Wednesday, October 23, 2013

Happy Birthday Bubu Momot - Part II

Assalamualaikum.

Semak aku Intan ni dok tanya bila nak up entry pasal yang sambungan surprise birthday tu. Yerrrlaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Kaksu citer la ni. Dia memang. Asal ada kisah pasal dia mesti suruh up entry cepat-cepat. Pastu dah baca tu dah la. Ni kang kejap call. ‘Kaksu lekas la baca yang dalam aktiviti opis tu. Kaksu ni bongok kan?’ Pastu kejap lagi call ‘Kenapa Kaksu bongok ha?’

Ha. Cenggitu la I tiap-tiap hari dengan bebudak ni. Ira, Intan, Dyba, Sarah. Hari hari hari haaaaari dapat bongok. Tak Kaklong, De, Kakyang,  Sazli lagi. Dengan Iza lagi. Asyik cakap I bongok. Kot kalau orang kata cakap 40 kali nanti jadik betul, I memang dah lama bongok betul kot? Kekadang I cakap ikhlas pon kena bongok jugak. E!

Ok sambung. Kan petang tu I dah drama airmata siap keluar group whatsapp pasal bebudak ni buat taktau untuk birthday I kan? Bongok poyo jer siap keluar group. Haha. Masa nak dekat sampai kat rumah tu, Sazli ada call. Dia dengar suara and dia tanya ‘Kenapa Bubu macam letih jer suara ni? Ada orang buat ker?’ Pastu I jawab. ‘Takder apa. Bye’.

Well. Cenggitulah perempuan. Kalau dia kata takde apapa. Jangan percaya. Mesti adaaaaaaaaaaaa tu.
Naik rumah, I muka memang ketat habes. Sesiapa yang kenal I memang tau I jenis tak boleh sorok perasaan. Kalau happy, jawapannya happy. Kalau sedih tapi buat-buat happy memang tak arr. Pastu kalau benci, memang buat muka benci/taksuka. Tadek nak sorok-sorok perasaan (which is tak berapa nak bagus sebab suka drag mood kemana-mana).

I kemas umah macam biasa. Siap mandi I duduk lepak tengok tv. Shein dah lama tido. Pastu I tengok Sazli macam tadek apapa pon. I pon dok tengok kat handphone. Mana bebudak ni tadek pujuk pon? Sedih je tengok handphone. Memang siot ah.. Tetiba Sazli kata nak pergi turun bawah, nak beli air sedap. Dia tanya, nak kirim tak? I cakap tak nak. Member tengah tadek mood kan? Lagi tanya nak air sedap ker tak. Ngek!

Masa tu I meniarap tengok henpon. Dengan pakai seluar pendek. Dengan tak pakai bra sekali dengar Surpriseeeeeeeeeeeeeeee!!! And ada kek and bebudak ni nyanyi happy birthday. Uwaaaaaa. Terharu giler I.

Tengok ada Sarah dengan adik and husband dia siap bawak twins. Ada Dyba dengan Jo and Adelia Sofea. Ada Intan, Ira and Alang. I amek bantal kecik cover tetep (sebab tak pakai bra kan?) Hahahaha. Ya Allah. Tak sangka giler ada surprise macam ni walau dah tua bangka. NASEB BAIK la ada jugak. Kalau takder memang lepas ni kat opis I kawan dengan Imah Cleaner jer. Lunch tadek kat luar dah. Buat pot luck kat dalam stor opis Tingkat 5. Siap party lagi dengan semua Makcik Cleaner. Ko ada?

Sebenarnya ada 2 3 kali incident yang SEPATUTNYA I dah boleh tangkap pasal surprise ni tapi sebab I Selenga maka Ignore jer sebab Intan memang drama mau lebih eh? Dia la ketua penjahat dalam ini drama. Kata dia, Jumaat malam dia ada dinner kat hotel. Siap nak pinjam baju purple yang I pakai masa wedding Poja tu lagi. Si Dyba pulak kata dia nak jumpa kawan Uni dia dekat KLCC. Nak balik cepat. Ira jer tadek apapa hal malam tu. Kata Ira, dia tak kuar mana. Main je kat umah. dengan Alang Bongok.

