Sunday, October 21, 2012

Yay!!! Finally 80% Complete. Dua hari punya shopping. Kaki dah nak patah. Okbye.

Assalamualaikum....

Dua hari ni, I sungguh-sungguh membeli belah barang-barang baby. I can say that now, I dah 70-80 percent complete. Alhamdulillah. Tadi lepas maghrib, I nap and masa tengah tido, keluar dari mulut sendiri macam ni, 'huh!' sambil kaki terangkat. Haha. Kena gelak jer dengan Sazli. Punya la penat sampai jadik macam tu. Shiannnn Bubu.....

Semalam dari petang ke malam dekat KLCC. Sampai bersila memilih baju baby dengan pembantu peribadi (Syira and Fiezul) **Mati la tetiba 2 orang ni jadik pembantu peribadi. Haha. Semalam Sazli ada bola dekat Setia Alam, masuk league.. Macam biasa. Kalah 4-0. Cenggitu la, umur dah masing-masing dah nak masuk 30 tahun tapi opponent muda remaja rangup fresh sangat krup krap memang la kalah sebegitu rupa. Takper. Jangan putus asa ok? Minggu depan kasik menang. Kalau nak kalah pon, kalah 2-0 pon ok sikit kot? :D

Semalam setel bab baju. Semua I beli yang new born. Orang kata, jangan beli banyak-banyak. Sebab baby cepat besar. Tapi kalau dah semua pon hensem macam mana kan? Bukan kiter punya salah kalau terbeli dekat 40 helai. Salahkan la Mothercare, Poney, Baby Gap, Anakku dengan Guess Kids. Dorang yang jahat. Naseb baik masa dekat Pumpkin Patch semalam, diri ini sudah kefenatan. Kalau tak. Salahkan Pumpkin Patch jugak. Heeeeeee.

Menurut pemerhatian I, terdapat diskriminasi harga baju baby girl dan baby boy. Baby boy mahal sikit harga dia, dah tu tak banyak choice. Penjahat sangat. Siap promosi hanya untuk baju baby girl sahaja. Urgggh!!!! Penjahat penjahat! **Keluar kedai sambil hentak-hentak kaki.

Oh. Nak kasik tips sikit. Sapa-sapa yang merasai Mothercare, Baby Gap and another baby boutique tu mahal, periksa sekali lagi. Sebab biasa kedai-kedai macam ni akan buat promotion beli satu percuma satu. Macam dekat Poney. Dekat Baby Gap, beli 2 percuma 1. So, kalau bahagi-bahagi, harga dah sama dengan harga sehelai baju dekat Anakku. Selama ni, I tertifu T____T. Ingatkan Anakku jer kedai pakaian baby yang murah.

Tapi, kata Yash, dia beli baju baby yang cantik RM5 sehelai. Terbeliak dan tersedak la I. Sekali dekat Bandung. Oooo. Bandung. Tak aci la. Kalau nak gi sana baju memang murah, tapi dah kalau bayar tiket flight and hotel and belanja, bukan ke sama jer macam beli dekat KL. Jahat tau Yash. 

Korang kalau nak tau, Yash ni diibaratkan seperi my very own encyclopedia. Tanya la pada dia, semua dia tau.... Pastu semua pon dia beli murah, pastu semua pon beli dekat oversea. Bensi tau? Pastu kalau tanya dia apa lagi yang perlu, maka perbelanjaan akan meningkat naik dan naik dan naik. Clap clap. Bravo Yash!

Ooo. Sebab Yash and Aliah jugak, I hold dulu untuk beli Madela Free Style. Kata Yash, untuk elakkan pembaziran beli pam tetep/nenen mahal-mahal, molek la kalau kiter study badan kiter dulu. Beli dulu pam tetep yang murah atau manual. Nanti kalau susu memberansangkan, baru la beli yang paling bagus. Senang cerita Madela Free Style la yang bagus tu.

