Monday, October 28, 2013

Memory Sekolah Menengah

Assalamualaikum.

Kalau boleh putar balik masa, macam teringin nak Tingkatan 3 and Tingkatan 5 balik. Time tu ada ramai Abang Senior yang jambu-jambu macam kumpulan BSB dekat sekolah (kahkahkah). Enal, Edi Chopper, Punk (Nama nak Punk jer walaupon nama sebenar  Mohd Hasni ), Syed Sadali, Arwah Abang Asrul etc. Kau tengok la budak ni kan? Patot cakap macam ni, ‘Kalau boleh putar masa balik, kiter nak belajar rajin-rajin and takmau nakal-nakal’. Haha. Ni sebok nak ingat Abang senior yang jambu-jambu. 

Teringat masa Form 5. Time tu tak sedar diri dah nak SPM tapi sebok pergi  rombongan sana-sini (Ongkampung la katakan. Jakon dot com). Sebok camping sampai ke Taman Negara siap masa tengah mandi, tetiba nampak mayat dalam sungai. Perrggghhh mencabar siot! Paling tak boleh lupa, masa camping tak kisah la peringkat sekolah or peringkat negeri mesti I naik pentas nyanyi duet dengan Ayep lagu Pergilah Sayang by Ella & Korie. Yang magik time tu tadek la suara ketar ker apa. Rilex jer. Mana entah perasaan gayat/malu time tu. Nauzubillah. Ko try sekarang. Baru kat tepi stage dah gigil jubor kencing dalam seluar.

Lately ni kawan-kawan sekolah buat group dekat WhatsApp and send balik gambar lama-lama. I sengih jer tengok kening rata macam pembaris. I dulu pengawas. Bukan buat kerja apa pon. Takat keluar awal time rehat je. Alasan : nak jaga kentin. Haha. Sajer nak glemer pakai baju biru. Time sekolah dulu ada jugak cikgu pempuan yang rasa insecure tak suka I tak memasal. Taktau ker dia I Form 4 pon pakai camisole lagi. Hahahaha. Budak tetep kecik macam ni pon rasa boleh bagi saingan ker? Choi!

Bila ingat balik, mesti senyum sendiri. Seronok! Macam-macam aktiviti buat. I dulu join Pengakap. Memang best. Nanti budak lain pergi camp-site naik bas, I pulak cikgu Azaman ambik dekat rumah naik kereta dengan Ayu, Erni and Dewi. Yang suka kat kiter cikgu lelaki jer pon. Kah Kah Kah. I miss you Cikgu Azaman. Sebab Cikgu selalu la I dapat pergi camping dekat Tasik Cini dengan geng-geng pempuan lain and dapat join bebudak sekolah lain. Time tu kalau dapat jumpa budak sekolah lain macam dah terpaling best dalam dunia dah.

Terima kasih kawan-kawanku. Erni, Dewi, Nik, Syikin, Ayu, Yatie Kadir, Arwah Faezah, Wani, Apis, Kamalia & Eja untuk memori yang indah-indah. Untuk  geng kelas 5 Bistari, Kasmawarni, Zuras, Lela & Idayani (Ida, U tak suka I sampai sekarang. Motip?) Haha. Tak lupa Linda Hayat & Hanim yang pindah sekolah awal. Untuk kawan-kawan lelaki dimana sahaja anda berada. Ijai, Lie, Kamal, Tam, Didi, Azdi, Wan Nazir, Dodit, Edi Besi. Terima Kasih untuk memori yang indah ini.

Semoga nkorang semua sihat, hidup bahagia forever and ever. Happily ever after. Untuk yang dah meninggal (Faezah, Wan Sirat, Sarizi, Iskandar Mashuri, Acek etc) Semoga Allah merahmati anda semua. Alfatihah. Amin…

-EnD-


Kiter Penawassssssssssssss (Yang ni dengan Dewi. Kakak Kawasan) Anak Tok Kamal. Polis Jengka Satu.

5 comments:

Anna Dayana said...

fuyooo.. Pengawas tu..

Ibu Dhia Danial said...

perghhhh kiutnyeee kak sue dolu dolu.. (skrg kiut juge tp byk da kiut tu da beralih pade shein.. hehehe) :p

Chooyaya! said...

anna dayana : haaaaa. nak kutuk la tu

Chooyaya! said...

ibu dhia danial : mana ada cute. tu kening pembaris tu. hahahaha

Anna Dayana said...

kening sin chan...