Assalamualaikum
Nak citer pasal Shein lagi la. Boleh tak? Harap anda tidak
menjemu. Ok?
Shein kan? Dia kalau
naik walker laju giler. Nak-nak kat kampong, rumah GF I (emak) luas, nanti dia amek
lajak and time roda walker bergerak nanti dia angkat kaki dia. Hahahah. Kelakar
giler. Pandai pulak tu dia angkat kaki. Kekadang dia langgar I. sakit giler
kaki. Mula la I nak menyumpah time tu. Tapi cecepat istifar.
I baca kat internet, Mat Saleh tak suka nak bagi anak dia
naik walker sebab boleh melemahkan pinggang. Teori apa dia guna I taktau. Kalau
nak bagi anak cepat jalan macam Aaron Aziz (Nama Sebenar) anak kawan I Leeya,
dia bagi anak dia jalan pegang meja keliling macam tu. 7 bulan dah pandai
jalan. As fast as that. Shein ni dah nak masuk 9 bulan, merangkak pon tak
berapa sangat. I rasa dia I memang berat
bontot. Macam Mama dia la. **libas rambut
Btw, biasa orang kalau anak dia dari meniarap tak merangkak
terus berjalan, orang akan rasa dia express kan? Nope. Silap. Sebenarnya anak
dia hilang satu process yang dia sepatutnya lalui. Bukan express. Tapi macam
mana nak elak dia dari jadik express, I dah taktau. Sebab Yash taknak share.
Haha. Yashhhh nak uweeet!
Sekarang ni kalau nak mandi, I masukkan dia dalam besen
besar jer. Buat macam kolam. Letakkan dia, letak itik beberapa ekor, molek jer
main. Sampai kecut telur dia pon takper. Tapi kalau mandi nak dekat lewat
petang I tak la basahkan kepala dia pasal nak elak dari selsema. Bebudak kecik
kan tak pandai nak hembus. Geram I nak korek hidung dia kalau ada taik idung
kering tergantung. Nanti kalau orang nak bersihkan mula la menjerit menangis
suara brek basikal dia tu.
Kalau letak anak dalam besen macam I, kena sentiasa alert.
Kalau dia tak balance, nanti badan dia tenggelam. Boleh lemas tau? Air cetek
sejengkal pon boleh menyebabkan baby lemas. Bahaya. Shein segala-mala barang yang dia boleh
capai, dia capai jer sekarang. Rajin mengemas dah dia. Bagus anak T____T
Makanan kegemaran SURAT KABAR DAN KERTAS. Pantang dapat
kompem masuk mulut. Pastu makan macam selera sangat. Mainan kegemaran masih
jugak remote control. Kekadang dia suka pampers. Haha. Ok dah. Tu jer nak cerita
pasal Shein. I sebetulnya tadek idea (malas)
nak citer menda-menda yang berinformasi. Itu yang cerita pasal Shein
jer. Takper kan?
Okbye.
-EnD-
Ni dekat Doll House Eva Natasya. Kakak si Aaron Aziz. Baby Leeya & Jeri. Thanx for inviting us :) Kambeng panggang sedap nak mampos.
7 comments:
Tak best. nak entry yummy pummy
Tipah : Kalau tak best jangan la baca. Amboi ko ni memang tak reti nak jaga hati mak shein langsung.
kalau x best nak baca...sila ke blog lain....yg memaparkan isi kandungan mengenai makanan...ok?
xyah stress tgk blog ni x der makanan...tuan blog dah kurus katanya..:)
oh shein! dak hensem dan ceria serta bam2x!
gewam tgk dia!
takpe Su, anak Jan dah merangkak start 8bulan ++, sekrang dah laju sket tapi tak berapa stabil..hahaha, sama mcm shein, suka duduk & berat bontot mcm mama dia.. eh, pun sama..kikiki
pelan2, ikut kan je perkembangan budak..
salam sis,
baca pasal Shein tingat anak sndr pun sama gak.. menan kegemaran dia kalu tak pempes, mestilah remote tv/astro.. kalau tak pun abah dianye spek mata or buku.. kalu tgk buku tak berkelip2 mata dia.. tang berat montot tu pun sama gak... aduhaaiii
Ini negara demokrasi. Suka baca. Tak suka jangan baca :)
P/s: tolong tulis pasal shein lagi banyak banyak kali.
Comel je Shein!! letak pic dia banyak2 lagi kak. hahha
p/s : jom baca blog saya tentang shaklee :)
Post a Comment