Bukan kata murah tu tak berkualiti. Ada. Kata Yash, dua jenis pam tetep manual ni memang sangat bagus. So, I'm looking forward to buy this pam tetep. Pastu, I ada berita baik untuk anda semua yang mahu membeli Madela Freestyle tapi macam rasa mahal sangat and terpaksa melupakannya. Ini projek terbaru I dengan Yash untuk membantu anda yang nak beli Madela Freestyle yang harganya jauhhhhhhhhh lebih murah dari yang anda boleh beli dekat mana-mana kedai baby and online store. (Projek? Bunyik macam poyo semacam. Haha)

Itu nanti kemudian I story. Dah semua nak citer dalam entry ni, aku tido pukul 2am la gamaknya.

Kata Yash, jenama pam tetep yang bagus tu ialah Halford Manual Breast Pump selain dari Madela Manual  Breast Pump of coz. Dia beli dekat Twins Baby. Kat mana Twins Baby? Google google. Haha. Informasi dihujung jari.

Yash kata dia memang suka giler dengan pam manual jenis Halford ni and masa dia pam tetep, takder la sampai nak putus puting dia. Eeee. Kalau kasik explanation nak yang ngeri-ngeri jer. Time tu I dalam jem masa borak dengan Yash. Otomatik pegang tetep sebab ngilu lantas kereta sebelah dah pandang-pandang kepelikkan. Maybe dia ingat I perempuan pervert mana entah yang horny masa tengah jem. Ni semua salah Yash.

Ok now, lets check it out baju-baju 'Baby S' yang I dah beli semalam. Hensem-hensem belaka.... Tak sabar nak tengok 'Baby S' pakai semua baju ni... :) Yang barang-barang lain, I beli semua dekat One Baby World dekat Taman Permata tadi petang dengan suami tersayang (geli). Senang. Sebab sini one stop baby centre. Kalau nak murah sikit, boleh beli online. Tu kalau jenis boleh bersabar la. Sebab nak order, makan masa dekat seminggu baru dapat barang lepas make a full payment. Maka jenis diri sendiri tak tahan sabar. Dah. Beli jer semua dekat sini.

Masa masuk kedai ni, I terpinga-pinga jer. Tak tau mana nak start. Mujur ada Fatin datang tolong. Dia banyak bagi I tips and bagitau which product yang bagus for baby :) Yang paling best, I beli shampoo baby, krim untuk ruam, and lotion organic jenis Buds. Ni organic tau? Memang la mahal sikit but sangat selamat untuk baby. Kalau nak beli untuk baby new born, beli yang infant tau? Sebab beza kalau untuk infant and baby.

Starter pack ni ada Infant Top To Toe Cleanser, Infant Cream and Nappy Time Change Cream. I beli size yang besar terus sebab nanti kalau dah habes, malas nak mengulang ke kedai. Bagus tau jenama Buds ni instead of Baby Johnson, Pureen etc. Sebab 100% organic. I beli 3 jenis barang tu dalam RM80. Kalau nak murah and jenis sabar, boleh beli online. Google la. Bersepah ada jual. Size besar kecik semua ada. **Sakit hati pulak aku tengok online lagi murah-murah. Haha. Takper. Anggap jer takder rezeki.
Yang ni pulak Nipple Butter Cream. Letak dekat nipple untuk elakkan dari crack. Bagus sebab jenama ni pon organic jugak. Kalau lepas sapu krim ni and pastu bapak baby isap tetep/nenen pon takpe. Tak bahaya. Kalau pergi farmasi, dia akan bagi yang jenis ada alkohol. Pon bagus. Tapi kena sapu time baby tak menyusu jer la. Harga Nipple Butter Cream ni I beli RM44.90 untuk 30 ml. Harga online? Entah. Malas aku nak check. Sebab taknak sakit hati.

Hensem-hensem belaka kan? Tu yang romper lengan pendek dah jadik 15 helai kesemuanya. Sabar jer la. Eh. Tapi kenapa eh? Kalau baju baby boy mesti kebanyakkannya akan tulis, 'My Dad Is My Hero' takpon 'I Heart My Dad'. Amboi. Tak aci la macam ni. Dah tu mak dia tak heroin la? 'My Mom Is My Heroin'. Haha. Tak kena pulak. I jumpa jer mana baju-baju yang nak up-up kan bapak dia lebih-lebih, terus letak balik. Sebab I menjeles. Amboi. Mak engko yang sampai bersila pilih baju tetiba My Dad Is My Hero. Banyak cantik?

