Assalamualaikum.
Hari Selasa tu I bawak Shein
pergi jumpa Dr. Adrian sebab selsema dia yang tak habes-habes yang I ada cerita
dalam previous entry tu kan? Sebab Shein kecik lagi, so dia tak digalakkan
untuk ambik any medication la. Selagi boleh elak, maka kena elakkan. Untuk
clearkan hingus dia, Dr. Adrian bagi Iliadin.
The result is so-so. Sebab nak
pakai tu pon kena dalam tempoh 5 hari jer. Kan yang I ada cakap dalam previous
entry jugak pasal kalau baby selsema, mandi petang or malam tak payah basahkan
kepala dia. So, untuk Shein, mandi malam tak basah kepala tu berkesan. (Thank
you Lia). Ada la sikit-sikit hingus dia tapi tadek la macam hujan mencurah di malam
hari. Gitu.
Pastu, dalam hari Khamis. I
bangun tidur nak pergi kerja tengok lengan and muka Shein ada la dalam 40 lebih
kesan merah. I dah saspen. Ini kena gigit/rogol ngamuk ker apa ni? Well. Macam
biasa, paranoid call la klinik. Kata Dr. Adrian, kalau nyamuk, dia takkan gigit
sebanyak tu. Probably itu maybe allergic to something. Kata la kalau kena gigit
nyamuk, 2 3 hari kesan tu akan hilang. Takper. Bawak jer Shein datang klinik if
nak makesure semuanya ok.
Pandai pulak Shein ni buat muka seposhen konon nak tayang la muka dengan lengan kesan kena gigit nyamuk tu.
Petang tu I amek Shein dekat
nursery and tengok kesan merah tu masih ada and merah dia pon macam kesian
sangat anak Mama neh! Shein? Ok jer. Gembira seperti dihari raya macam biasa. He
such a happy boy. Tapi Sazli kata, bawak jer la pergi klinik just to makesure
everything is ok plus ada yang kesan kena gigit tu macam besar lain macam and
ada air sikit-sikit.
I saspect kena chicken pox.
Takper. Kiter tengok apa kata Dr. Adrian later on.
So on Friday I pon bawak la Shein
pergi sana. Kata Dr. Adrian, itu bukan chicken pox. Sebab kalau chicken pox
biasanya dia akan serang badan, bontot dulu, baaaru la naik kat muka. Plus,
nampaknya kesan tu cuma dekat muka and lengan. So dia kata, nyamuk takkan gigit
banyak ni. Unless Mama ternak nyamuk dalam bilik la (Dang! Gurau kasar nampak)
Haha.
Kata dia, ini bukan chicken pox.
Tapi bila Sazli kata, ‘ok la kalau macam tu boleh la letak Shein dekat nursery’.
Pastu dia macam ‘eh, ada banyak tak baby lain kat situ? Papa cuti la. Jaga
Shein’. Sebab I bagitau I kerja. Pastu kata dia, takpon Shein tinggal sini la
dengan I. Tiap kali bawak Shein, mesti dia suruh tinggal. Haha. Kata dia anak
dia paling kecik pon dah 10 tahun. Yang paling besar 18 tahun. Dia suka baby
kecik-kecik macam ni.
Shein pulak kalau dengan Dr.
Adrian boleh tahan la perangai. Sampai-sampai jer dah mintak dukung. Sebok nak
makan lengan, makan meja, makan kertas semua. Ngada jer Shein. Maybe dia ingat
kot masa memula dia nampak dunia jer, dia nampak muka Dr. Adrian dengan Dr.
Ravi dulu. Haha.
I really recommended to any
mommies out there untuk bawak your babies to see Dr. Adrian. Sebab dia baaaaik
sangat. In-case kalau ada yang taktau. Nama klinik Dr. Adrian is Chan And Goh
Child Health Clinic dekat Tingkat 7, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Lia
bawak Altaav jumpa Dr. Patrick Chan (Dorang partner) poonnnnnnnnnn baik jugak.