Ada sekali tu Sazli call Intan masa I tengah pegang henpon Intan (Sebok nak cek whatsaap dia. Haha). Pastu I kata kat Intan. ‘Intan! Henpon Kaksu bat kong. Tu Abang Saz call, bagitau bat Kkasu kong eh?’. Sekian. Pastu ada sekali Huda pulak call Dyba. Sebab Huda nak sponsor kek untuk I. I jugak yang jawab. Hahaha. Kata Huda, ‘Su, aku call nko tak dapat’.  Padahaaal.

Ada lagi. Si Intan la Selenga tingkat lapan pergi upload gambar Subway pastu tag Ira. I pon persenel whatsapp dengan Dyba. ‘Dyba, sampai hati Intan kuar dengan Ira tak bagitau pon kiter’. Dyba pulak layan, ‘Ha a Kaksu. Takper la..’. Boleh tak Dyba?

Nak lagi best, rupanya Intan, Dyba, Sarah & Ira ada group tau kat whatsaap. Entah macam mana Si Ira boleh bagi kat group kitorang yang lagi satu. ‘Tu la! Naseb dia taktau’. Pastu I fikir. Ira ni nape bagi macam ni? Rupanya Ira salah send. Kat group lagi satu Ira tengah marah Intan sebab post gambar yang dorang gi Wangsa Walk makan Subway tu. Sebenarnya sebab Intan & Ira beli barang-barang nak surprise malam tu. 

Rupanya belakang I itu budak semua dah deal sekali dengan Sazli. Masa malam yang nak buar surprise tu kejap kejap kang Sazli call Intan. Tanya dah dekat mana. Pastu kata Sazli, ‘Korang lekas sikit boleh tak? Abg Saz dah tak larat nak tengok muncung Kaksu’. Haha. Pastu dengan bebudak kat bawah ni masalah parking la. Sapa nak pegang kek la. Sebok dukung baby kembar Sarah lah.. Macam-macam hal.

Bila bebudak ni cerita balik, I rasa macam haih…. Sampai macam tu sekali korang kan? Sekarang macam mana la yang I tak sayang budak-budak ni? Selalu jer nak buat I happy. Buat sakit hati pon banyak jugak. Intan la terutamanya. Sekarang dah kurang gaduh dengan Intan sebab CEO baru tak suka aktiviti hiburan time Family Day/Dinner. Kalau taaaaaaaaaaaaak. HARI-HARI gaduh dengan Intan sebab berebut nak duduk tengah time menari. Dia tak sedar pendek lagi nak duduk tengah Hahahha.

Punya bising kitorang kat luar sampai Shein pon terjaga and join the party (party la sangat). Sekian terima kasih. LEPAS NI INTAN JANGAN NAK TEKAN-TEKAN KAKSU DAH. Ok? Anyway untuk korang semua Tenkiu Very Such (Much) sebab buat surprise ni dekat Kaksu. Kaksu really appreciate. Untuk Intan : Hutang aku bila nak bayar? Haha.

-EnD-

Cool giler Sazli dengan kain pelikat jer. Haha. Dorang bawak dominos pizza and air sedap. Ada pizza, chicken wings, kek Huda. Simple but cukup untuk kami semua. Sebelum balik, Intan mintak duit kat Sazli suruh contribute. Tak cukup duit kata dia. Hahahaha.



Bebudak ni siap bagi I pakai crown. Pastu Intan jeling tak puas hati. Dia kan mana boleh kalah? Tu baju I pakai baju Sazli jer. Kalau tau nak buat surprise, I set rambut awal-awal. Mekap cantik-cantik. Haha.
 
 Ira, Dyba & Intan. sarah time ni tengah tidokan Adyan and Adam.
 
 Sophie elok jer nak pakai topi. Shein taknak. Pakai sekejap dah nak cabut.

Amboi Shein. Elok je landing eh? Macam macho jer tengah ayat Sophie.


Birthday Girl Muka Biskut


Meeeetayangggggg Mama!
Yang ni Ira print screen I left gorup. Haha. Bongok!

18 comments:

Mimie said...

hahahaha.. tu time tiup kek tu dah pakai bra ke belom.. :P :p by the way happy belated birthday kak sue..

Chooyaya! said...