Omel nak mampos. Sampai la si Papa dia asyik la bekepit dengan baju-baju ni. Peluk, cium, timang siap. Sian pulak aku tengok.

Gerammmmm!!!! Ni pakai untuk tidur ni. Pastu bangun pagi mesti bau masam giler!!!

Anyway, thanx to Syira sebab teman shopping masa hari Sabtu. Siap jemput/hantar kat rumah. Sebab dia kata I kan perempuan mengandung. Kena la bagi special treatment. Teringat time nak dinner dekat Ben's, masa kitorang nak makan tu, kitchen dah close. Tapi sebab I mengandung, orang tu kasik masuk. Orang mengandung ni memang semua akan jadik kesian jer kan? Best sangat! Gambar ni time dekat Charles & Keith. Syira nak beli kasut. Sabar jer I tengok banyak kasut yang cantik. Rasa macam nak beli jer. Tapi bila pandang bawah, tengok kaki gemok semacam. Terus melupakan hasrat. Letak balik kasut, sambil menangis didalam hati T_____T

Tabah jer muka budak ni kena pegang shopping bags. Redha sangat muka dia tu sampai rasa nak lempang. Haha. Tenkiu Fizul tolong Kaksu. Baik budak ni.... Tadi dia dah tambah satu lagi ciri-ciri wanita idaman, 'mesti suka sukan permotoran' lepas balik dari tengok Motor GP. Dia up status dekat FB. Amboi. Kemain kan?
Yash. My very own encyclopedia. Cantik dan kadang-kadang bongok sikit-sikit.

Ha.... Dah la tips untuk hari ni eh? Esok-esok cerita lain pulak. Banyak lagi ni nak share and banyak lagi nak tanya. Kali ni soalan berbunyi, 'Kat mana nak carik beg letak barang-barang baby and pampers etc yang bagus and dimana?' I tak beli lagi. Sebab taktau apapa pon pasal beg baby ni. Pegang letak, pegang letak sampai kesudah tak beli.

Lagi satu, set berpantang apa yang bagus? Perlu ke tak perlu set berpantang ni? Apa keburukan dan kebaikannya? Sekali ada orang jawab macam ni, 'Google jer la, kata U tadi informasi dihujung jari kan?' Haha. Kena sebijik dekat batang hidung. Padan muka diri sendiri.

P/s: Komen-komen anda semua amatlah dihargai. Esok I reply semua eh? Ni jubur dah ketar-ketar tak sabar nak tidur ni. Esok dah kerja. Malasnyerrrr!!!!!!!

-EnD-

Jap jap. Gambar last untuk memberi semangat. Lasagna. Dekat Ben's KLCC. Zedap!!! Salad tu yang terpaling zedap. Nanti datang Ben's, order ni taw?


30 comments:

dilot said...

dah bli set pantang tanamera.. terpengaroh ngan red mummy.. ciscis

Hedadada said...

Twins baby ade dekat depan tesco ampang :D

genuine1224 said...

i dlu guna nona roguy.. best sebab pas mkn, pastu berak.xsembelit.. hahah. yelah, dlm pantang klau sembelit, azab okeh. minyak dia yg terbest. wangi sangat.. bli 1 set trus, sbb smua guna nnt. google jelah..berderet2 keluar.. hehehhe.. lagi 1 yg i suka, bl mkn ubat dia tu panas xkena kat bby (klau bf baby).

