Assalamualaikum.
Ok. Kesinambungan yang I malas nak cerita sampai habes pasal
Shein demam semalam tu kan? Cerita dia macam ni. Pagi Isnin tu lepas makan,
mandi semua I bagi dia makan ubat. Dipendekkan cerita (sebab malas nak cerita
panjang. Biasa la pemalas. Haha) Shein tak
boleh makan ubat dah petang tu. Makan ajer muntah. Syringe jauh sedepa lagi dah
muntah. Dah tu acaneh?
Sebab badan dia still panas Selasa pagi tu so I bawak la
Shein jumpa Dr. Adrian pulak. Dr. Adrian bagi antibiotic lain nama Augmentin
yang kalau nak makan tak la banyak sangat macam Zinet tu. Augmentin 3ml sekali
makan, Zinet 6ml. Macam mana la Shein tak muntah and later I tau yang Zinet tu very hi
dose. Ko tengok? Paed sendiri pelik kenapa MO boleh bagi hi dose antibiotic dekat
11 months baby.
Sebetulnya baby mana la boleh makan ubat-ubat sangat.
Antibiotik Augmentin tu pon Dr. Adrian cakap cuma bagi kalau after 24 hours
Shein tak ok jugak sebab dia risau yang merah-merah dalam tekak Shein tu sebab
dia tak makan complete Zinet tu. So since Shein dah sihat I pon tak bagi la
Augmentin tu dekat dia.
Take note eh mommies? Lepas ni kalau dapat ubat, kalau ada
sahabat handai yang ada pengalaman boleh la refer dulu. Ok? Macam kakak-kakak
kat office ni ada bagi 2 3 petua. Tuam dengan ais kat kepala, ketiak and celah
kangkang. Pastu lumur asam jawa kat kepala. Bagi minum air 100 plus dengan
ice-cream soda paling buat I menung. Biar betul?
Yang I tau macam dipesan oleh Dr. A, kalau baby demam buat
macam ni. Sebab malas nak taip jugak (dasar pemalas tahap dewa) I copypaste je
la eh?
"This normal few tips. But tomorrow better refer to his Paed
sebab after medication pun seems Shein not ok.
- Jangan pakaikan baju tebal, jangan selimutkan. Sebab itu akan buat haba terperangkap. Lap dengan air suhu sederhana. Jangan air sejuk. Tekap lebih elok la untuk serap haba keluar.
- Kerap bagi susu and plain water. Tapi plain water jangan too much. Contoh 4oz susu, 1oz plain water.
- Kalau siang mandikan macam biasa dan elok biar without clothes.
- Boleh bagi paracetamol. Not aspirin. Some clinic ada doktor yang bagi aspirin. But please no need for Shein.
- Sekarang menyusu makan Shein nak tak? Yang muntah tu kalau masa makan ubat, if memang Shein tak boleh accept (macam imaan I), just put into his milk. Last choice. But kalau muntah selain masa makan ubat its ok. But after that bagi plain water sikit continue with milk. Kalau muntah more than 3 time within 1 hour, kena refer doctor. Takut infection lain.
So, paham dah kan macam mana nak handle baby demam? Yang
penting jangan biar demam more than 3 days ok? Mesti kena cepat bawak jumpa
doktor and jangan ambik mudah. Ok?Actually demam ni menunjukkan yang badan baby tengah melawan
virus jahat. Bagus la tu. Cuma kena la selalu alert pada perubahan badan,
makan, behavior baby yang demam
Shein is getting better pon. Cuma bila bangun pagi je yang
dia akan panas sikit badan. Tengok macam mana harini and esok, if still tak ok
jugak and demam malam, I akan bawak Shein pergi jumpa Dr. Adrian lagi. Jangan risau eh?
Shein ok ok jer. Kalau tak ok tadek la gigit I dekat bahu,
peha, perut, pipi, mulut (u name it) sampai lebam-lebam. Thanks Shein!
-EnD-
Sebab demam Shein lose 300 gram.
5 comments:
alhamdulillah da hampir sihat.. shein first time demam eh kak sue? mmg mencabar sikit nk menjaga baby demam ni..
kalo anak demam mmg saya buat mcm dr.adrian tu ckp..sbb bby x boleh biar panas..sentiasa basahkn bdn n kepala baby...baby mmg tinggal pampers ja xpun pakai baju lubang...saya tmbh lg 1 saya on ekon tau kipas sbb nk bg bdn anak sejuk...n tempek coolfever..tuh jer..sejak anak sulung lg buat cmtu...kalo setakat demam biasa tu buat gitu x smpai 2hari dh ok..esok tu pun dh ok..nk demam lama pun kot ade sakit lain sama mcm ulser..batuk..selsema..
hi sis..
Shein nmpk lebih ceria tu.. smoga cepat sembuh & bole la start buli mama dia smula.. hehehe..
i dlu bila anak demam, memang gelabah habis. 1st time, lagi laaaa gelabah. bajet anak nak kena operate sakit apa2 ntah. alhamdulillah now dah besar, dah tak demam2, setakat batuk2 sket je. klau demam pun dah tau cemana nak handle. tak gelabah dah. hihi.. plg penting, make sure check suhu badan dia, jgn biar naik tgg sgt. klau anak demam, tgh2 mlm pun i mandikan. hari ni demam,mandi kerap, esok dah turun panas.
comeylaaa bdk tecik ni..geram..dah sht lum?
Post a Comment