Dia very detail. Kata la ada patient dia kena admit on Saturday and Sunday, dia
akan datang jugak visit. Baik kan? Sebab biasanya Doktor tak datang hospital
untuk ward round on weekend.
Shein and Altavv. baby Lia. Caption gambar number 1, 'Altaav, U jangan ngorat Emma Maembong ok? Dia I punya!'
So back to Shein. Dr. Adrian bagi
dia ubat allergic. I saspek dia allergic pada sabun yang I bagi dia pakai sekarang
ni. Sebab ngada masa pergi Anakku nak beli cotton buds, I nampak ada shower gel
baby gambar Mickey Mouse kaler pink. So I ambik and guna pada Shein. Bau
wongggiiiiii. Sebab sebelum ni Shein guna Buds tu.
Masa hari Sabtu, balik dari rumah
Lia, tak menyempat sampai rumah Shein dah tido dengan gembira. Tak sadar-sadar
dah. So I pon tidokan dia, and baring kat sebelah. Sazli pulak pergi open house
rumah jiran sebelah ni. Tetiba dia call bagitau kakak jiran tu nak datang rumah
hantar char kway teow.. Baiknyaaaaaaaaaaaaaaaa. I pon terpaksa la bangun untuk
pakai baju. Sebab pakaian I masa tu dah setarap dengan cerita BayWatch.
Wiwiwiwi.
Bila I bukak lampu jer. I tengok
kat lengan, kepala and muka Shein ada macam hitam-hitam. Bila masa pulak Shein
ada tahik lalat Saripah Aini? Bila I dekat I tengok nyamukkkkkkkkkkkkkkkkk. Dah
gemok merah dah semua. I tempeleng nyamuk tu. Dua ekor mampos. Sekor pengsan
sebab memula lepas I tampar tu dia terbang. Lepas tu dia jatuh sendiri.
Pengsan. Padan muka. Terus I penyet sambil maki-maki. Bodoh bodoh. Kenapa gigit
Shein? Kenapa taknak gigit I jer?
The rest dah lepas. Aaarghhhhh
bengang giler! Padahal I dah pasang ubat nyamuk liquid dengan tampal mosquito
patch dah dekat baju Shein. Tetap jugak kan nyamuk ni boleh datang gigih nak
gigit Shein. Padahal rumah I tingkat 6 ok? Larat pulak nyamuk tu terbang.
Dengan I pasang air-cond lagi. Sepatutnya kalau pasang aircond/kipas nyamuk
mana nak datang. Ni pesen nyamuk kebal ke apa I tatau la. Penjahat!
So, esoknya I beli macam-macam
jenis agen penghalau nyamuk. Syikin kata guna mosquito patch. Yes. I dah beli.
Pastu ada kawan I kata pakai jer ubat nyamuk murahan tu. Yang elektrik tapi
jenis kena masukkan ubat dia yang 4 segi tu sebab ubat nyamuk liquid tak jalan
kan? Pastu I beli Mozzie–block yang jenis sembur satu badan tu. Pastu activate
balik penggunaan kelambu Shein. (Sebelum ni buat hiasan jer kelambu tu dekat
Shein punya baby-cot)
Ni dah guna macam-macam ni kalau
nyamuk tak mati. Aku pulak yang mati ni kang.
Oh. Lupa nak bagitau. Dr. Adrian
kata, kalau guna ubat nyamuk jenis aerosol tu jangan sembur banyak-banyak Sebab
some babies tak tahan. Nanti jadik sakit pulak. Takyah nak kata baby, kiter
yang dah tua Bangka ni pon tak tahan jugak bau kalau lepas sembur. Inikan pulak
kiter. Kan?
Kawan I, Suria pulak bagitau yang
dia guna Mospell Vaporiser. Berkesan la. Menda ni lagi senang. Tak payah pasang
bersusah payah ker apa. Letak jer kat dalam bilik, dah. Setel. Nyamuk pon tak
datang. Bau macam serai jer. Yang ni I tak try lagi, kata dia ada jual dekat
Giant. Nanti I pergi Giant I nak carik jugak menatang ni.