Tq Mimie. Time tu belum. Bahbee. Nampak ker? Hahahahaha

Anonymous said...

setiap tahun mmg wa akan gelak2 baca entry birthday. baik birthday kak su, baik birthday sazli. sama je boleh bikin wa ketawa dekah2 :D

Chooyaya! said...

wAWA : Mmg kitorang mcm kartun. Asal birthday jer kompem ada drama.

NenetPenne (NP) said...

kelakar..
tapi shein tetap cuteeeee...muahahhh

Chooyaya! said...

NenetPenne (NP)

Shein comel mcm mama kan? Kthankbye

Anna Dayana said...

nanti crown tu boleh main pas2.. siapa punya besday pakai la crown tu balik.. jimat!!! yg letop2 tu pun tak guna lagi kan.. ada 5 batang tu.. cukup la utk kita ber5 punya birthday.. semua tu cos tu cos..

Happy besday sistah yg suka gadoh2 ngn i.. suka berkira 10sen pun, suka genap kan harga cth: rm86.00 terus dia kata bayar 90 rm, suka sakit kan hati i lps tu cepat2 minta maaf balik...


xoxo
intan

Chooyaya! said...

Intan Dayana Tak payah nak ANNA DAYANA SANGAT AIH

Crown tu main mcm pas baton ker? kenapa yang berkira sangat ni? Kaksu ambik intan dekat petron wangsa maju ok tadi? intan tu kaksu smpi merajuk tadek org nak hantar ambik kereta. Mcm mana pulak nak kira?

pasal yang suka genapkan tu Ira yang ajar kaksu. salahkan ira

kaksu taknak ckp i love u too sebab intan tak bagi kaksu tgk album 'sama-sama' dalam FB

Anna Dayana said...

ko degil ko degil.. (sambil hentak kepala kat dinding) kan intan da teman kak su pergi jalan TAR amik tudung berapa kali mau explain, siap jd driver kak su lagi kan kan kan.. ingat tak.. kita kan da bincang benda ni.. PORKEEEEEyyyy...

Album tu intan da tak tgk pon.. da tak bermakna pun... jgn la macam tu sayang.. u ramai readers ni, kalau kita bergado dalam blog u akan menjejaskan kePopularity u tau..

Chooyaya! said...

Yang pegi jalan TAR tu kira ker? Tak adil langsung la dunia ni. Tapi takper la. acceptable. sebab intan kalau merajuk sekejap jer

intan ni sebenarnya boleh bergurau ke tak boleh? ingat tak kaksu merajuk sebab intan tak bagi kaksu rasa nasik goreng intan? kenapa nak kedekut sgt? intan dulu makan mihun kaksu masa mengandung smpi tggl sikit. pastu kaksu nanges kt ira. intan lupa?

pastu kek yg intan kata nak belikan kaksu kat secret recipe tapi bila kaksu mintak dah habes. lupa??

LUPAAAA???????

pasal album tu, kalau tak bermakna kenapa nak simpan lagi?

tapi sebab semua diaatas kaksu maafkan sebab kaksu penah buat intan menangis pasal bbm yg kaksu menyamar sebagai orang lain tu. hahaha. maybe we can have some coffee? hahahahhahahahahhaha

Unknown said...

Hahahaha ko mmg bongok kan Su? Hahah drama sgt ok.. abis lah nnt Shein ikut perangai ko.. Apa2 pun tak pakai bra pun comel gak ko.. #eh

Didi Nadhirah said...

happy belated birhtday kak su,br perasan seluar shein ada bunga kt bontot omey angatttt

Chooyaya! said...

watie shaharin : amboi... yang aku tak pakai bra yang ko nampak eh? grrrrr

Chooyaya! said...

didi nadhirah : ha a. ada bunga setempek kat pungkok. hahahahah

Home4health said...

bestnya dapat kwn cenggitu

Ibu Dhia Danial said...

happy belated besday kak sue.. adoi lawak entry kak sue taw.. mmg bongok la bace ketawa tutup mulot pakai tgn.. nasib baik baju gelap, x nmpk la 18sx.. hahahaha

Miss Brenito said...

Happy belated birthday.. besh nyer ade seprais

Mimy Hamid said...

comel comel...aku tak tau nak describe ..tapi frienship ko ni best...ok kem salam intan..heheheh mesti suka