Home4health said...

bestnya soping brg bby.klu set bpantang tu ramai yg suggest nona roguy.pling best phytonatal utk lawas.kecutkn rahim n buang angin dlm bdn.pampers pla mamy poko/pet pet :)

Aishah Kamal said...

su..yes..bab beli pam susu ni mmg kena study badan kita cemana..n currently pn many baby center dh apply boleh try dulu mana2 pump yg kita berkenan..so,if mmg rasa xsesuai (even mahal cne pn) xde la ralat sgt if salah beli. myself pn pakai avent manual je until genap Imran 2 years old..FULL ok..eceh..bangga siak!!

and..baju boys mmg limited giler. geram giler kalo kuar shopping baju anak,balik2 fesyen gitu je..kn pakaikan skirt kt imran kn kena luku kepala dgn bapak dia..huhuhu

Anonymous said...

http://tanamerapostnatal.com/ kak su tgk ni ye..hehe

ida

Sue said...

hi.. seronoknye tgk bakal mama shopping. teringat gak masa mula2 dulu. excited sgt2. breastpump tu kalau nak lagi selamat, pinjam dgn kawan2 yg dah tak bfeed n x pam lagi. pinjam utk try. so nanti kalau konfiden boleh bfeed baby boleh la beli medela punye. tp sebaik2nya tanamkan semangat utk exclusive bfeed. so salah satu cara ialah dgn beli pam yg bagus tp murah. contoh: spectra. mmg superb! i dulu pon beli spectra b4 deliver. lepas 10bln guna, terus beli medela fs sbb kerja selalu kena gi kursus etc. so spectra adalah bulky n berat. medela ringan n kecik.

set berpantang.. bole try nonaroguy. tp kalau anak jaundis, set tu kurang bermakna la ye. ni exp sendiri. beli satu set lak tu. sekali anak prolongue jaundice. satu mende pon tak leh amik kecuali minyak herbanika....

nway.. semoga selamat bersalin... i pun nk kena standby brg2 gak. hee da masuk 7months so da bole beli brg2 sikit, top up sikit je...

Anonymous said...

Salam, terharu tengok Bubu dah pandai guna perkataan NENEN. Masyallah banyaknya baju bertuah baby tu. Tu belum lagi orang sponsor dan hadiah lepas bersalin nanti yek. Sure berbakul2. Baby nama S ya.Elok tu. Orang kata huruf S ada ONG dan glamer ma! X caya tengok artis fofular maysia dan luar Siti,Soo Vinci, Shah Rukh Khan,Salman Khan. Shilpa apa yek? x ingat. Artis omputih lagi la x ingat namanya.seme dari S kan. Dan pastikan nama baby bukan nama Supir ya. Okbye(Ni tiru Bubu ni).Akak Bubu Yg X Omey.

Anonymous said...

Hye Kak Su..ingat saya lagi tak? Saya la pembaca blog Kak Su yg tegar.. Saya suka baca blog Kak su jika Kak Su buat entry tentang Yash.. Saya la peminat Yash tu..Tq Kak Su buatkan entry pasal Yash.. Lagi senang kalau Kak Su buat tagging Yash senang saya nak click and baca tentang Yash..

oklah.. Itu je..

Terima Kasih Kak Su..

Eh! Btw..Yash bagitau saya yg dia beli bath tub berkaki murah je.. ok bye

Chooyaya! said...

Faradilot : jadik, bagaimanakah set tanamera tu? adakah keberkesanannya terbukti bagus? (macam soalan ilan dalam tv)

Chooyaya! said...

hedadada : baiklah! senang la nak pergi sebab kiter mmg kerajaan ampang.

Chooyaya! said...

genuine : nona roguy eh? banyak jugak baca review kata nona roguy bagus... bab sembelit tu, ramai yg warning... takotnya. kata la kalau kena sembelit, memet kiter pulak baru lepas kena jahit, pastu ngilunya..... **tutup mata

Chooyaya! said...

nur zulya : adakah phytonatal itu terdapat didalam set nona roguy? dalam set lain takder eh? sebab ada baca review jugak pasal amway punya set berpantang pon ok jgk....

Chooyaya! said...

aishah kamal : avent manual breast pump so far masa aishah guna memang xde masalah kan? ok ok. masukkan dalam list tros. yg pasal baju baby tu, memang geram kan? diskriminasi la baju baby boy and girl kan? grrrrr.....

