Wednesday, September 18, 2013

Bila Isteri Dah Tak Cantik

Assalamualaikum..

Semalam I cuti. Spend time dengan Sazli. Makan and tengok movie. Tetiba rasa macam bercinta. Mekap cantik-cantik. Tengok movie and makan berdua. Buat macam tu sekali sekala seriously macam best jer. Tapi tu la, mulut kitorang sekejap kang timang Shein. Sekejap tengok gambar Shein. Sekejap tengok video dia. Hahaha. Shein is just everywhere!

Kitorang tengok cerita The Internship. Owen Wilson berlakon. Memula best. Pastu start boring I tido, berkepit dengan Sazli. Tersedar pon sebab rasa macam berdengkor kuat giler. Hahahaha. Lepas tengok movie kitorang makan. Lepas tu balik. Sekarang ni at least sebulan sekali I akan ambik cuti and spend time berdua dengan Saz. I rasa, aktiviti macam ni lagi boleh mengeratkan kasih sayang suami isteri. Seriously u guys yang dah kawen and ada anak should try this. Ke semua orang memang buat macam ni tapi aku jer yang kecoh? Haha.

I ada baca satu cerita dekat FB yang dorang share pasal macam mana perempuan yang dah ada anak, abaikan kecantikan, penampilan sebab nak kosentret pada keluarga. WALAUPON suami tak komplen but deep down, I rasa as a man mesti dorang nak tengok kiter bercantik-cantik jugak. Cerita ni kalau kiter tengok balik, buat I berfikir… Hurm… Anyway, I copy paste kisah tu dekat sini.

Tajuk
BILA ISTERI DAH TAK CANTIK

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.  Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
 Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik".
------------------------------------------------------------------------------
Sedih kan?

Tapi I rasa its really happened. Mesti ada. Kalau tak 100% betul, sipi-sipi mesti ada kena jugak. Kalau ada la suami yang macam ni, memang sedih kan? Isteri bekorban masa, bekorban tenaga membesarkan anak, keep the house clean but at the same time, hubby boleh pasang perempuan lain yang lebih cantik. Touch Wood. Jangan la jadik macam ni pada semua yang baca entry ni.

But pentingnya menjaga kecantikan dan kebersihan diri bila dengan suami. Jangan la selekeh serabai sangat kan? Tak bagus jugak. Taktau dah nak cakap macam mana. I tetiba out of words bila baca kisah ni.

Anyway, kalau ada yang bertanya macam mana nak keep muka supaya elok selain dari makan supplement and all is, 1) membersih 2) menyegar 3) melembap. Simple kan? Just makesure kalau penat macam mana pon, cuci muka sebelum tidur.

Ok. Tu jer nak cerita. I bizi harini. Ada rasaksa menyerang dunia. Bertukaaaaaaaaaaaaaaaaaaar menjadi Power Rangers Kuning!

-EnD-


18 comments:

NenetPenne (NP) said...

akak dah baca kisah tu..
jantan ni memang gitu..alasanggg
ada bini yang uruskan segala dia nak yang korporat
bila ada bini yang korporat, dia nak yang uruskan rumahtangga
semua tak kena.. kerat konet baru tau..bhahahahah...

Chooyaya! said...

akakkkkkkkkkkkkkkkkkkk kalau dah kerat konet lepas tu kiter acane? haha

Anonymous said...

oh...dah pernah baca ni lama. tapi mcm tak patut la jugak husband dia tu. kalau ada yg tak kena kenapa tak tegur awal2 kan. tapi ok la suami dia kan keje biasa2 je. bini baru pulak cantik meletop. ofkos high maintenance. tgk la dgn gaji dia yg ciput tu mampu tak tanggung bini baru. =P

Irfa said...

huhu.boleh pinjam link tak?

Chooyaya! said...

anon : kan??????????

Chooyaya! said...

irfa : bak doposen. hehe. amekla... :)

Didi Kar said...

