Wednesday, January 29, 2014

Happy Birthday Ira!

Assalamualaikum!

Happy Birthday Ira yang Ke-26! Sorry sebab kitorang (Dyba, Intan, Kaksu & Sarah) lambat celebrate untuk Ira. Actually birthday Ira hari Ahad 26/1 tu tapi sebab jatuh hari Ahad so kitorang postpone la sampai harini. Taktau la nape nak postpone sampai tiga hari. Hahaha. Nak surprise semalam pon tak sempat sebab Ira mc. Kitorang letak bunga dengan kek dalam peti ais lepas tu pagi ni kena jemur sekejap bunga dengan kek tu sebab dah beku jadik ais. Haha. Pastu I tengok dekat kek ada kesan calit. I tanya Intan, dia tak ngaku. I saspek memang dia. Sapa lagi kan?

Ira memang cool jer dia. Jenis macam ada masalah tapi tadek nak tarik muka 18 (macam Intan) or sedih nangeh ke apa. Jenis muka tadek perasaan. Gegham nak tunjal. Habes marah pon nanti dia cembeng pastu ketaq-ketaq bibir/badan. Pastu meleleh air mata. Dah. Tak thrill langsung. Birthday dia ni pon tadek der dia nak tanya ada surprise tak untuk Ira? Or tertanya-tanya ke apa. Memang tadek. Kalau Intan (lagi) dah hingaq dah. Cecece. Sekali la dengan I. Asyikkk la tanya, mana kek, mana kek. Jenis kalau dah tadek apapa boleh tarik muka tadek mood siap macam birthday last year tu. Hahaha.

Kitorang macam ni la. Setiap kali birthday sesapa, nanti Intan bising. Collect duit. Beli kek, bunga and hadiah. Pastu bizi-bizi nak prepare semua. Memang best. Sementara nak tunggu settle semua, walaupon 5 orang je yang involve memang boleh jadik gaduh. Haha. Macam semalam, kitorang bagi Ira tudung bawal 16 helai (Kata Kaksu tauke tudung?). Pastu Intan tak puas hati kenapa dia dapat kek dengan bunga je. Compare sapa punya paling mahal hadiah yang dapat among us. Bongok kan?

Pastu kata Intan nape masa birthday Dyba dia dapat kad besar giler? Napa masa birthday dia, dia dapat kad yang buat sendiri je? Bebudak ni memang macam-macam hal. Tapi sebenarnya kan? Birthday Sarah la yang kitorang tak pernah buat apapa tapi Sarah tadek cakap apa pon. Sebab dia memang jenis tak amek pot hal-hal ni. Dia tu sebenarnya lelaki tapi terperangkap dalam badan perempuan sebab dia memang jenis laaaagi la tadek perasaan nak bertanya, merajuk, sentap. Apa semua tadek. Pastu jenis asal boleh. Pakai baju nenek pergi kerja ponnnnnnnnn boleh.

Nanti ni bulan 4 birthday Sarah memang la kena do something for her. Bila Sarah cakap, jangan lupa birthday Adam & Aryan bulan 4 jugak. Kitorang bising-bising cakap ‘U ni, anak dah la kembar. Naik la bajet hadiah macam ni’. Haha. Boleh tak perangai memasing? Tapi sebab Sarah sebenarnya dia lelaki so dia tak kisah pon kalau tadek apapa untuk dia. And kitorang pon semua take for granted but bila fikir balik macam kejam pulak.

Sarah kan, kekadang dia tak lunch dengan kitorang. Pastu nanti dia lunch dengan geng lain nanti I cakap pada dia, ‘BB, kitorang pulaukan U seminggu. U jangan keluar dengan kitorang. Nanti minggu depan baru keluar sama’. Pastu dia kata alaaaaaaaaaaaaaa I nak lunch dengan sapa? Pastu kitorang kata pandai-pandai la U. Yang kelakarnya memang minggu depan baru la dia join lunch. Hahah. Time tu dia lunch dengan Abang Nuar la, dengan Abang Azza la takpon dia makan dengan boss dia dekat kentin or tido dekat surau. Hahaha. Jahat kan kitorang?

Tapi nanti bila lunch sama minggu depannya ok pulak. Tadek ungkit ke apa. Happy macam sedia kala. Macam dia tak pernah kena denda tak boleh lunch dengan kitorang seminggu.Hahaha. Sebab Sarah memang jenis aci boleh jer.  Dia bukan ada perasaan pon. Lunch sorang-sorang dekat kentin pon takpe. Sebab dia heartless. Hahaha.

Itulah kitorang. Beautiful friendship. Merajuk, gaduh, baik. Ketawa, hingaq, berangan. Almost everyday. Ni dah tadek menari-menari dah dekat office, kurang la drama. Kalau tak, gaddduhhhhhhhhhhhhh lagi pasal step la, position la, sapa ketua la, mekap la, baju la. Macam tu la. Never ending. Tapi seriously I happy to have them with me. Semoga persahabatan di office ni indah, happy dan baik-baik saje.

Last but not least, untuk Ira. Walaupon entry ni kata pasal birthday Ira tapi cerita birthday Ira sikit jer, Kaksu harap Ira bertabah. Ok? Ira kena terima kasih dekat Kaksu sebab tadi kata Intan dia yang nak pakai crown tu. Dia nak overshadow Ira, walaupon ni birthday Ira. Tapi Kaksu berjaya menahan dia. Walaupon dah macam nak gaduh explen dekat dia.

Intan!! Ni kan birthday Ira! Ira la yang pakai crown. E!

Tapi Kaksu, kan tudung Intan dah kilat-kilat ni. Biar la Intan yang pakai.

Kaksu buat bodoh jer. Terus rampas crown tu letak atas meja pastu bagi Dyba jaga. Hahahahha.



-EnD-


Ni dah kenapa nak sondol-sondol orang ni Dyba?





Birthday girl yang simpan sedih dalam hati sebab kenapa semua orang pakai baju purple tak cakap dekat dia. Haha.

5 comments:

Irfa said...

seronoknya dpt geng sekepala ;)
happy bday ira

Anna Dayana said...

cantiknya IRA

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue. Tumpang gembira dgn kehadiran kengkawan opis yg sekelapa . bkn senang nak cari... tp sesungguhnya, kita adalah magnet yg menarik (buruk/baik) sekeliling....
To ira heppi burthdah...

eda said...

kasu , heaven la kengkawan kasu , tp tetap ade sorg kepala kannn .. kalau tak , sure lumpuh jugak kan ...

kim slm kwn kwn kasu yeee hehe ...

Anna Dayana said...

Wa'alaikumusalam. kak su ni mmg sentiasa kepala gila.. selalu kata dia bongok tapi dia sedar diri dia bongok pun. hahahaha..

jgn marah kak su..

ok baii * gaya alia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...