Assalamualaikum.
Hectic life dua tiga hari ni. Poor my baby Shein. Demam
since Ahad malam. Sampai harini tak kebah-kebah totally. But ada la
improvement. I pon cuti teman Shein kat rumah. Demam macam tak demam pon. Makan
laju. Susu memang banyak dia minum (dahaga kot, badan dia panas kan?)
Main, begurau, beronggeng dangdut kemain
sampai kata Sazli Shein ni mabuk ubat atau apakah? Kalau tak kerana panas badan
memang tak macam demam pon. Bila dia bejaga dia tak demam tapi bila dia tidur
and lepas tu bangun meeeeeeeeemang suhu mencanak naik.
I dua malam ni
tido-tido ayam jer. (Cecece. Padahal.). Sebab nak monitor suhu badan Shein.
Masa Ahad malam tu, memula dia tido molek jer. Ada la bunyik macam mengerang
tapi kata Sazli sebab dia manja. (Boleh? Ni
teori mana entah dia ambik. Haha) Menjelang midnite makin panas badan. I
cek suhu dia dalam 38.4 (wow entry ni
nampaknya serius kawan-kawan) Bertabah.
Letak cool fever kat kepala dia tarik. Letak kat belakang
dia gesel-gesel sampai tertanggal. Bukak baju and letak towel basah dekat dahi
and badan ketiak celah kelangkang semua memang dia mengamok marah sampai
menghempas badan. Tido nak berpeluk jer. Romentik sangat anak Mama ni. Letak je
nanges. Letak jer nanges.
Pastu I gagah la jugak mencarik 24 hours Klinik Kanak-Kanak.
Google result ada nama Klinik apa entah dah lupa dekat Taman Permata. Tawaf dua
pusingan and tak jumpa. Pastu Sazli bawak kereta macam tanpa arah sebab gigih
nak carik Klinik Kanak-Kanak. I memang a bit skeptical nak pergi klinik biasa.
Paranoid. Sebab ada kawan baik time baby dia below 6 months old doktor bagi aspirin. Paranoid
kan I? Tapi I tau semua doktor pon pandai sebab tu mereka seorang
doktor. Cuma kekadang kiter ada buat silap jugak. And I risau kalau kesilapan
yang 1 dalam 10 juta tu jadik pada Shein.
Lepas pusing-pusing tak jumpa Klinik kanak-kanak 24 jam,
kitorang decide nak pergi Emergency Department Gleneagles jer. Sampai sana
tengok ada budak kepala dah berbalut sebab jatuh dekat longkang. Umur 3 tahun.
Baju dah basah dengan darah tapi elok pulak main kejar-kejar dengan angin.
Kejar apa entah. Tak nampak apa pulak aku. Mak. Seram.
Lepas amek number semua and sementara nak tunggu turn Shein,
nurse check temperature. 39.4. Gulp. Tinggi giler. Lepas tu jumpa doktor. Nama doktor
tu Dave. Young Indian guy. Kata dia Shein kena throat infection. Dapat 3 jenis
ubat. Zinnet (Antibiotik) makan 2 kali sehari, sekali makan 6ml (banyak giler),
Ventamol (Ubat batuk) makan 3 kali sehari, sekali makan 2.5ml and Progesic
(Ubat demam) makan 4 kali sehari every 4 hours, sekali makan 3 ml.
Sebelum tu Shein dah kena masukkan ubat ikut vontot. Memang hebat
giler. Within 5 minutes memang turun la suhu badan. Oh. Untuk peringatan, kata
Kak Liza (Nurse dekat Klinik Dr. Adrian) kalau amek ubat ikut bontot ni, tak
boleh ambik apapa ubat lain yang ada paracetamol dalam tempoh empat jam. Sebab
apa tak boleh, pergi google sendiri. Haha.
Lepas dah siap ambik
semua ubat-ubatan yang mahal tu (Antibiotik saja harga RM134.00) kitorang pon
balik. Shein happy as always. Pukul 4.00am masih meloncat-loncat dalam kereta
but ada nampak la mata dia kuyu, tak larat dia tu tapi buat-buat larat.
Sampai rumah member tido nyenyak giler. Pukul 6 pagi dah tending-tendang
I ajak main. Sabar jer la anak. Mak kau ni baru la tido 2 jam jer T____T. Masa
tu I rasa badan dia ok, but bila dia sambung tidur and lepas tu jaga balik,
suhu dia naik ke 38 pulak.
Ishk. Sambung esok boleh tak? Malas pulak aku nak taip.
Kbye.
-EnD-
Time ni tak demam pon. Gambar hiasan jer.
8 comments:
anak saya yg no 2 pun baru je elok demam..suhu sama shein..x tido bonda dia dok pantau ja suhu anak..takut jd apa2..mkn xmau susu xmau..rupanya tekak zara ada ulser..kena minum susu yg sejuk..doc bg ubat titik..ubat sakit mulut...lpas seminggu baru elok demam nk selera mkn...
alolololo.....bobobobolat shein..ciannn die, demam yekk...
get well soon eh shein, klu demam mcmana nak ajak dating ni..hehehehe
Hi Sis, sj nak share dgn sis..
sis baru balik holiday & bw shein mandi pool kan??.. sbb last time sy jugak bw bb sy mandi pool.. time mandi tu.. mmg la dia happi best. lpas balik afew days.. bb sy demam & nafas berbunyi. terus kena admit hosp for 4days. sbb kan infection & demam.. mybe sbb air klorin dlm pool tu tahap tinggi & air berkuman. pool public share kan.. so senang jangkit penyakit.
ada setenggah bb x sesuai dgn pool public ni.. sbb byk kuman senang jangkit time mandi or bb terminum air tu, btw, harap bb sis.. cpt sembuh
anak kite 2 org rajin demam malam kak.. siang ok je main semua, bila malam je kang suhu naik.. tp dorang tidur nyenyak je cume as parents la yg x nyenyak monitor suhu n rajin jeram air kt kepala ketiak bagai.. get well soon abg kawasan ampang!
A.L.I.N.A : alhamdulillah.... leps ni jangan dia demam lagi dah yer?
anna hashim : ok. dah tak demam ni. lekas kontek mama untuk arrange dating, hahaha
Effanina Mokhtar : ha a la. dia mandi public pool yang kat Zennith Kuantan tu :( ada kemungkinan jugak. anyway thanx for sharing ya.
Ibu DHia Danial : Betul la tu. demam malam. siang kemain gigit kiter smpi lebam2 pastu malam dah suhu naik
Post a Comment