Ya Allah. Sedih kot kaksu.. patut bincang la baik2.. kalau dia nak isteri dia cantik bergaya ada je caranya. Curang macam tu menunjukkan dia mmg x hargai bini dia..dah la si bini tu yg byk menyara famili.. apa pun alasannya... mmg x patut bagi saya!

Didi Kar said...

Ya Allah. Sedih kot kaksu.. patut bincang la baik2.. kalau dia nak isteri dia cantik bergaya ada je caranya. Curang macam tu menunjukkan dia mmg x hargai bini dia..dah la si bini tu yg byk menyara famili.. apa pun alasannya... mmg x patut bagi saya!

Didi Kar said...

Ya Allah. Sedih kot kaksu.. patut bincang la baik2.. kalau dia nak isteri dia cantik bergaya ada je caranya. Curang macam tu menunjukkan dia mmg x hargai bini dia..dah la si bini tu yg byk menyara famili.. apa pun alasannya... mmg x patut bagi saya!

Didi Kar said...

Ya Allah. Sedih kot kaksu.. patut bincang la baik2.. kalau dia nak isteri dia cantik bergaya ada je caranya. Curang macam tu menunjukkan dia mmg x hargai bini dia..dah la si bini tu yg byk menyara famili.. apa pun alasannya... mmg x patut bagi saya!

chuya - the mother of A's said...

Apa uniform cantik kat umah eh.. kdg teringin nak uniform cecantik tapi mana dgn nak masak kemas bla bla.. ishhh.. paling tak kite pasang la aromaterapi kat bilik time2 kanak2 tido awai...

Anonymous said...

Salam Bu, kisah2 macam ni byk terjadi bila si isteri berpendapatan lebih dari suami. Kadang2 tu bila si isteri cantik meletop macam Cik Ta pun boleh jadi macam tu. Bu, itu semua alasan. Nak perut leper ler, kuku cantik ler, badan slim ler. Peerah. Kadang2 akak pelik la lelaki2 ni nak bini cantik menawan dari hujung rambut luar dalam nak tip top. Tapi apa kes kalo sang suami plak masyallah comotnya. Misai janggut x cukur, perut buncit dan selalu nampak selekeh. Kita yang si isteri ni beriya la menjaga badan dan penampilan tapi dia sendiri comot acaner tu. ABTO

zaida zaman said...

ni serupa cam kisah saya sendiri...dah 12 thn pun idup sorang2 tanpa lelaki tp ok je anak2 pun dah besar bahkan alhamdulillah anak sulung dah ke menara gading

~faRahaNis~ said...

sampai hati suami dia buat cenggitu... dah la bini sara yang besar-besar.. nak bini cantek beli la spender, baju, makeup, perfume, buat medicure bagai tu.. baru betul.. dh nak bini cantek kan, labur la...kete cantek boleh je duet abis ribu-ribu yedak?

zaida zaman said...

serupa cam kisah idup saya...tp ok je dah 12 thn tanpa lelaki bergelar suami, alhamdulillah anak pun dh ke menara gading...susah nak puas kan hati lelaki nih

Izzan Y Rosdin said...

nk bini cantik.. duit tak nak bagi..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Hish sakit hati pun ada.. tp dlm ms sama takut jugak. Lelaki tak boleh djangka

Anonymous said...

Lelaki memang xpernah cukup dan tak pernah puas. Ada je yg nak dijadikan alasan. Bila bini keje suruh berenti jaga family tp bila bini dok rumah soh keje bantu family. Bila bini melawa cakap bini nak ngorat laki lain bila bini selekeh cakap bini tak buat dia terangsang. Susah nak puaskan hati lelaki k.su. dah dapat bini yg baik pun masih main luar. Tp yg pelik bila tanya tak mengaku. Dah nak main luar sgt terus terangla dgn bini. Nak main luar sgt tinggalla bini tu. Tp ni tak. Cakap syg bini tp main luar. Haihsss tak paham btol dgn jantan ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...