnnnnnnnnnn

cik ketenangan said...

selamat hari raya kak sue:)

Haris Zuhaina said...

As Salam
Selamat Hari Raya Semua.
Maaf Zahir & Batin.
Sue, anak n mak dua2 kaki tak dak:P

mummy raisha said...

alamak baru masukkan duit raya anak dlm SSPN.. susah nak kuar balik ke? sy pun tak faham la nak kene study lg nih..
kalau sy prefer tabung haji ngn asb utk anak, dividen pun byk kan.. cume SSPN ngn acc lain tu buat standby je

mummy raisha said...

alamak baru masuk duit raya anak dlm SSPN, ade dgr cite gak kate susah nk kuar balik ntahla tak faham pulak..
tp kalau sy prefer tabung haji ngn asb sbb dividen byk.. SSPN ngn acc lain tu buat standy je

Xyra said...
This comment has been removed by the author.
Xyra said...

I tak simpan dlm SSPN..I simpan dlm ASD...Amanah Saham Didik...every year ada dividen...6.5% mcm tu...ok la kan sapa nak bagi :)

Anonymous said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kak mas sefamily. sue..tgk kat gambar tu...mak apak yang happy tapi tgk shein - dek je muka dia...hee geram nak gigit je..

sharika lincoln said...

Su tabung haji tu ok kot....kalu sspn tu aku rasa mmg btl susah nak keluar sebab kwn aku pon ckp cm tu duit dia susah nk keluarkan....ASD...huh nk survey lah cm menarik lak....so far aku buat join ac je trustee ac....lg satu insuran ko dh amik ker...nasihat aku time dia kecik2 ni lah best time utk start semua tu....