Mospell Vaporiser
1. Meditots 2 – in-1
Mozzie-Block. Bagus sebab dia bukan alcohol base so dia takkan bagi kesan pada
baju. Sembur pada baju and badan. Pon boleh. Except area mulut, mata and tapak
tangan sebab takot baby makan tangan kang, termakan pulak menda ni. Tak bagus.
Harga dalam RM16 sebotol.
2. Buzzaway patch/Mosquito. Yang
ni I beli jenis Mickey Mouse sebab dia comel. Sapa suruh wenko comel, dah kena
beli. Penggunaan dia pon senang. Lekat jer dekat baju or mana-mana area. Nak
lekat kat muka pon boleh. Haha. Harga dia dalam RM10 la sekotak. Ada 10 keping.
Yang lain-lain tu macam ubat
nyamuk elektrik tu beli jer la apa-apa jenis. Ada yang tahan 8 jam, ada yang
tahan 12 jam. Pilih mana berkenan. Boleh beli dekat farmasi macam Guardian Or
Watson. Ok?
So, sekianlah sahaja entry penuh
ilmiah ni. I harap tips-tips I ni boleh bantu mommies luar sana yang ada
masalah dengan nyamuk penjahat ni. Or. Kalau ada cara lain, mintak tolong share
jugak eh? Giler la. Gigih I update entry panjang-panjang punya benci dekat
nyamuk. Sebab bukan apa. Kalau nyamuk hitam tu takpe tak beri kesan kalau
gigit. Kalau nyamuk yang boleh beri penyakit macam denggi tu ker? Choi!
I pernah kena denggi dua kali.
Rasa macam nak m a t i. So bayangkan kalau kena pada baby, macam mana la dia
rasa kan? And for those yang baby dah umur setahun, check balik pemberian
vekinesyen (hahahahaha) pada baby anda. Sebab tak silap I, chicken pox punya
vekinesyen kena bagi pada baby bila umur dia dah setahun. Cek balik buku
vekeninesyen dia. Ok?
Much love,
Pembenci nyamuk!
Hoi nyamuk! Ko nampak tak penampar Shein yang besar ni???
14 comments:
shein berdarah manis kott..tu nyamuk suka
kak su, baby saya pun abis tgn & muka kena inject dek nyamuk. kitorg pakaikan dia gelang yg bau serai tu, mosquito repellent beli kat lunatots. tapi apa ke nama & brand benda alah tu toksah la tanya saya, sebb husband yg beli.
ayu sukatiaku la : giler best nama. hahaha. itu la tu. sebab shein virgin. tu dia suka tu kot?
ann : gelang serai? ok... kaksu masukkan dalam list.
mosquito repellent i suke guna autan sbb die wangi kaler pink tapi susah nak dpt.. kat farmasi ade 21st century pny cream.. ok jek la.. kalo sembur2 mcm bahaya jek
Bu, anak akak slalu kena macam tu. So nak cepat hilang akak guna chalomine lotion lebih kurang macam ni ejaannya. Cepat hilang kesan merahnya tu.Tepek2 kan kat tempat nyamuk gigit tu.ABTO
boleh try ini..
http://blog.drmaba.com/2013/05/petua-menghalau-nyamuk.html
kesian shein!!huhuhuhu
As Salam Sue
Cuba nih: http://www.dapurkakjee.com/2013/08/petua-halau-nyamuk-dan-lalat.html
Salam.. dear, nak tnye, u beli buzzaway patch/mosquito tu kt mane..? boleh reply kat email i x? ismadi_84@yahoo.com
Mane nk beli gelang serai 2?ank sy pun asik kne gigt nymuk je
Mane nk beli gelang serai 2?ank sy pun asik kne gigt nymuk je
Sakit hatii jeee laa kalau tgk nyamuk melekat kt anak. Lagi2 yang dh gemuk tu. Kdg2 tampar kuat sgt smpai tkjut anak hahaha
Post a Comment