Thursday, October 24, 2013

Happy Birthday Bubu Momot - Finale

Assalamualaikum.

Yer yer. Last la ni. Jangan nak buat muka eh? Hahaha. Kalini birthday lunch kitorang I pilih nak makan dekat Renaissance pulak. Memula I call and nak buat reservation and yang jawab tu kata takyah buat reservation. Boleh walk-in jer. I dah cakap dalam hati..  Ini mekalau aku datang tak dapat makan nanti siap la. Memang I guling-guling depan tu jugak. 

Plan awal I nak makan dekat KL Tower. Macam dah lama sangat tak makan dekat sana. Last sekali dengan Sazli tahun 2008. Zaman-zaman bercinta dulu. Sekali call dah full. Menitis air mata. Takper. Kiter try Renaissance tengok macam mana. Harga untuk satu kepala dalam RM90++ (kot). Lebih kurang macam tu la. Makanan banyak and memang puas hati. Ada pelbagai jenis udang gemok and yang paling heaven ialah dessert. Tapi dah ada depan mata banyak-banyak ni malas pulak nak makan.
Malas nak makan? **letak tangan atas dahi.

Pagi tu kitorang bawak Shein pergi jumpa Dr. Adrian sebab dia macam selsema sikit. Memang cenggini la. Aritu pergi time birthday Sazli. Kalini time birthday Mama pulak. Lepas ni kiter celebrate birthday kat klinik Dr. Adrian jer dah. Haha.

Balik dari klinik, kitorang terus pergi rumah Mak/Bapak. Masa nak pergi toilet I nampak ada a bouquet of flower atas meja. Baru nak kecoh dah tarik nafas tunggu nak jerit jer. Mulut dah nganga nak tanya BUNGA SAPAAAAAAAAAAAAA NI?????? Tetiba teringat, ‘Ooooo harini birthday aku la’. Haha. Terus berak sambil senyum.

Teringat ada sekali I balik rumah Bapak, I bagi salam dari jauh. Asssalamualaikummmmm!! Tak tau yang ada tetamu tengah duduk minum dekat belakang. Skali kawan Bapak tanya, ‘Sapa tu suara deras sangat tu?’, Pastu Bapak jawab, ‘kat umah ni hat suara kuat anak aku yang sorang tu ja’. Hahaha. I memang suka bagi salam kuat-kuat. Sajer kasik meriah fe-feeling macam balik raya. Kan?

Ok. Sambung cerita tadi. Lepastu I duduk dekat hall and Mak datang nyanyi lagu birthday lantas kembang kuncup la hidung I. Terima kasih Mak untuk bunga. Terima kasih Bapak belanja makan and bagi duit birthday. Yang tak birthday macam Sazli and Shein pon dapat sekali. Sebok jer. Tak kasik can I nak rasa special sorang-sorang.

Sampai dekat sana. Receptionist dia bagi wrong direction. Patut masuk-masuk jerk at Lobby, Kona kiri terus VOUGE CAFÉ. Ni dia bagi direction dekat belah sana. Dengan Stroller Shein lagi kena usung. Hesh! Tadi kan I cakap yang dorang kata takyah buat reservation kan? Ha. Memang buat hal. 

Dorang cakap kalau takder reservation tak boleh nak masuk. Waklu? Memang I hangen la. End up bila dah bising-bising katd epan tu, baru la dapat duduk. So lepas ni kata la kalau nak buat reservation dorang cakap walk-in jer, I memang tak percaya dah. Taknak kawan!

Masa makan tu Shein ok jer. Gembira makan and buat bising jatuhkan sudu garpu. Pastu bila I tepuk meja marah dia, dia tepuk meja marah I balik. Terus Maktok pegang dada terkejut. Hahaha. Anak.. Anak… Kecik sangat engko dah nak melawan Mama eh?

Kitorang makan slow-slow jer. Shein tetiba diam jer. Pastu berkerut. YES! Tenkiu Sayang sebab berak time Mama nak makan. Potong stim tau Shein ni? Tapi sebab Shein tak buat perangai so Mama tak marah la. 

Overall makan memang sedap. I bagi 4.15 bintang. Kalau dia letak sushi/sashimi banyak-banyak lagi I bagi 5 bintang. Seb baik salmon fresh giler. Siap kitchen hantar sepinggan letak atas meja I. Perli kea pa ni? Memang carik pasal.

Anyway. Tenkiu semua atas ucapan. Motto I untuk birthday tahun ni. ‘ BERTAMBAH USIA TAK BERMAKNA TAK CANTIK’. Gitu? Hahahaha. Mati la.

-EnD-


 Tahun ni sambut birthday bertiga. Last year Shein ada dalam perut. Tahun ni dah meniarap atas lantai hotel.



Heeeeeeee. Shein. Muka tu takyah nak serius sangat eh? DAH LA BERAK!

 
 Ni la soup yang sedap ni. I ngulang makan tiga kali. Haha.

Sashimi tak banyak sangat, tapi sebab salmon dia fresh maka I maafkan.


A variety of dessert


I sayang u sampai syurga salmon!

4 comments:

Cik Nadia Bayu said...

kak su sayam yang gojess! happy belated birthday... sorry lambat gile wishh... uhuhuhuh... semoga kak su n family sentiasa dirahmati, dilindungi dan mendapat keredhaan Allah SWT dunia akhirat. lebiu kak su. kak su mm best! kem salam peluk cium kat shein yg gebushh itu..

honey bedazzled said...

stress aku tengok salmon hang. ni dah macam, bankrupt makan salmon every week

Mimy Hamid said...

heheheh sue kalau citer bengong otak aku jap hahahaha...sweet family in law ko tau...

Haris Zuhaina said...

As Salam Dear. Lama tak buka blog Sue ni. Itu yg baru tahu pasai yr b'day
It's NORMAL when u're in yr 20s, u'll look very 'MENGANCAM'... When u're in 30s, u begin 2 behave 'BER MACAM2... When u r in ur 40s, u'll feel 'TERANCAM' & after that takut depa kata tak boleh 'CAM'!!! But u special mother sure akan maintain "MENGANCAM. Happy B'day, dear....
MuahMuahMuah ya...