Chooyaya! said...

ida : baiklah. nanti kaksu akan check out later. tq dear :) *hugs

Chooyaya! said...

sue : wah, serunutnya.... banyak tips awak bagi. good luck dear for u and hope semuanya selamat eh? itu la... setakat ni memang banyak jugak baca pasal bf ni... harap sangat kuat semangat nanti....

Chooyaya! said...

Akak Bubu : Btol ker kalau nama S dia nanti jadik hebak? Hehe... Yer la, skarang guna nenen sebab akak bubu punya pasal, kiter guna nenen. Akak bubu nak alamat bubu tak? sebab nanti kan akak bubu nak kasik adiah kat baby s kan kan kan?

Chooyaya! said...

HI YASH! YASH TAK PAYAH NAK BERPURA-PURA MENJADIK PEMINAT YASH DEKAT SINI OK? Hahahahaha. Bongok la Yash ni!

mush said...

anak ke tiga ni nak cuba set pantang tanamera gak, dia lebih kpd herba luaran, takde yg makan²...kecuali teh herba buat minum je, herba mandian, minyak lavendar utk relaks & mcm²...paling teruja nk cuba tanamera sbb dia ada VCO utk minum mcm selusuh & utk sapu di pupu kita supaya nnti bersalin pupu leh mengembang dgn jayanya tanpa potong, so takdelah jahit² ni...serik gak dua anak sblm ni jahit²...tak lalu nk tggu smpi luka jahitan kering *tapi kita hnya merancang* hehehhe

Mimy Hamid said...

aku pakai avent manual pun best gak...beli UK murah RM100 je...memula aku pakai manual..tgk susu byk beli elektrik...mothercare mmg murah kalau sale...aku suka...aku pun suka one baby world taman permata..macam macma ada

Chooyaya! said...

Mush : ok. Kiter carik info pasal tanamera sekarang. Bab jahit pupu tu... hadoi! Ngilunyer.......

Chooyaya! said...

Mimy : jadik kalo nak murah kena pegi UK la eh? Haha.

Haris Zuhaina said...

As Salam Su, tgk kat sarakids, pam tettp dia Rm500n ja, and U leh terus consult ngan Fartah pasal BF ni.. she got a lot of info bout BF nih...
Psl set berpantang bg Ain, elok amik vitamin ja dari amik jamu2 nih. Vitamin merubat secara langsung. Lagi pun baby tak kkan kena joundis susu badan. Yg paling penting, kita bernafsu kembali utk 'bersuami' :) tgk cni utk set berpantang http://alinalan.blogspot.com/

Haris Zuhaina said...

As Salam Su, lupa lak.. nipple cream tuh tak beli pun tak pa.. cos selalu amalkan setiap kali lepas nyusu n lepas pam, amik susu tetep yg masih ada tu, sapu keliling putin tetep.. paling mujarab,dear. :)

Home4health said...

sue,phutonatal tu mmg ada dlm set nona roguy tp klu nk bli phytonatal je pn xpe.ade je jual asing.sgt mbantu untuk sembelit.sadis woo klu kena sembelit lps bsalin.ngeriiii...

Haris Zuhaina said...

Su, my experience, mmg tak dak sembelit.. Alhamdulillah.. Mkn byk limau sunkist.. belum sempat duduk-sudah creet.... :P

Chooyaya! said...

haris zuhaina : giler ah banyak tips bagi! tq... pasal krim tetep tu, dah terbeli dah pon. nak taknak kena guna.... sebab orang dekat OBW kata bagus. kalo tau boleh guna air susu sendirik jer, lagi senang. penjimatan extra!

Chooyaya! said...

zulya : ooooo. ok ok. terus tulis dalam diary nama ubat sembelit. baiklah cepgu!

Anonymous said...

In addition, it gives a wide-range of exercise routines from leg workouts like squats and lunges, exercises concentrating on your abs
like crunches at the same time as arm and back physical exercises.


Here is my webpage: click the next internet site

Anonymous said...

It focuses on both your upper and reduce actual
physical structure for a complete overall body work out.

Here is my page: click the up coming article